Editorial
3 Sept 2022
Jho Low adalah saksi penting dalam kes SRC mahupun 1MDB yang disusun atur untuk menjatuhkan DS Najib Tun Razak.
Keberadaan Jho Low sememangnya diketahui oleh pihak berkuasa Malaysia pada era PH berkuasa lagi, tetapi sengaja diabaikan supaya dia tidak dibawa ke mahkamah Malaysia sebagai saksi pembelaan dalam kes SRC, kerana dia mempunyai banyak rahsia dan kebenaran tentang sogokan yang diberikan kepada pegawai tinggi kerajaan PH, terutamanya bekas Gabenor BNM, dan bekas CEO SRC Nik Faisal Ariff Kamil yang turut menghilangkan diri.
Hakikatnya Jho Low atau Low Taek Jho yang digimikkan sebagai buruan pihak berkuasa Malaysia, telah dikesan dan dipercayai berada di Disneyland Shanghai sebagaimana disiarkan dalam YouTube oleh Bradley Hope pada malam Krimas 2019.
Ironinya mengapakah setelah DS Najib dipenjara baharu berita penemuan Jho Low itu disiarkan?
Adakah ini juga sebahagian daripada konspirasi Tun Mahathir untuk memenjarakan DS Najib?
Dengan mudah sahaja seorang penulis buku “Billion Dollar Whale: The Man who fooled Wall Street, Hollywwod, and the World” Bradley Hope telah dapat mengesan Jho Low di Shanghai.
Hope berkata, “Anda mungkin fikir dia akan bersembunyi seperti James Bond di suatu tempat tetapi sebenarnya dia hanya berkeliaran di sekitar pusat beli-belah, duduk di Shanghai Disneyland dan dia sentiasa mempunyai banyak telefon. Dia memainkannya seperti piano.”

Jika Thailand dengan mudah mengekstradisi penjenayah Malaysia, Teow Wooi Huat, ke China kenapakah bertahun-tahun Malaysia gagal mendapatkan kerjasama antarabangsa untuk membawa pulang Jho Low.

Suatu ketika dahulu pemimpin UMNO yang juga Menteri Pertahananan Malaysia, DS Hishamuddin Hussein pernah menawarkan diri untuk menghubungi jaringan diplomatiknya di China bagi mendapatkan bantuan mengesan Jho Low, tetapi dengan pantas kerajaan PH menolaknya. Kenapa?

Timbul pelbagai persoalan, adakah kerajaan China sengaja tidak mahu Jho Low diekstradisi ke Malaysia kerana sistem kehakiman yang tiada integriti, atau Malaysia sendiri tidak pernah membuat pemohonan ekstradisi ke atas Jho Low?
Selari dengan itu, PM Malaysia Ke-7, Tun Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan PH tidak boleh mengekstradisi Jho Low kerana Malaysia tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan negara terbabit.

Kenyataan Mahathir adalah suatu pembohongan yang nyata sekiranya dia maksudkan China kerana Malaysia sememangnya mempunyai perjanjian MLA dan Perjanjian Ekstradisi penjenayah dengan China.
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, DS Ahmad Zahid Hamidi, pada 10 Feb 2018, “Malaysia mempunyai MLA dan perjanjian ekstradisi dengan pihak China, maka perjanjian-perjanjian tersebut perlu dihormati.”
Sebelum ini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng telah berpura-pura terkejut dengan berita terdapatnya rundingan antara kerajaan PN dan Jho Low, namun hakikatnya Mahathirlah orang pertama yang telah berunding dengan Jho Low sebagaimana didedahkan oleh Al Jazeera, tidak lama setelah PH berkuasa pada 2018.

Rakyat pasti masih ingat apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan putar-belitnya bahawa, “Ada negara baik dengan kita, ada negara yang tidak, kita terpaksa terima keadaan itu, kita boleh ‘perang’ (dengan negara yang melindunginya) tetapi kita akan kalah dan kita tak dapat Jho Low.”
Hakikatnya tiada mana-mana negara dalam perjanjian antarabangsa ekstradisi penjenayah yang akan mengangkat senjata. Jelaslah kenyataan Mahathir hanyalah satu lagi sandiwaranya untuk memperbodohkan rakyat.
Dalam beberapa siri rakaman perbualan, yang telah direkodkan secara ekslusif oleh Al Jazeera, Jho Low telahpun mengadakan beberapa perbualan yang dikira sebagai rundingan dengan Perdana Menteri PH iaitu Mahathir.
Ia berlaku dalam beberapa minggu sejurus selepas kemenangan besar PH pimpinan Mahathir yang penuh dengan fitnah, pembohongan dan janji manis termasuk manifesto PH yang kini dikutuk sebagai ‘bukan kitab suci’ tapi mungkin sebagai ‘kertas tisu tandas’ sahaja.
*****
Tinggalkan Jawapan