TERBONGKAR DAP SEMBUNYIKAN LEBIH 350 KONCO-KONCONYA YANG MENERIMA WANG 1MDB

Editorial

11 Sept 2022

Firma Audit antarabangsa Pricewaterhouse Coopers (PWC) adalah merupakan juruaudit dan penasihat cukai kepada Goldman Sachs untuk urusan audit bagi menguruskan kewangan 1MDB.

Banyak maklumat PWC telah dirahsiakan dan disembunyikan untuk memelihara Goldman Sachs serta konco-konco DAP-PH, sebagaimana didedahkan oleh Malaysia Today yang cuba disorokkan ketika PH berkuasa.

Kini Malaysia Today mendedahkan lebih daripada 350 penerima wang 1MDB dari Pulau Pinang yang merupakan syarikat konco-konco DAP, malahan beberapa oragnisasi Cina dari MCA dan Gerakan digunakan untuk melapik aktiviti rasuah mereka supaya dapat menutup penglibatan DAP.

Sumber: MalaysiaToday

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat atau DOJ sebelum ini telah memulangkan RM1.9 bilion dana yang dirampas berkaitan skandal kewangan 1MDB kepada kerajaan Malaysia.

Dana itu disalurkan terus ke Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia yang diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara, dan setakat ini, akaun Amanah itu telah menerima RM16.05 bilion dana 1MDB yang dirampas dan dihantar pulang. Pemulangan dana ini telah diperakui oleh Menteri Kewangan DS Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul telah berterima kasih kepada DoJ AS dan rakan sejawatannya di Malaysia atas kerjasama bersungguh-sungguh mereka untuk menyelesaikan perkara itu.

Nampaknya kerajaan PN lebih serius untuk mendapatkan semula wang curi 1MDB berbanding kerajaan PH yang hanya mendedahkan penglibatan UMNO tetapi menyembunyikan penglibatan konco-konco mereka.

Sebelum mereka tumbang, PH mempunyai 22 bulan untuk mendapatkan semula wang 1MDB tetapi nampaknya mereka melengah-lengahkan serta tidak mendedahkan kebenaran kerana mahu membolot wang yang sedemikian banyaknya.

Lebih penting daripada itu, kerajaan PH menyasarkan untuk mendapatkan semula hanya AS$1.5 bilion atau kira-kira RM6.1 bilion, manakala kerajaan PN bagaimanapun menyasarkan lebih RM100 bilion.

RM6.1 bilion untuk PH berbanding lebih RM100 bilion untuk PN, adalah sesuatu yang amat mencurigakan kerana ke manakah perginya wang itu semua?

Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah pendedahan bahawa bekas Peguam Negara Tommy Thomas telah menutup kes terhadap 346 lagi penerima wang 1MDB yang merupakan konco-konco DAP Pulau Pinang yang berjumlah lebih RM307 juta.

Peguam 1MDB, Rosli Dahlan, bakal menggegarkan Malaysia dengan pendedahan baharu mengenai 1MDB, serta penglibatan Tommy Thomas dan Lim Guan Eng.

Mungkin Rosli Dahlan akan mendedahkannya setelah tarikh PRU15 diumumkan.

Nampaknya bekas Menteri Kewangan PH, Lim Guan Eng telah meminta Tommy Thomas untuk menyembunyikan rahsia dan kes penerimaan dana 1MDB ini semua telah dikuburkan atau dilenyapkan. Sebaliknya yang menjadi mangsa hanyalah DS Najib dan UMNO.

Tanggapan yang ingin ditunjukkan dan dijaja oleh PH ialah hanya orang Melayu UMNO yang mencuri daripada 1MDB.

Kini peguam 1MDB, Rosli Dahlan dipercayai akan memfailkan saman terhadap 346 penerima wang 1MDB ini.

Skandal 1MDB bukan skandal UMNO-Melayu sebaliknya ia adalah konspirasi skandal DAP dan PH yang telah diterajui oleh Tun Mahathir.

Jika benar 346 saman itu difailkan, rakyat Malaysia akan dapat melihat senarai nama yang terlibat.

Lim Guan Eng dan pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang kini berada dalam kebimbangan yang bangat kerana pendedahan berkaitan skandal DAP dalam 1MDB akan meletup sebagaimana dinyatakan oleh Malaysia Today.

Lebih merosakkan DAP, pendedahan bahawa Tommy Thomas cuba menguburkan kes-kes tersembunyi ini adalah atas arahan Lim Guan Eng yang kini terkial-kial berkuntaw dalam mahkamah untuk melepaskan dirinya daripada kes rasuah Terowong Bawah Laut PP.

Kes SRC Najib Tun Razak hanya RM42 juta namun kes rompakan DAP yang bakal difailkan ini, mencecah RM307 juta.

Inilah antara konspirasi ‘dakwaan terpilih’ PH yang amat terang lagi bersuluh.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: