Editorial
2022
Bekas Naib Pengerusi DAP, YM Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa rasuah dalam DAP amat teruk, dan itulah antara faktor yang menyebabkan dia keluar daripada parti cauvinis Cina itu.
Beliau yang juga merupakan bekas Naib Pengerusi Transparency International pada awalnya terpengaruh dengan jemputan Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang, untuk menyertai parti dominasi Cina itu pada 2008.
Mengapakah Lim Kit Siang beria mahu Tunku Abdul Aziz menyertai DAP, sedangkan beliau adalah tokoh berpengaruh dalam Transparency International (TI) yang antara lain bertanggungjawab memantau integriti sesebuah negara dalam konteks rasuah dan penyelewengan dana?

Sedangkan hakikatnya TI merupakan pertubuhan dunia yang mengepalai gerakan membasmi rasuah, menilai dan mengeluarkan indeks rasuah serta kedudukan sesebuah negara berdasarkan markah piawaian yang TI tetapkan.
Lantas, pastinya penganalisis politik yang inkuitif akan diterjah oleh persepsi bahawa Lim Kit Siang mahu menggunakan Tunku Abdul Aziz untuk melindungi aktiviti rasuah DAP yang hakikatnya amat lewah dalam parti itu.
Tunku Abdul Aziz hanya mampu bertahan selama empat tahun dalam parti itu setelah beliau mendapati pelbagai tingkah laku DAP yang lebih cenderung kepada sikap hipokrasi mereka.
Tunku Abdul Aziz mendakwa bahawa punca beliau mengambil keputusan untuk keluar dari DAP adalah kerana amalan rasuah yang amat teruk di dalam parti itu. Itulah antara sebab utama selain beliau tidak bersetuju dengan perhimpunan BERSIH yang menjadi alat DAP melobi minda rakyat dan menutup hipokrasi mereka.
Antara propaganda yang DAP gunakan untuk menutup kejahatan mereka ialah dengan menuduh orang lain yang jahat.
Ibarat pencuri yang melolong dan menjerit-jerit meminta tolong kerana berlaku kecurian, tetapi hakikatnya dialah pencuri yang sebenarnya.
Sebagaimana kata Tunku Abdul Aziz, rasuah bermaharajalela di dalam parti itu sedangkan di khalayak umum pemimpin DAP melaungkan, menjaja dan berkompang tentang slogan anti rasuah.
YM Tunku Abdul Aziz menjelaskan bahawa, beliau menyertai DAP kerana dijemput oleh Lim Kit Siang dan dia selalu mendabik dada mengatakan DAP tidak ada rasuah namun setelah dua bulan berada di dalam parti itu, Tunku sedar, ia hanya omong kosong sahaja.
“Rasuah dalam DAP amat teruk, serta fitnah juga tersangat kuat. Saya difitnah kerana saya bersikap kritis, dan saya ingat saya saja yang kena, rupanya ada lagi yang kena macam saya,” tegas beliau.
Tunku Aziz juga turut mendakwa bahawa Lim Kit Siang telah menjadikan DAP sebagai parti keluarga dengan menggunakan agenda sendiri di dalam mentadbir parti itu.

Lihatlah sahaja kes pembelian ‘Banglow murah’ yang melibatkan anaknya Lim Guan Eng, dan bagaimana mereka mempertaruhkan peguambela Guang Eng iaitu Tommy Thomas untuk diangkat sebagai Peguam Negara ketika PH berkuasa.
Ia ibarat menjadikan Peguam Negara sebagai keldai DAP untuk dakwaan terpilih dan yang penting menggugurkan kes Guan Eng serta kes tokoh-tokoh lain dalam DAP.

Dalam kes ‘Terowong Bawah Laut Pulau Pinang’, lihatlah bagaimana secara terang-terangan Guan Eng meminta 10% imbuhan daripada projek yang bernilai RM7 bilion daripada Pengarah Eksekutif Consortium Zenith Construction Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli yang juga merupakan saksi utama pendakwaan kes. Ia sama dengan nilai RM700 juta!
Lebih mengejutkan masyarakat dunia dan Transparency International, apabila saksi penting pendakwaan kes tersebut, Ewe Swee Kheng yang merupakan Pengarah Urusan Ewein Bhd, telah dilaporkan ‘jatuh’ dari kediamannya tingkat 17 The Palazzo Pulau Pinang.
Pelbagai spekulasi terbangkit, ‘Adakah dia terjatuh?’ atau ‘Adakah dia terpaksa membunuh diri’ untuk atau ‘Adakah dia dibunuh?’ menyelamatkan Guan Eng, serta pelbagai teori konspirasi yang lain.
Namun apa yang jelas ialah sebagaimana dakwaan YM Ungku Abdul Aziz, rasuah dalam DAP amat teruk.

Terkini pula, sejumlah kira-kira 346 buah syarikat kroni DAP di Pulau Pinang didakwa oleh Editor Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, telah menerima RM307 juta sogokan dana 1MDB, tetapi cuba disembunyikan oleh Tommy Thomas dalam kes SRC International.
Tidak hairanlah jika indeks rasuah Malaysia akan terus meningkat.
Tetapi dengan campur tangan politik PH dalam Badan Perundangan dan Kehakiman melalui pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara, serta pelantikan politik Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR iaitu Latheefa Koya sebagai Ketua SPRM, dan pelantikan Ketua Hakim atas cadangan Tommy Thomas, tidak hairanlah sekiranya ‘dakwaan terpilih’ kerajaan PH hanya tertumpu kepada pemimpin BN.
****
Tinggalkan Jawapan