PEJABAT CABANG JB TERBAKAR; PKR HARUS LIHAT BUDAYA KEGANASAN DAN GENGSTERISME AHLI SENDIRI

Editorial

31 Ogos 2022

Apa-apa sahaja musibah yang melanda sekarang ini, semuanya adalah salah UMNO.

Ekonomi meleset salah UMNO, Covid19 rancak kembali salah UMNO, banjir kilat melanda salah UMNO, harga barang naik melambung salah UMNO, artis ghairah nak adakan konsert salah UMNO, dan banyak lagi semuanya salah UMNO.

Terkini pejabat Cabang PKR Johor Bahru terbakar atau dibakar, maka dengan pantas ia adalah perbuatan ahli UMNO kerana ada ugutan dalam FB yang diprasangkakan sebagai orang UMNO kerana suaranya berbau UMNO atau ada cop UMNO pada lidahnya.

Hakikatnya, dalam sejarah pemilihan PKR, budaya gengsterisme, bergaduh sesama-sendiri, peras-ugut, demonstrasi ganas, pengundi hantu, merosakkan harta benda awam, dan pukul-memukul hingga darah terhambur adalah suatu gejala yang sudah menjadi darah-daging ahli PKR.

Malahan pemimpin PKR terpaksa menyatakan bahawa budaya itu adalah budaya pergaduhan adik-beradik yang telah menjadi ‘resam’ PKR kerana PKR lahir di tepi jalan atau tepi longkang, mungkin.

Lantas, adakah membakar pejabat bukan sebahagian daripada budaya gensterisme itu semua?

Tiga hari lalu (28 Ogos), Ahli Parlimen Johor Bahru YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir, mendakwa dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang pemilik akaun Facebook pada hari Khamis dan Jumaat lepas.

Kalau nak rujuk pada mesej FB, maka wajarlah Ahli Parlimen JB, Akmal Nasrullah, sedar bahawa profil peribadi, nama, latar belakang, kecenderungan politik, sokongan politik semuanya boleh sahaja direkacipta untuk mengelabui pengguna FB lain tentang profil tulen seperti yang tercatat dalam Kad Pengenalan.

Pihak PDRM, pastinya sudah mangli dengan aduan daripada mangsa FB, sedangkan pihak ‘scammer’ dan identiti palsu FB juga tidaklah sebodoh seperti yang ramai sangkakan.

Jika tidak masakan ribuan scammer telah menipu pengguna FB jutaan ringgit dalam pelbagai gejala penipuan.

Namun tidak juga dinafikan ada juga yang jujur dan benar-benar tulen.

Sebagaimana kata Ketua Penerangan UMNO bahagian JB, Saipuddin Yusoff, cara menyelesaikan sesuatu isu berkaitan politik melalui ugutan adalah di luar budaya dan bukan amalan ahli UMNO.

Janganlah mencari publisiti murahan menjelangnya PRU15 ini, dengan mengaitkan insiden kebakaran itu dengan menuding jari kepada ahli UMNO, sebelum lengkapnya siasatan pihak polis.

Mungkin YB Akmal perlu meneropong kembali gejala samseng dan gengsterisme dalam kalangan ahli-ahli PKR sendiri yang mungkin ada yang membenci YB.

Kita pernah lihat bagaimana Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, lari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri daripada keganasan ahli sendiri di Keningau, kerana takut dicederakan mereka.

Tingkah-laku samseng, bergaduh sesama sendiri sebagaimana berlaku di Kongres AMK PKR 2019 di Melaka, sehingga ada yang parah-berdarah, bukan lagi perkara yang aneh bagi ahli-ahli PKR.

Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, pernah memperakui bahawa parti yang diasaskan oleh gerakan reformasi DS Anwar Ibrahim itu “merupakan parti yang lahir di atas jalan raya, dengan itu bagi kami ini (pergaduhan) adalah resam, kebiasaan resmi bagi Keadilan.”

Lantas, adakah membakar pejabat dan ugutan itu sesuatu resam dan kebiasaan juga?

Rakyat masih ingat bagaimana samseng-samseng PKR ini telah merusuh di jalan raya dan menerbalikkan kenderaan polis dalam satu demonstrasi.

Adakah kepimpinan PKR, terutamanya Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu, cuba membentuk masyarakat anarki, kerana kemarahan dan dendam kesumatnya terhadap Tun Mahathir?

Kenderaan Polis diterbalikkan oleh penyokong samseng jalanan ‘Reformasi’ PKR. Sumber: ‘Seademon Says’ dan Perak Today

https://cungkil.files.wordpress.com/2021/08/image-182.png?w=591Kenderaan Polis diterbalikkan oleh penyokong samseng jalanan ‘Reformasi’ PKR. Sumber: ‘Seademon Says’ dan Perak Today

Rakyat juga tidak lupa tentang peristiwa berdarah pada hari Pemilihan PKR di Kuala Langat 2014 apabila ahli PKR dibelasah oleh ahli rakan sendiri.

Insiden berdarah juga berlaku di Seberang Jaya semasa Pemilihan PKR 2018. Kejadian tersebut berlaku apabila terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan pemilihan lantas membaling kerusi dan hinggap di kepala seorang ahli.

Pergaduhan itu tercetus apabila ahli PKR yang hadir mengesa keputusan dibatalkan selepas berlaku masalah dalam proses pemilihan di beberapa pusat di negeri terbabit.

Pergaduhan juga berlaku semasa Pemilihan PKR di Merbok Kedah pada 2018. Rakyat juga menyaksikan peristiwa ibu pejabat PKR di Tropicana apabila penyokong parti ‘mengamuk’ sambil maki-hamun, menjerit-jerit dengan api kemarahan, “pengkhianat”, “anjing” dan “pecat” kepada beberapa pemimpin PKR.

Mereka seperti diserang ‘sawan babi’ apabila membelasah Naib Presiden, Tian Chua dan bekas Timbalan Ketua AMK, Dr Afif Bahardin.

Lantas, ugutan yang YB Akmal terima itu, rasanya tidaklah mengejutkan ahli-ahli PKR yang sudah menjadikannya sebagai resam, sebagaimana kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: