VIDEO – PERDANA MENTERI MANAKAH YANG BOLEH BEKERJA DENGAN PEGUAM NEGARA ‘TALAM DUA MUKA’?

Editorial

29 Ogos 2022

Apabila DS Azalina Othman mencadangkan supaya Peguam Negara, Idrus Harun ditukar, maka ia bukanlah sesuatu yang aneh dan kontradik dengan amalan setiap PM sebelum ini.

Lihat sahaja apabila Mahathir melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara meskipun pada mulanya mendapat tentangan istana negara.

Bagaimanakah seorang Peguambela kepada pemimpin politik PH, Lim Guan Eng, dilantik sebagai Peguam Negara, sedangkan kes rasuahnya masih berjalan.

Situasi ini berlaku seelok-elok PH berkuasa selepas PRU14, dan lantas mengenyahkan Peguam Negara sebelumnya.

Sekiranya Bersih, mahupun Majlis Peguam menentang pandangan Azalina, mengapakah balaci-balaci PH-DAP ini langsung tidak mengendahkan kerosakan sistem kehakiman akibat perbuatan Tommy Thomas, sedangkan Tommy sendiri memperakui bahawa dia adalah lantikan politik?

Hanya setelah kerajaan PH tumbang, baharulah Mahathir mengeluh menyesal melantik Tommy Thomas, namun apa yang rakyat lihat hanyalah hipokrasi Mahathir, Bersih dan Majlis Peguam.

Kemudian SPRM sendiri terkejut apabila kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan begitu sahaja. Bukan sahaja SPRM, malahan beberapa pemimpin PH juga terkejut.

Sama ada fenomena ‘terkejut’ itu satu lakonan, bukan menjadi persoalan, tetapi sistem kehakiman negara rosak dan jijik akibat perbuatan Tommy Thomas apabila banyak kes yang melibatkan pemimpin PH digugurkan dengan kuasa prerogatif yang diberikan kepada Peguam Negara.

Kini sebagaimana tersiar dalam YouTube, Editor Malaysia Today telah mendakwa bahawa PM Ismail Sabri telah bertanya Peguam Negara tentang peguambela DS Najib yang mahu pertamanya, mendapatkan khidmat Queen Counsel untuk mengikuti perbicaraan kes SRC dan kedua, memohon supaya perbicaraan ditangguhkan.

Dalam isu pertama, Peguam Negara telah menolak permohonan DS Najib untuk mendapatkan khidmat Queen Counsel atas alasan Jonathan Laidlaw tidak tahu berbahasa Melayu. Peliknya Tommy Thomas yang buta bahasa Melayu boleh pula dilantik sebagai Peguam Negara.

Kedua Peguam Negara bersetuju perbicaraan SRC ditangguhkan supaya peguambela yang baharu dilantik oleh DS Najib diberikan tiga bulan untuk mengkaji segala pertuduhan pendakwaraya serta bukti pembelaan.

Idris Harun dikatakan telah bersetuju.

Persetujuan Idris Harun adalah konsisten atau tekal dengan prosedur mahkamah sebagaimana Kes Liwat Anwar Ibrahim yang berlangsung hampir 8 tahun, sedang kes DS Najib baru 2 tahun 6 bulan setelah ditolak garis waktu PKP akibat pandemik Covid19.

Namun penangguhan kes SRC telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Persekutuan. Lantas di manakah letaknya keadilan dan kuasa prerogatif Peguam Negara? Atau hakikatnya Peguam Negara sebenarnya rakan sekongkol ‘tangan ghaib’ yang mahu melihat DS Najib segera dipenjarakan.

Atau pada persepsi yang lain, Hakim Mahkamah Persekutuan tidak mahu patuh kepada arahan Peguam Negara, sebaliknya juga mengikut arahan ‘tangan ghaib’ yang menjadi musuh DS Najib.

Namun sebagaimana yang didedahkan oleh Raja Petra, sememangnya ada ‘tangan ghaib’ atau ‘kuasa ghaib’ yang memberi arahan kepada Mahkamah Persekutuan, malahan sejak perbicaraan di Mahkamah Tinggi lagi, supaya disekat semua hak DS Najib untuk dihakimi dengan seadilnya.

Lantas, Peguam Negara diperlihatkan sebagai tidak bebar-benar melaksanakan tanggungjawabnya untuk memberikan keadilan dan hak prosedural mahkamah kepada DS Najib.

Di sini tidak timbul soal membebaskan DS Najib sebagaimana Tommy Thomas telah membebaskan konco-konco PH dalam jenayah yang telah mereka lakukan, meskipun penglibatan mereka dalam aktiviti pengganas Tamil Elam.

Dengan itu, sebagaimana disarankan oleh Datok Azalina Othman Said, wajarlah sekiranya Peguam Negara, ditukar, sebagaimana Mahathir menukar Apandi Ali atau sebagaimana Tommy Thomas meletakkan jawatan setelah kerajaan PH pimpinan Mahathir tumbang.

Jika Tommy Thomas masih ada keabsahan dan relevan sebagai Peguam Negara, mengapakah Muhyiddin Yassin tidak kekalkan sahaja.

Namun setelah Ismail Sabri dilantik, nampaknya beliau langsung tidak peka terhadap kesan pentadbirannya akibat Peguam Negara yang bersikap ‘talam dua muka’.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: