VIDEO – HAMPIR SEMUA PEMIMPIN PAS SELURUH MALAYSIA SERANG MUHYIDDIN DARI SEGENAP SUDUT, HARAP HADI AWANG TIDAK RABUN

Editorial

2 Sept 2022

Tindakan Muhyiddin merayu pada PH serta Tun Mahathir untuk kembali bekerjasama dalam PRU15 bagi mengalahkan BN, samalah dengan analogi seorang yang menikam belakang sahabat baiknya, sehingga nazak, kini datang sujud semula untuk menagih bantuan.

Label ‘pengkhianat’ terhadap Muhyiddin kini menjadi realiti, apabila setelah memusnahkan Muafakat Nasional yang dijalin atas ukhwah Islamiah, dia kini merengek-rengek menyembah Mahathir dan Anwar untuk mengikat semula ikatan yang telah diperkosanya.

AJK PAS Pusat Dr. Mohd Zuhdi Marsuki memberi amaran kepada PN dan secara tidak langsung melemparkan amarannya terhadap Muhyiddin yang kelihatan seperti dubuk lapar yang rakus mengemis pemimpin PH, Mahathir dan Warisan untuk menyokongnya supaya diangkat semula menjadi Perdana Menteri.

Dr. Zuhdi menegaskan PAS akan menentang habis-habisan sebarang usaha kerjasama dengan PH sama ada menerusi pakatan pilihan raya mahupun gabungan politik.

Dalam isu ICERD dan Statut Rom, dengan jelas bahawa PH mahu merungkai tonggak Perlembagaan Persekutuan yang menjadi dahan penggantungan umat Islam, dan kedudukan kaum Melayu-Bumiputera dalam konteks hak di bumi Tanah Melayu ini.

Lantas kerjasama dengan PH mahupun bekas pemimpin PH seperti Mahathir yang terkenal sebagai diktator popular dunia, sewajarnya ditolak.

Tidak guna bekerjasama dengan musuh Islam semata-mata kerana mahukan kemenangan PRU, sedangkan prinsip perjuangan PAS yang meletakkan kedaulatan agama Islam sebagai keutamaan, digadaikan.

Selain daripada itu, sebagaimana tercatat dalam buku ‘The Armies of God; A Study in Militant Christianity’ didedahkan oleh TS Prof Dr Ibrahim Abu Shah, DAP-PH telah mengatur agenda tersembunyi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara ‘Republik-Evangelis-Zionis’. Dalam buku tulisan Buchanan itu terdapat nama-nama pemimpin Evangelis-DAP Malaysia.

PAS Melaka pula mengingatkan pihak kepimpinan PAS pusat supaya tegas dan jangan mudah terjebak dengan gerakan halus pengkhianatan Muhyiddin.

Muhyiddin dingatkan agar tidak wewenangnya mengeluarkan kenyataan atas nama PN tanpa persetujuan rakan komponen lain terutamanya PAS, lebih-lebih lagi membabitkan perkara dasar dan strategik, sebagaimana ditegaskan oleh bekas pesuruhjaya PAS, Kamarudin Sidek.

Pendirian Kamarudin turut disokong PAS Kota Melaka, Hang Tuah Jaya, dan Alor Gajah serta Dewan Pemuda PAS Melaka.

Sebelum ini Muhyiddin Yassin berkata, langkah kerjasama dengan pembangkang adalah untuk mengelakkan BN kembali berkuasa dan mengulangi amalan salah guna kuasa serta rasuah dalam pentadbiran negara.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak mentah-mentah sebahagian besar PAS negeri antaranya Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Melaka serta beberapa negeri lagi yang turut menyatakan pendirian sama selari dengan keputusan PAS pusat.

Semasa PRK Melaka, akar umbi PAS terang-terangan telah menolak kerjasama PAS dengan Muhyiddin.

PAS Selangor menerusi setiausahanya, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, keputusan menolak kerjasama dengan PH yang disertai DAP selaras dengan pendirian pucuk pimpinan parti dan ia keputusan muktamad PAS Pusat.

Roslan menyatakan bahawa PAS Selangor akan berusaha bagi mengelak pertembungan dengan parti lain termasuk BN bagi merealisasikan usaha menumbangkan kerajaan Selangor pimpinan PH.

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha pula menegaskan kerjasama dengan PH tidak mungkin berlaku, tapi bagi parti lain khususnya Melayu-Islam atau bukan-Islam yang tidak ekstrem, PAS sedia bekerjasama.

Muhyiddin lupa bahawa dia juga berada dalam radar SPRM atas penglibatannya dalam kes rasuah 1BestariNet, dia juga lupa namanya tercatat sebagai penerima sogokan UKSB berjumlah RM1.3 juta, sedangkan dalam kes yang sama hanya DS Zahid Hamidi sahaja yang diheret ke mahkamah.

Muhyiddin juga buta dengan afidavit Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli yang mendakwa bahawa Muhyiddin dan konco-konconya telah membuat ugutan supaya dia melompat parti, Oleh kerana Rozman menolaknya, lantas dia diheret ke mahkamah.

Rakyat juga masih ingat kritikan bekas Ketua Polis negara terhadap campurtangan politik yang mengugut katak-kata politik yang dipercayai didalangi oleh Muhyiddin.

Justeru, Muhyiddin usahlah hendak membangkitkan soal salah guna kuasa dan rasuah sedangkan dia sendiri dalam perhatian SPRM, cuma tidak pasti adakah SPRM juga berada dalam kawalannya.

Felo Penyelidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, telah mengangkat premis bahawa PAS telah mengabaikan ikatan dengan UMNO apabila bertindak menjalin hubungan dengan BERSATU dan menyertai PN kerana sikap tamak dan tidak realistik.

Tiada lain yang boleh diiktibarkan, kecuali pendirian Hadi Awang yang ‘rabun’ dengan pengkhianatan Muhyiddin.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: