Editorial
6 Sept 2022
Mahathir, melaung-laungkan falsafah ‘Gerakan Tanah Air’ (GTA) sebagai membela hak kaum Melayu, sedangkan selama 22 tahun 22 bulan dia memerintah, di mana dia telah campakkan hak kaum Melayu?
Hakikatnya dia telah gagal memperjuangkan nasib kaum Melayu, tetapi lebih cenderung kepada kroni kapitalisnya yang membantu membina kekayaannya bernilai USD45 bilion (RM188 bilion) di luar negara, sebagaimana didedahkan oleh MSN.

Hakikatnya pada waktu yang sama dia menunjuk-nunjuk kebenciannya terhadap UMNO, Bersatu dan PAS, tetapi sebaliknya dia dahagakan kerjasama kaum Melayu sebagaimana falsafah dan ideologi Gerakan Tanah Air (GTA) serta parti Pejuang Tanah Air (PETAI).
Setelah gagal mendapat kepercayaan kaum Melayu melalui PETAI, kini dia menubuhkan pula GTA, semata-mata untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri.
Agenda tersembunyi GTA adalah untuk membuka ruang kepada Ahli Parlimen ‘katak’ yang pastinya tiada lagi tempat bergantung pada PRU15 nanti.
Realitinya dalam usianya yang menghampiri penghujung jalan, dia sering keluar masuk IJN. Adakah nanti dia akan menubuhkan pejabat GTA dalam premis IJN?
Mahathir lupakan simposium di Kigali, Rwanda, yang dia turut hadiri, apabila MO Ibrahim berkata, “Kemanakah pemimpin tua-bangka berusia lebih 90 tahun mahu membawa rakyatnya? Ke kubur?”
Mahathir mencanangkan bahawa GTA mahu membela Melayu tapi aneh apabila dia juga mahu bekerjasama dengan DAP yang telah dua kali menganjurkan perhimpunan bekas gerila Komunis di Banting dan Kajang setelah PH mereka menang PRU14 ketika dia diangkat menjadi PM 22 bulan.

Siapakah ‘Pejuang Tanah Air’ yang berjaya membawa masuk abu mayat sial ‘Chin Peng’ dan menaburkannya di kaki gunung Titiwangsa dan laut China Selatan yang merupakan bumi dan lautan ‘Tanah Melayu’?
Adakah Mahathir sudah lupa dengan perangai buruk DAP, yang dikutuknya sebagai rakus mengganggu-gugat aset GLC Melayu-Bumiputera dan menjual tanah-tanah Tabung Haji yang menjadi sandaran kaum Melayu-Islam dengan harga lelong kepada kroni mereka?

Beberapa bulan lalu Mahathir dengan jelas mengatakan bahawa dia tidak akan mempertahankan Parlimen Langkawi.
Rakyat pun tahu Parlimen Langkawi dipenuhi dengan lewahnya oleh pendatang asing Filipina yang telah diberikan kerakyatan.
Adakah ribuan golongan ini yang menyokong Mahathir di Langkawi dan bukannya Melayu tulen rakyat jati Langkawi? Namun di mana letaknya falsafah membela kaum Melayu, jika pendatang asing wewenang dibawa masuk ke Langkawi?

Mahathir yang dijenamakan sebagai ‘Bapa perpecahan Melayu’ pernah berkatakepada sebuah akhbar Cina, “Saya perlu cari cara lain untuk jadi Perdana Menteri. Mungkin ada cara lain.”
Adakah cara lain itu dengan berselindung di sebalik Gerakan Tanah Air yang baru diciptanya?
Dr Mahathir juga pernah menyatakan, beliau akan terus bekerjasama dengan Amanah dan DAP kerana dua parti ini menyedari keperluan mempunyai parti teras Melayu.
Inilah kelingtong Mahathir terhadap perjuangan membela golongan Melayu kononnya, sedangkan semasa ‘Kongres Maruah Melayu’ di Shah Alam tempoh hari, dialah yang mengutuk dan memperlekehkan maruah kaum Melayu sebagai kaum pemalas.
Dengan sinis pula Anwar Ibrahim membidas, kongres itu sebagai ‘Kongres Barua Melayu’.

Dengan penuh muslihat dan paradigma ‘kelingnya’, Mahathir berkata, “DAP dan Amanah tahu mereka perlukan undi Melayu untuk menang, dan mereka fikir saya boleh bawa undi Melayu kerana parti utama ialah parti Melayu dan yang lain parti pelbagai kaum. Melayu tidak akan sokong parti majmuk,” katanya.
Mahathir lupa apa kata pemimpin DAP tempoh hari dalam kempen PRU14, “Use Malay to screw the Malays”.
Dia masih tidak sedar bahawa dialah yang digunakan oleh DAP untuk ‘memperkosa’ kaum Melayu, hak dan keistimewaan Melayu-Bumiputera, hak dan kedudukan Raja-Raja Melayu serta kedudukan agama Islam.
Lihatlah bagaimana mereka cuba meratifikasi ICERD dan Statut Rom, tapi Mahathir hanya diam membisu.
Inilah antara tipu-muslihat Mahathir dan DAP untuk lagi sekali merompak aset GLC Melayu-Bumiputera seperti Khazanah dan Tabung Haji serta menjarah dana Petronas dan memusnahkan kuasa politik Melayu-UMNO yang telah meletakkan kepercayaan kepadanya selama 22 tahun.
******
Tinggalkan Jawapan