Editorial
20 Ogos 2022
Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) adalah lebih signifikan dalam hal mencari kebenaran dalam isu LCS.
PAC yang dipengerusikan pemimpin DAP membangkitkan ‘konflik kepentingan’ kerana daripada isu yang mereka bangkitkan dalam media, ia kini menjadi ‘batu loncatan’ kepada pemimpin DAP dalam survival politik mereka.
Soal kerahsiaan aset negara dan kemampuan serta kekuatannya nampaknya tidak lagi dihiraukan.
Sedangkan isu kewangan dan perbelanjaan kerajaan untuk membina lima kapal kombat pesisir yang dibangkitkan oleh Pengerusi PAC daripada DAP, dilihat menyeleweng daripada prinsip pembentangan kewangan kerana Pengerusi PAC bukan akauntan bertauliah yang ada keabsahan untuk membincangkan isu tersebut.
Malahan ahli-ahli PAC juga bukan golongan professional yang ada kredibiliti dan kebolehpercayaan untuk mempersoalkan soal perbelanjaan dan kira-kira yang menjuruskan kepada isu tektikal penguaditan.
Lantas ia dijadikan bahan untuk ‘political mileage’ atau batu loncatan untuk survival pemimpin politik DAP.
Pengerusi PAC, yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh bukanlah akauntan sebaliknya adalah peguam yang hanya pandai memutar-belit fakta untuk mengelirukan masyarakat sebagaimana didakwa oleh bekas Pengerusi PAC 2011-2013, Nur Jazlan Mohamed.
Nur Jazlan adalah ahli dan Fellow ACCA United Kingdom dan Akauntan bertauliah (Malaysian Institute of Accountants) yang lebih arif tentang tata cara dan prosedur pengauditan dan belanjawan korporat.
Wong tidak mempunyai pengalaman dalam pentadbiran kerajaan dan juga dalam korporat mahupun pengauditan bertaraf antarabangsa tetapi bercakap dan melaporkan hanya untuk kepentingan politik dan modal PRU15 untuk menyerang BN.
Akibatnya isu laporan kapal tempur pesisir (LCS) oleh PAC lebih cenderung dimanipulasi dengan tuduhan-tuduhan jahat berbaur politik terhadap pemimpin UMNO.

Pengerusi PAC telah didakwa mendedahkan secara terperinci keupayaan persenjataan kapal perang LCS kepada umum yang merupakan tindakan bodoh yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.
Terkini Wong sekali mendedahkan kepada umum peralatan yang akan digunakan oleh kapal perang LCS adalah ketinggalan zaman.

Sama seperti apa yang telah berlaku ketika Menterti Pertahanan PH, Mat Sabu yang mendedahkan kelemahan sistem pertahanan negara kepada masyarakat baik dalaman dan luaran, Wong juga tidak melihat isu kerahsiaan sistem pertahanan dan keselamatan negara. Ia mendedahkan risiko pertahanan terutamanya kepada ancaman serantau.
Metode yang sama telah digunakan oleh DAP-PH dalam kempen PH sebelum PRU14, dengan pelbagai hasutan dan fitnah yang disebarkan melalui medsos, di samping mengadakan perhimpunan untuk menarik perhatian pengundi dan rakyat, maka begitulah apa yang tersirat dalam agenda membangkitkan isu pembinaan Kapal Kombat Pesisir (LCS) oleh DAP.
Kini dengan menggunakan kedudukan DAP dalam PAC dan ditambah dengan jentera fitnah yang diketuai oleh Rafizi, senario ketika kempen PH semasa PRU14 berulang lagi dengan memanipulasi isu LCS.
Mereka telahpun mengadakan perhimpunan dengan bantahan bahawa kapal LCS kononnya tidak wujud, tetapi telah dibuktikan oleh media ia sudah 50%-60% siap di limbungan Bousted Naval Shipyard (BNS), Lumut tetapi dibekukan ketika DAP-PH berkuasa.

Sebagaimana biasa mereka akan mengadakan perhimpunan di hadapan Sogo Kuala Lumpur, untuk menarik perhatian orang ramai dengan fitnah daripada manipulasi fakta. Namun kali ini tiada sambutan, sekadar 200 sahaja yang hadir.

Modus operandi mereka kali ini adalah memfitnah bahawa Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang sedang dalam pembinaan BNS hanyalah wujud dalam kertas, sedangkan hakikatnya LCS sudahpun 56% siap pada era BN, tetapi ditangguhkan pembinaan dan kemudian dibekukan oleh PH setelah mereka berkuasa.
Justeru amatlah wajar sekiranya RCI ditubuhkan dengan mengambil anggota daripada kepakaran ketenteraan dan kewangan, bukannya ahli politik dangkal yang hanya pandai memanipulasi fakta kerana kepentingan politik.
****
Tinggalkan Jawapan