Editorial
1 Sep 2022
Sebelum ini pada 12 Julai, MalaysiaToday telah mendedahkan perincian perjanjian antara DS Ismail Sabri dan TS Muhyiddin Yassin, tetapi memadamkan perkara 7, 8, dan 9 dalam data lengkap 1-10.
Rupa-rupanya setelah didedahkan oleh DS Lokman Noor Adam semalam, barulah terbongkar bahawa Perkara 7, 8 dan 9 adalah sesuatu yang amat mendukacitakan rakyat yang mahu keadilan dan sistem kehakiman bebas daripada kuasa politik.
Sebagaimana didedahkan oleh Lokman Noor Adam, tiga perkara yang cuba disembunyikan adalah:
Perkara KE-7 mencatatkan bahawa Ismail Sabri telah berjanji kepada Muhyiddin bahawa beliau tidak akan menukar Peguam Negara, Idrus Harun.
Perkara KE-8 mencatatkan bahawa Ismail Sabri berjanji akan mengekalkan jawatan Menteri, Timbalan Menteri dan juga Pengerusi GLC dari PPBM dan PAS.
Perkara KE-9 mencatatkan bahawa Ismail Sabri telah berjanji kepada Muhyiddin akan menyegerakan kes DS Najib Razak dan DS Zahid Hamidi.



Muhyiddin memperakui bahawa perjanjian itu ditandatangani antara beliau dan Ismail Sabri Yaakob, manakala saksi masing-masing adalah DS Hamzah Zainudin dan TS Annuar Musa.
Penggubal perjanjian itu adalah Takiyuddin Hassan iaitu orang yang merangka perjanjian tersebut.
Pembongkaran ini lagi sekali menambah kemelut kes SRC yang mensabitkan DS Najib Tun Razak, apabila DS Ismail Sabri telah berjanji menyegerakan perbicaraan kes berkenaan.
Adakah perkara ini yang menjadi katalis desakan terhadap tindakan mahkamah yang kelihatan tergesa-gesa mahu menamatkan perbicaraan kes SRC, sehingga banyak hak pembelaan diketepikan termasuk bukti-bukti baharu, pemohonan khidmat Queen Counsel, pemohonan penangguhan kerana lantikan peguambela baharu dan beberapa perkara lagi yang amat signifikan.
Mahkamah seperti tidak konsisten dalam soal prosedural dan jangka waktu kerana dalam kes Liwat DS Anwar Ibrahim ia telah memakan masa 6 tahun 5 bulan sedangkan kes SRC baru kira-kira 2 tahun 6 bulan setelah ditolak kekangan pandemik Covid19.

Tindakan tergesa-gesa perbicaraan, sehingga penglibatan saksi penting seperti bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, Jho Low dan Nik Faisal langsung tidak dipertimbangkan.
Pendedahan bekas Pengarah Goldman Sachs, Tim Leissner, bahawa terdapat pegawai tinggi kerajaan Malaysia dalam senarai penerima sogokan termasuk bekas Gabenor Bank Negara juga langsung tidak dipedulikan.
Adakah Mahkamah terlalu didesak oleh ‘tangan ghaib’ agar DS Najib dipenjarakan?
Pengekalan Idrus Harun sebagai Peguam Negara adalah satu tindakan yang tidak bijak kerana terdapat sikap ‘talam dua muka’ kerana dia adalah tokoh daripada parti Bersatu yang memusuhi DS Najib.

Sekiranya Hakim Mahkamah Tinggi Datok Sophian Abdul Razak diketepikan kerana abangnya adalah ahli UMNO, mengapa pula Hakim Nazlan tidak boleh diketepikan kerana dia adalah sekongkol Mahathir, manakala suami Ketua Hakim Negara juga adalah penyokong tegar Mahathir yang telah meluahkan rasa gembiranya terhadap sabitan yang dikekalkan terhadap DS Najib Tun Razak.
*******
Tinggalkan Jawapan