VIDEO – KENAKAN HUKUMAN BERAT KEPADA PENGKHIANAT JALUR GEMILANG

Editorial

20 Ogos 2022

Kebiadapan seorang lelaki yang wewenang menggunting bendera kebangsaan ‘Jalur Gemilang’ tidak boleh dipandang enteng dan sepatutnya dikenakan hukuman berat, waima dilucutkan status warganegara dan dihalau keluar daripada negara ini.

Pada 17 Ogos lalu, dia telah melakukan tindakan yang sungguh jijik dengan menggunting Jalur Gemilang yang ditegakkan di sekeliling bangunan MITEC, di Jalan Ampang tanpa rasa bersalah.

Tindakan lelaki ‘kurang ajar’ kepada kedaulatan negara itu, telah dirakam oleh orang awam berdekatan menerusi video berdurasi 37 saat itu.

Rakaman menunjukkan suspek terus menggunting daripada satu bendera ke satu bendera sehingga rakaman tamat.

Perakam dikatakan telah menegur perbuatannya, namun dimarahi semula dan perakam tidak berani mendekatinya kerana suspek memegang gunting.

Kes ini harus dipandang serius apatah lagi menjelangnya sambutan Kemerdekaan Negara, yang antara lain meletakkan Jalur Gemilang sebagai simbol kedaulatan negara dan kebanggaan rakyat setelah bebas daripada kuasa penjajah.

Kemerdekaan rakyat dan negara serta perjuangan menuntut kemerdekaan bukan perkara yang boleh diperolok-olokkan kerana ramai yang telah mengorbankan darah ketika penjajahan British, Jepun dan juga Komunis.

Dalam keriuhan rakyat mejulang kewiraan ‘Mat Kilau’ dalam filem yang telah memperoleh kutipan hamper RM100 juta, tiba-tiba wujud bedebah yang mempersendakan symbol kemerdekaan dan kebebasan negara.

Jika di negara autokratik, manusia laknat sebegini akan dikenakan hukuman tembak sampai mati.

Sekiranya perbuatan mengkhinati kedaulatan negara seperti ini dibiarkan, setelah pelbagai kejadian penghinaan seperti menterbalikkan Jalur Gemilang, menghina agama Islam, menghina Raja-Raja Melayu dan mencabar demokrasi negara melalui ideologi komunisme, maka kedaulatan negara, prinsip ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ serta ‘Keluhuran Perlembagaan’ hanya akan menjadi gimik lelucon yang wajar dibuang ke longkang sahaja.

Perbuatan lelaki terbabit yang menggunting bendera kebangsaan berjaya dirakam orang awam sebelum rakaman video itu tular di media sosial sejak Rabu 17 Ogos yang baru berlalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya, mengesahkan bahawa pada 18 Ogos, polis telah berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun pada jam 12.30 tengah hari.

Tambah Noor Dellhan, pengganggur itu telah direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, iaitu melakukan perbuatan khianat.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: