Editorial
28 Ogos 2022
Kritikan Lim Kit Siang terhadap Peguam Zaid Ibrahim, seperti mahu mengangkat dirinya sebagai manusia suci, berprinsip dan konsisten dalam setiap apa yang menjadi pegangan hidupnya.
Sebaliknya daripada mulut berlidah biawaknya itu, dia lupa bagaimana dia berjanji, bersama-sama dengan mendiang Karpal Singh bahawa mereka akan mengheret Tun Mahathir ke penjara, bersama-sama dengan anaknya sekali, sekiranya mereka menang PRU13.
Pastinya Karpal Singh, seperti Lee Lam Thye yang 30 tahun dahulunya merupakan orang kuat DAP, akan meletakkan jawatan dan meninggalkan DAP kerana menyampah dengan manusia berlidah biawak ini.

Inilah contoh manusia Cina yang amat tidak bermaruah di Tanah Melayu, yang seharusnya tidak diberikan kewarganegaraan, lebih-lebih lagi apabila dia adalah bekas gerila komunis, yang telah banyak membunuh anggota keselamatan yang mempertahankan negara.

Dia pandai berpura-pura, dengan hipokrasinya yang amat tebal.
Lim Kit Siang gagal meneropong kes rasuah anak, sehingga meragut nyawa saksi pendakwaan yang terpaksa membunuh diri kerana kecewa dengan hipokrasi anak-beranak yang tidak sedar diri ini.
Sejak dia menentang kerajaan BN-UMNO pada era 1980-an, apatah lagi setelah Mahathir berkuasa dan melingkupkan wang negara berjumlah RM30 bilion dalam skandal Forex-BNM, dia telah berjanji akan mengheret Tun Mahathir dengan cara yang amat hina bersama-sama dengan Tun Daim Zainuddin ke penjara.

Dia bukan sekadar bercakap atas pentas kempen politik, malah dia telah menulis beberapa buah buku untuk memperkukuhkan janji biawaknya itu.
Tetapi manusia perasuah tua yang dilabelkan ‘moron’ oleh George Soros itu, telah diangkat oleh Lim Kit Siang dan biawak-biawak yang menjadi balacinya sebagai Perdana Menteri.
Berapa bilion yang telah Mahathir sogok padanya, sekiranya wang Mahathir di luar negara adalah berjumlah RM188 bilion?
Apalah sangat untuk menyogok RM2 bilion pada biawak laknat ini dan balaci-balaci lain dalam badan kehakiman?

Daim Zainuddin pula telah dilantik sebagai anggota The Council of Eminent Persons (CEP) atau Majlis Penasihat Kerajaan ketika PH berkuasa.
Sekiranya Kit Siang berlidah biawak ini sudah melabelkan mereka sebagai perasuah yang mesti diheret ke Mahkamah, kenapa pula diangkat musuhnya itu sebagai Perdana Menteri dan anggota Penasihat Kerajaan, termasuk bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, yang kemudiannya syarikat suaminya didakwa menerima wang sogokan daripada Jho Low berjumlah RM700 juta?
Setelah pemimpin ‘moron’ itu tidak menunaikan janji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim, Kit Siang dan konco-konco merancang menjatuhkannya, tetapi takdir telah menjatuhkan juga kerajaan PH yang telah menipu dan mendustai rakyat.
Kit Siang telah dengan hipokritnya menyerang ahli DAP, Zaid Ibrahim kerana Zaid mahu menyatakan pandangannya sebagai pengamal undang-undang terhadap kegenjotan keadilan yang diberikan kepada DS Najib Tun Razak dalam perbicaraan ke SRC.
Mengapa Lim Kit Siang serang Zaid dan tidak menangis di hadapan tokongnya, menyesali tentang betapa hipokritnya dia membela Mahathir sehingga mengangkat menjadi Perdana Menteri?
Kenapa Lim Kit Siang tidak menangis di hadapan tokongnya, apabila dia melantik Tommy Thomas untuk menyelamatkan anaknya Lim Guan Eng daripada kes rasuah pembelian banglow yang amat jelas mendedahkan ‘konflik kepentingan’.
Bukan itu sahaja, lihatlah bagaimana Tommy Thomas yang menjadi keldai Lim Kit Siang itu membebaskan balaci-balaci DAP daripada kes-kes jenayah yang membabitkan mereka?

Apabila Zaid cuba membela DS Najib atas prinsip keadilan, Kit Siang kutuk, tetapi dia tidak sedar apabila dia lantang mencanangkan pembelaannya terhadap Anwar yang telah dijatuhi hukuman bersalah atas perbuatan liwatnya dan Kit Siang berkompang bahawa Anwar tidak bersalah.
Memang Lim Kit Siang berlidah biawak, kerana lidah biawak itu bercabang, di sini dia berbicara dengan tona yang berbeza dengan apa yang dia ujarkan di tempat lain.
******
Tinggalkan Jawapan