RAFIZI TEMBAK MUSUH, TAPI TERKENA PANGLIMANYA SENDIRI

Editorial

23 Ogos 2022

Nama Zainab Mohd Salleh yang tercatat dalam laporan Audit Forensik projek pembinaan Kapal Kombat Pesisir (LCS), TLDM yang kini menjadi polemik pihak DAP-PH, telah menjadi sasaran pakar fitnah PKR, Rafizi Ramli.

Laporan tersebut mengaitkan nama Zainab dalam frasa laporan sebagai “urusniaga yang meragukan”.

Ironinya Rafizi cuba mencanangkan bahawa pihak yang terbabit dalam frasa laporan tersebut sebagai sasaran serangannya, tanpa sedar bahawa suami kepada wanita bernama ‘Zainab Mohd Salleh’ itu dicatatkan sebagai isteri kepada Abdul Latiff Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, meskipun telah dinafikan oleh Abdul Latiff.

Rafizi dengan lantangnya mendakwa antara tokoh penting di belakang syarikat yang terlibat dengan projek LCS adalah isteri kedua Abdul Latiff itu.

Malahan Rafizi menuduh Abdul Latiff dan Zainab sebagai “jerung besar” yang mengaut keuntungan daripada projek LCS bernilai RM6 bilion, melalui syarikat luar pesisir yang dilantik sebagai perunding projek walaupun tidak layak untuk jawatan itu.

‘Thierry Barrier adalah memegang saham, yang dia pindahkan kepada Abdul Latiff Ahmad. Adalah diperhatikan bahawa Abd Latiff adalah pasangan kepada Zainab’ menurut laporan dalam audit 2019.

Pada muka surat 96, laporan tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Zainab adalah isteri kepada Abdul Latiff Ahmad.

Timbul persoalan, siapakah yang cuba menipu, adakah menteri berkenaan atau Laporan Audit Forensik tersebut?

Dipetik daripada MalaysiaKini

Rafizi mendakwa bahawa isteri kedua Abdul Latiff, Zainab mengawal dua syarikat iaitu Alizes Marine dan Alizes Marine Labuan, yang merupakan perunding teknikal untuk projek itu.

Menurutnya Rafizi, syarikat-syarikat ini tidak mempunyai kepakaran, menghantar invois untuk kerja yang tidak dijalankan, dan dilantik sebagai pembekal alat ganti meskipun tidak layak.

Abdul Latiff sebelum ini merupakan timbalan Menteri Pertahanan pada era BN, tetapi telah menyertai Bersatu.

Adakah isu ini yang menyebabkan dirinya melompat ke Bersatu, tidaklah dapat dipastikan?

Abdul Latiff sebelum ini menafikan Zainab yang dilaporkan media adalah isterinya.

Oleh kerana Rafizi telah terlajak ‘tembak’ maka dia dilihat terpaksa terus menembak sasaran meskipun yang ditembaknya adalah ‘panglima PKR’ sendiri, manakala dia sendiri adalah Timbalan Presiden PKR.

Rafizi menolak penafian Abdul Latiff yang diterjemahkan sebagai “sangat lemah” dan berjanji untuk mendedahkan dokumen yang akan membuktikan hubungan menteri itu dengan Zainab.

Audit Forensik itu juga mencatatkan bahawa Abdul Latiff telah dilantik sebagai pengarah sebuah syarikat pada 2015 yang mungkin merujuk kepada Ameris Group.

Selepas pelantikan Abdul Latiff modal berbayar dinaikkan kepada RM350,002 yang diwakili oleh 350,002 saham, di mana 245,000 saham dipegang oleh Zainab yang berada di belakang Alizes Marine Ltd dan bakinya oleh Abd Latiff.

Tidak relevan bagi Rafizi untuk mengaitkan Abdul Latiff dengan UMNO meskipun dahulunya dia adalah ahli politik UMNO, kerana Anwar Ibrahim, Azmin Ali, dan ramai lagi mereka yang kini berada dalam PKR adalah bekas ahli politik UMNO yang meninggalkan parti kerana menolak kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Untuk menutup rasa aib kerana tersilap tembak, Rafizi bertekad untuk meneruskan juga pendedahannya supaya dia tidak dituduh sebagai manusia hipokrit.

Dia menegaskan, bahawa esok dia akan tunjukkan dokumen-dokumen khusus yang mengaitkan Dr Latiff dengan seorang individu yang bernama Zainab Mohd Salleh yang menjadi pemilik Alizes Marine.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: