BERSIH HANYALAH KELDAI KOTOR DAP-PH, BUKAN PEJUANG KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Editorial

30 Ogos 2022

BERSIH cuba menutup wajahnya yang sebenar sebagai keldai DAP-PH tetapi berlagak menjadi juara rakyat membela keluhuran perlembagaan dan pejuang kedaulatan undang-undang, sedangkan hakikatnya mereka amat kotor dan jijik.

Ketika Tommy Thomas dilantik sebagai Peguam Negara, BERSIH hanya diam membisu, sedangkan mereka sedar bahawa Tommy Thomas adalah peguambela Lim Guan Eng dalam kes rasuah pembelian banglow yang mempunyai konflik kepentingan politik dan juga salah guna kuasa.

TS Tommy Thomas sendiri mengaku dalam memoirnya bahawa dia adalah lantikan politik. Bukan itu sahaja, dia juga telah mendedahkan bahawa sepanjang dia diberikan tanggungjawab sebagai Peguam Negara, telah ‘wujud penyalahgunaan kuasa dalam isu hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam badan kehakiman, pendakwaan terpilih dan bersifat politik serta pelanggaran sumpah kerahsiaan.’

Apabila kes Lim Guan Eng digugurkan dengan kuasa prerogatif Peguam Negara, ramai yang terkejut termasuk SPRM.

Mengapakah mereka terkejut? Pelajar menengah rendah pun tahu sebabnya, adalah kerana ‘dakwaan terpilih’ yang diamalkan oleh Peguam Negara dan diasak oleh ‘tangan ghaib’ kerajaan PH yang didominasi DAP.

BERSIH juga tidak bersuara apabila pemimpin tertinggi PKR, Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM. Tidakkah SPRM sepatutnya bebas daripada sebarang kuasa politik?

Lantas, mengapakah BERSIH hanya diam dan menikus dan tidak berkompang sebagai juara rakyat menentang ketidakadilan?

BERSIH juga diam membisu apabila 14 kes jenayah yang melibatkan tokoh-tokoh DAP-PH digugurkan begitu sahaja. Kenapa BERSIH tidak bersuara?

Apabila kes rasuah Lim Guan Eng dihangatkan dengan kematian saksi penting pendakwaan, Datuk Ewe Swee Kheng yang terjun dari tingkat 17 The Palazo, seluruh negara melihat betapa jijiknya pemimpin DAP dalam usaha membela gejala rasuah pemimpin mereka. Tapi BERSIH terus juga mendiamkan diri.

BERSIH kelam-kabut berkompang bagaikan orang kena sawan, menentang pengundi hantu Bangla kononnya dibayar oleh BN-UMNO sedangkan tiada langsung penangkapan penipuan ke atas mana-mana Bangla mahupun mana-mana pekerja asing atau PATI sekalipun.

Kontradiknya BERSIH diam membisu apabila berlaku penipuan dalam pemilihan CEC DAP sebagaimana dilaporkan sendiri oleh orang DAP.

BERSIH juga bagaikan mangsa ‘heart stroke’ atau angin ahmar apabila pemilihan PKR heboh dengan pengundi hantu sebagaimana dijaja oleh pakar hasut negara, Rafizi Ramli. Kenapa Bersih terus diam?

Terkini, BERSIH mengkritik kenyataan DS Azalina Othman Said yang menegur sistem kehakiman yang pincang dengan merujuk kepada perbicaraan kes SRC apabila Peguam Negara seperti mengabaikan tanggungjawab beliau untuk memastikan keadilan dalam badan kehakiman.

Mengapakah BERSIH menentang saranan Azalina supaya Peguam Negara dilantik daripada kalangan yang boleh membantu PM, dan tidak bersikap ‘talam dua muka’?

Pelantikan Peguam Negara (AG) adalah atas nasihat Perdana Menteri maka dia harus melantik orang dia untuk mudahkan segala urusan.

Adakah BERSIH bising apabila DAP melantik peguambela ‘Chin Peng’ Ketua Parti Komunis Malaya sebagai Peguam Negara yang akhirnya Mahathir merungut dan menyesal dengan pelantikan Tommy Thomas itu?

Terbangkit persoalan, mengapakah Peguam Negara menolak pemohonan DS Najib untuk mendapatkan khidmat Queen Counsel, Jonathan Laidlaw, atas alasan dia tidak tahu berbahasa Melayu, sedangkan Tommy Thomas yang buta bahasa Melayu boleh pula dilantik sebagai Peguam Negara? Malahan sudah ada presedens suatu ketika dahulu apabila Mahathir menggunakan Queen Counsel dalam kes pemecatan Tun Salleh Abas. Kenapa Bersih tidak berkompang?

Kenapa BERSIH tidak bising dengan dakwaan sogokan yang diterima oleh Hakim Nazlan serta konflik kepentingan sebagai Councel Judge Maybank dan kaitannya dengan penubuhan SRC?

Pemohonan penangguhan pihak pembelaan DS Najib ditolak, sedangkan kes Anwar memakan masa lebih 6 tahun 5 bulan, dan kes Najib setelah ditolak sekatan PKP hanyalah 2 tahun 6 bulan.

Adakah Peguam Negara telah menjalankan tanggungjawabnya secara adil, atau ada ‘tangan ghaib’ yang mengawal badan kehakiman negara? Inilah yang menjadi sebahagian persoalan yang dibangkitkan oleh Azalina.

Seharusnya BERSIH bertindak tanpa memilih bulu dan mencanangkan apa sahaja kebobrokan dalam sistem keadilan negara, dan bukannya menjadi keldai kotor dan jijik DAP-PH!

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: