ADA YANG TIDAK SABAR UNTUK LIHAT DS NAJIB MASUK PENJARA?

Editorial

19 Ogos 2022

Datuk Hamidah Osman, yang merupakan bekas Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), telah membuat laporan polis berhubung hantaran di akaun Facebook seorang pengguna bernama Zamani Ibrahim yang dipercayai suami kepada Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, berkata laporan polis yang dibuatnya adalah demi integriti kehakiman negara.

Datok Hamidah telah meninggalkan PUTRA beberapa hari lalu kerana mahu menegakkan prinsipnya menolak Dr Mahathir yang tiada hala tuju, hanya beretorik, dan hipokrit.

Beliau hilang kepercayaan terhadap PUTRA kerana bertindak menjalin kerjasama dengan Gagasan Tanah Air yg baru ditubuhkan oleh Mahathir.

Kata Hamidah, “Saya tidak mampu menggalas dosa menipu orang Melayu dan tidak tergamak menggunakan slogan perjuangan Melayu demi kepentingan peribadi sama ada untuk saya, Ibrahim Ali, dan Tun M atau sesiapa sahaja.”

Hamidah membuat laporan polis bahawa hantaran dibuat Zamani adalah berbaur politik dan dikatakan gembira dengan kejatuhan bekas Perdana Menteri DS Najib Razak sebagaimana yang disiarkannya dalam medsos.

Tindakan Hamidah membuat laporan polis di Balai Polis Presinct 7 Putrajaya pada kira-kira jam 9.30 pagi semalam telah didedahkannya dalam laman FB.

Beliau memaklumkan telah menerima satu pautan hantaran Facebook yang di dalamnya dipercayai mengandungi kenyataan seorang lelaki bernama Zamani Ibrahim yang juga merupakan suami kepada Ketua Hakim Negara.

“Isi kandungan hantaran ini saya percaya dan yakin berupaya mencalarkan imej sistem keadilan negara. Saya percaya Zamani Ibrahim selaku suami Tengku Maimun berupaya mencalarkan integriti dan imej sistem keadilan negara.

“Bagaimana boleh kita yakin penghakiman yang dibuat Tengku Maimun benar-benar telus dan adil tanpa dipengaruhi oleh suaminya,” kata Hamidah.

Jelaslah terdapat konflik kepentingan atau ‘conflict of interest’ yang selama ini dibuktikan dengan pelbagai reaksi yang menolak hak pembelaan terhadap pihak tertuduh iaitu Najib.

Kandungan laman FB Zamani berkenaan yang tular, telah secara munasabah berupaya membawa kepada tafsiran yang penulisnya merupakan seorang yang suka Najib jatuh dan dipenjarakan.

Manakala kuasa keputusan mahkamah terletak pada hakim, apatah lagi sekira isterinya adalah Ketua Hakim Negara.

Sehubungan itu Hamidah telah membuat laporan polis dengan tujuan agar PDRM menyiasat demi melindungi integriti institusi kehakiman negara dan integriti Ketua Hakim Negara serta semua hakim-hakim yang lain.

Hamidah turut mendesak agar Tengku Maimun segera menarik diri dari menjadi hakim bagi kes rayuan terakhir Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC yang kini sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan Putrajaya.

Sementara itu, turut tular gambar seorang individu yang dikatakan suami kepada Ketua Hakim Negara berada di Mahkamah Persekutuan ketika panel hakim menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti tambahan berhubung kesnya.

Bukankah menjadi peraturan serius bahawa pemerhati dilarang merakam foto dalam mahkamah, sebaliknya lelaki yang dikatakan suami Ketua Hakim itu secara terang-terang telah menggunakan telefon bimbitnya, merakam foto?

Pastinya dia mempunyai ‘lesen besar’ untuk melakukan rakaman foto sedemikian, kerana hubungannya dengan Hakim ketika perbicaraan kes SRC yang membabitkan DS Najib sedang berlangsung.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: