PH TIDAK PERLUKAN MUDA KERANA MEREKA SUDAH ADA ANGKATAN MUDA KEADILAN, PEMUDA AMANAH DAN DAPSY

Editorial

12 Sept 2022     

Apa gunanya menyemakkan gagasan Pakatan Rakyat dengan MUDA sekiranya PH sudah ada Angkatan Muda Keadilan, Pemuda Amanah dan Pemuda Sosialis DAP?

Menerima MUDA dengan Presidennya yang dalam usia muda sudah pandai menyalahguna kuasa dan menyeleweng wang parti, adalah suatu tindakan dangkal dan tidak bijak.

Malahan penganalisis politik Malaysia lebih cenderung melihat MUDA sebagai liabiliti, yang lebih berperanan sebagai parasit yang hanya pandai menumpang hidup pada hayat orang lain.

Ketua Penerangan AMK Aizuddin Ariffin menterjemahkan sikap yang ditunjukkan Syed Saddiq sebagai gelojoh, emosional dan selektif kerana menolak kesemua kerusi ditawarkan PKR yang dikategorikan bukan kerusi ’empuk’ malahan kerusi luar bandar di mana majoriti besar pengundi adalah kaum Melayu.

Aizuddin melihat MUDA sebagai liabiliti kerana “sikap angkuh, ‘play victim’, gelojoh dan pandai mengugut yang hanya akan menjauhkan rakyat marhaen daripada menyokong PH.”

Sebelum PRN Johor, Syed Saddiq dengan angkuhnya telah mengeluarkan kenyataan sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA, dan PKR tidak dapat dielakkan, parti itu akan menyerahkan keputusan kepada rakyat Johor.

Ini menunjukkan egocentric yang ekstrem, tanpa menghormati hak orang lain.

Dengan itulah, pada hakikatnya kini, PH masih lagi mempertimbangkan pemohonan MUDA pimpinan Syed Saddiq untuk menyertai gabungan parti pembangkang itu.

Seperti akronimnya, MUDA masih baru lagi ditubuhkan. Pada 17 September ini, ia bakal menyambut ulang tahunnya yang kedua. Syed Saddiq yang menjadi presidennya pun baru berusia 29 tahun.

Syed Saddiq yang sebelum ini adalah pemimpin muda PPBM (ARMADA) dikatakan mentee kepada mentornya Tun Mahathir Mohamad, yang kini dilihat sebagai pengkhianat kepada PH terutamanya PKR setelah memungkiri janji untuk menyerahkan kuasa PM kepada DS Anwar Ibrahim.

Kononnya peranan MUDA adalah untuk menarik sokongan pengundi muda khususnya kelompok Undi-18.

Namun dengan mengiktirafkan peranan MUDA itu, secara tidak langsung PH akan menolak peranan AMK, sayap Pemuda Amanah, dan DAPSY yang selama ini bermati-matian dalam beberapa siri PRU berjuang untuk menarik golongan pengundi muda.

Persepsi bahawa MUDA mampu menarik golongan muda adalah meleset sama sekali sebagaimana dibuktikan semasa PRN Johor, meskipun Syed Saddiq adalah anak kelahiran Johor.

Malangnya PH lupa bahawa MUDA adalah ‘Malaysia United Democratic Alliance Party, yang hampir sinonim dengan DAP. Siapakah yang menjadi ‘alliance MUDA’ jika tidak DAP?

Kewibawaan sayap-sayap pemuda dalam AMK, DAPSY dan pemuda Amanah boleh terjejas dengan penyertaan MUDA.

Sikap biadap MUDA yang meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin yang turut ditandingi calon PKR adalah bukti nyata bahawa MUDA hanyalah liabiliti kepada PH, terutamanya PKR yang mempunyai matlamat menarik pengundi di kawasan majoriti Melayu.

Di tengah-tengah kemelut tersebut, calon muda dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Hairi Mad Shah menang dalam pertembungan enam penjuru itu.

Prestasi MUDA pada PRN Johor tidak seperti yang diharapkan. Hanya seorang daripada tujuh calonnya iaitu Amira Aisya Abd. Aziz yang menang.

Itupun Syed Saddiq gah mencanangkan bahawa partinya akan membawa perubahan kepada Johor. Perubahan apa dengan seorang sahaja calonnya yang ada?

Kes mahkamah yang dihadapi Syed Saddiq juga boleh menjadi liabiliti kepada PH yang begitu lantang memperjuangkan soal integriti dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

Jika pemohonan MUDA diluluskan, PH akan mempunyai seorang lagi pemimpin kluster mahkamah, selain Pengerusi DAP, Lim Guan Eng.

Pucuk pimpinan PH perlu memikirkan semasak-masaknya sebelum menerima kemasukan MUDA. Tidak mustahil masalah yang ditimbulkan MUDA pada PRN Johor akan berulang pada PRU-15.

Adalah lebih baik MUDA dibubarkan sahaja dan diserap masuk ke dalam DAP daripada menjadi parasit kepada PH yang sudah lewah dengan kekuatan angkatan muda AMK, DAPSY dan Pemuda Amanah.

MUDA lebih sesuai jika menjadi sayap DAPSY untuk menarik kaum muda Melayu daripada berdiri atas panjinya sendiri.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: