MAHKAMAH TERGESA-GESA MAHU HERET NAJIB KE PENJARA, SEDANGKAN SPRM PUNYAI ‘PRIMA FACIE’ UNTUK TUDUH HAKIM NAZLAN

Editorial

19 Ogos 2022

Seperti banyak yang tidak kena apabila Mahkamah Persekutuan dalam kes perbicaraan kes SRC ke atas DS Najib, dipersepsikan sebagai tergesa-gesa, sedangkan bukti-bukti baharu yang dikemukakan ditolak.

Hujahan peguam bela bahawa Hakim Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman ‘bersalah’ ke atas Najib, telah dikatakan mempunyai asas atau prima facie untuk dituduh di mahkamah mengikut kertas siasatan SPRM.

Pada 17 Ogos, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menolak bukti baharu membabitkan kedudukan Mohd Nazlan dalam Kumpulan Maybank, sebelum rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International yang dihadapi Najib.

Sumber: Sebahagian daripada Kertas Siasatan SPRM -Edisi Siasat

Kertas siasatan SPRM dikatakan telahpun diserahkan kepada Peguam Negara, manakala Peguam Negara pula dipersepsikan sebagai melengah-lengahkan tuduhan terhadap Nazlan di mahkamah.

Adakah perkara ini juga merupakan kemelut konspirasi untuk mensabitkan Najib sebagai bersalah, dan melindungi Nazlan daripada tuduhan mahkamah?

Sekiranya pihak tertuduh diminta mengemukan bukti bahawa dia tidak bersalah, namun mengapakah permohonan untuk mengemukakan bukti baharu, terutamanya dalam kes besar yang melibatkan isu rumit dan potensi kewujudan konflik kepentingan, ditolak oleh mahkamah?

Apakah keadilan dapat ditegakkan sekiranya kemudian hari hakim yang menjatuhi hukuman bersalah ke atas Najib, telah didapati bersalah kerana konflik kepentingan dan rasuah?

Terkini, tular pula berita bahawa suami seorang hakim Mahkamah Persekutuan yang terlibat dalam perbicaraan kes Najib adalah merupakan orang yang amat menyokong Dr Mahathir, yang dilihat sebagai orang yang amat mendambakan kegagalan pembelaan Najib dan sering menghina, mengkeji dan mencerca Najib sehingga membawa kepada keturunan beliau.

Sekiranya Hakim Mahkamah Tinggi, Datok Sufian Abdul Razak dikehendaki menarik diri daripada menghakimi kes Najib kerana abangnya adalah Exco Pahang dan merupakan ADUN UMNO Benta, maka Hakim Mahkamah Tinggi yang merupakan penyokong kuat Mahathir juga seharusnya menarik diri.

DS Najib menghadapi tekanan yang amat parah, apabila permohonan beliau untuk mendapatkan pembelaan Queen Counsel, Jonathan Laidlaw, telah ditolak, sedangkan sudah ada presedens dalam sejarah mahkamah Malaysia.

Dengan itu Najib terpaksa mendapatkan peguambela yang baharu dan masa diperlukan bagi pihak pembela yang baharu dilantik untuk meneliti dan mengkaji segala butir perbicaraan bagi menegakkan keadilan yang tuntas terhadap tertuduh.

Adakah keadilan akan dapat ditegakkan sekiranya perbicaraan dijalankan secara terburu-buru, manakala bukti baharu pembelaan ditolak?

Dengan itu juga kredibiliti, kebolehpercayaan, keabsahan dan keadilan mahkamah akan dipertikaikan, kerana soal ‘keraguan yang munasabah’ telah ditolak mentah-mentah, apatah lagi apabila mahkamah seperti tergesa-gesa dan berselindung di sebalik muslihat tertentu.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: