VIDEO – DS NAJIB TERANIAYA

Editorial

22 Ogos 2022

Peguambela yang baharu dilantik oleh DS Najib, Datok Zaid Ibrahim, mendedahkan bahawa terdapat kecelaruan tuduhan terhadap DS Najib, selain cubaan untuk menutup siasatan ke atas Hakim Nazlan Ghazali yang ditafsirkan mempunyai ‘konflik kepentingan’ yang serius dalam perbicaraan kes SRC-Najib.

Dalam kes SRC itu, Zaid mempersoalkan mengapakah pihak hakim tidak bertegas membawa Jho Low dan Goldman Sachs yang diterjemahkan sebagai pihak utama yang telah menipu 1MDB.

DS Najib tidak bermuslihat tentang wang RM2.6 bilion dan telah mengumumkannya di parlimen.

Kemasukan wang tersebut ke dalam akaun AmBank telah diluluskan oleh Bank Negara dan menjadi bukti bahawa ia bukan suatu penipuan.

Namun pihak yang diamanahkan oleh DS Najib iaitu Nik Faisal serta Jho Low telah menjadi pelarian undang-undang, namun pihak mahkamah tidak pula berusaha untuk mengheret mereka kembali, seakan-akan ada komplot konspirasi untuk menyumbat Najib ke penjara.

Sekiranya pihak pendakwaraya mengatakan ia adalah tipu helah DS Najib dengan Jho Low dan Goldman Sachs, maka mereka hendaklah membuktikannya dan membawa Goldman Sach dan Jhi Low ke mahkamah.

Jika pendakwaraya menuduh bahawa wang yang masuk adalah merupakan penggubahan wang haram, maka mereka hendaklah membuktikannya, sebaliknya kemasukan wang itu telah diluluskan oleh Bank Negara, dan DS Najib juga telah memaklumkan kepada Bank Negara.

Bagaimana pula seorang yang cuba menipu boleh meminta pihak yang bertanggungjawab menjaga keabsahan wang itu supaya memastikan wang itu ada keabsahannya?

Pemerhati melihat bahawa tuduhan terhadap DS Najib lebih kepada persepsi dan bukan tertegak atas kebenaran yang nyata benar, tiada selain selain daripada benar.

Terkini, isu kertas siasatan SPRM ke atas Nazlan Ghazali yang merupakan Hakim Mahkamah Tinggi yang telah menjatuhi hukuman bersalah ke atas DS Najib, juga menjadi isu panas apabila Kertas siasatan SPRM itu ‘hilang’ dari pejabat Peguam Negara.

Lantas, daripada video monolog Datok Zaid Ibrahim itu, jelaslah bahawa DS Najib telah menjadi mangsa penganiayaan sistem keadilan negara atau mungkin juga satu konspirasi pihak yang mahu melihatnya disumbat ke penjara.

Keadaan menjadi lebih panas apabila suami Ketua Hakim Negara didakwa telah meluahkan rasa ceria terhadap perkembangan kes SRC-Najib melalui FB yang juga menjurus kepada isu ‘konflik kepentingan’ pihak Ketua Hakim.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: