MAJLIS PEGUAM SUDAH BERTUKAR MENJADI PARTI KOMPONEN PH?

Editorial

17 Sept 2022

Mengapakah Majlis Peguam amat cenderung menentang UMNO-BN, sebaliknya langsung tidak mempedulikan segala kegenjotan yang berlaku pada DAP-PH?

Mengapakah mereka mendiamkan diri apabila kerajaan Singapura mendedahkan kes penglibatan suami bekas Gabenor Bank Negara dalam isu rasuah 1MDB, mereka juga membutakan mata apabila Goldman Sachs mendedahkan bahawa ramai pegawai kerajaan PH telah menerima sogokan dana daripada Jho Low, dan mereka langsung tidak peduli apabila Mahathir, Muhyiddin dan beberapa lagi tokoh-tokoh politik yang menerima sogokan UKSB serta sogokan wang 1MDB yang diterima oleh lebih 350 syarikat konco DAP di Pulau Pinang?

Bukan itu sahaja, Majlis Peguam bertingkah seperti keldai politik kepada DAP-PH apabila Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara atas kapasiti politik, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua SPRM yang juga memperlihatkan konflik kepentingan politik yang amat berat sebelah.

Amat menjengkelkan apabila Majlis Peguam telah menyokong Tommy Thomas menggugurkan kes Lim Guan Eng sedangkan Tommy Thomas sebelumnya adalah peguambela Guan Eng sebelum dilantik sebagai Peguam Negara.

Anehnya mereka juga bersembunyi di sebalik tirai apabila Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan biarpun ketika itu kes rasuahnya sedang dibicarakan.

Dalam kes SRC, Majlis Peguamlah yang telah mendesak agar Hakim Sophian Abdul Razak menarik diri hanya kerana abangnya ahli UMNO, dan terkocoh-kocoh digantikan dengan Nazlan Ghazali yang tiada pengalaman dalam kes jenayah.

Majlis Peguam hanya membisu apabila didedahkan bahawa Hakim Nazlan tidak isytiharkan konflik kepentingannya dan berpotensi untuk bertindak berat sebelah kerana dia adalah Counsel Lawyer dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank yang terlibat secara langsung dalam penubuhan SRC, dan peneraju utama pinjaman 1MDB.

Sepatutnya Majlis Peguam bersuara dan menuntut supaya Nazlan disiasat oleh tribunal khas, dan prosiding perbicaraan kes DS Najib dihentikan sebelum tribunal membuat keputusan.

Majlis Peguam juga telah menafikan hak Najib untuk mendapatkan khidmat Queen Counsel bagi mewakilinya dalam perbicaraan kes SRC sedangkan sudah ada presedens semasa Mahathir menggunakan khidmat Queen Counsel dalam kes pemecatan Tun Salleh Abbas.

Rosmah sebagai isteri DS Najib diterima oleh mahkamah sebagai individu yang mempengaruhi suami, tetapi soal suami Hakim Maimun, Zamani Ibrahim yang ceria menularkan kenyataan berbaur politik dan gembira dengan kejatuhan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak dalam medsos tidak pula dipedulikan? Mengapa Majlis Peguam langsung tidak bersuara?

Di manakah letaknya integriti Majlis Peguam dalam menentukan keabsahan dan kedaulatan undang-undang?

Anehnya terkini Majlis Peguam menentang dan seakan-akan memberi amaran kepada pihak DYMM Agong supaya tidak mengurniakan pengampunan kepada DS Najib, sedangkan sudah ada presedens apabila Dtk Harun Idris, Dtk Mokhtar Hashim dan DS Anwar Ibrahim diberikan pengampunan.

Dalam isu pengampunan Anwar, ia jelas menunjukkan kegenjotan prosedur dan salahguna kuasa oleh Mahathir, tetapi mengapa Majlis Peguam seperti keldai buta?

Sedangkan dalam kes Anwar, Mahathir secara solo telah bertindak wewenang mengadap DYMM Agong untuk mendapatkan keampunan Anwar yang lebih jelas merupakan ‘horse trading’ supaya Mahathir dibenarkan menjadi Perdana Menteri.

Majlis Peguam nampaknya cuba mencabul hak DS Najib memohon pengampunan DiRaja dan bertindak cuba mempengaruhi DYMM Agong supaya menolak pengampunan baginda terhadap Najib.

Ia dengan jelasnya memperlihatkan gelagat ‘pilih bulu’ dalam isu yang mereka bela dan pertahan, yang jelas menonjolkan sifat yang tiada maruah dan integriti seakan-akan Majlis Peguam adalah parti komponen PH yang tegar menyokong DAP.

Sepatutnya Majlis Peguam hendaklah berperanan sebagai badan profesional yang tidak mencampuri urusan politik atau memihak atau menentang tokoh politik atau parti politik tertentu.

Apa yang rakyat perhatikan, terdapat pola kecenderung Majlis Peguam yang dwi-standard memihak kepada PH-DAP dan menentang UMNO dan Barisan Nasional.

Sudah terang lagi bersuluh, Majlis Peguam telah menonjolkan sikap berat sebelah mereka, seakan-akan mereka adalah parti komponen PH.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: