VIDEO – RUPANYA DIA ADALAH SEKONGKOL NAMEWEE, PENGHINA NEGARA DAN AGAMA ISLAM

Editorial

18 Ogos 2022

Penyanyi rap dan pengarah filem kontroversi yang pernah didakwa biadap dan kurang ajar, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Taiwan telah didesak oleh NGO PERKASA agar kerakyatannya dibatalkan.

PERKASA mengeluarkan desakan sedemikian sebagai reaksi terhadap filem komunisme ‘The New Village’.

Timbalan Presiden PERKASA mendakwa pembikin filem itu dianggap “sudah melampau batas” kerana terus mengulangi “kenyataan biadap” sekalipun kemaafan diberikan atas tindakan beliau sebelum ini.

PERKASA mendesak kerajaan dan pihak berwajib agar jangan lagi berlembut dengan tingkah laku Namewee yang tidak tahu menghargai kemaafan yang telah diberikan sebelum ini, berkaitan dengan lagu ‘Negarakuku’ menghina azan, meghina kaum Melayu-Islam, mencerca TNB, dan pihak PDRM.

Dalam filem ‘The New Village,’ Namewee cuba membuat spekulasi bahawa walaupun filem itu adalah tentang Parti Komunis tetapi baginya itu semua hanya sekadar sejarah.

Hakikatnya, sebagaimana disokong oleh ahli MKT UMNO, filem The New Village itu mengagungkan ideologi komunisme, yang ditolak oleh majoriti masyarakat Islam, Barat dan seluruh dunia.

Bukan itu sahaja kebiadapan lelaki kelahiran Muar ini juga terlihat pada muzik video ‘Oh My God’ yang dianggap menghina pelbagai agama, termasuk Islam.

Klip muzik video ‘Oh My God’ berdurasi empat minit yang diarah dan dihasilkan dengan penampilan khas pemuzik Taiwan yang dikenali sebagai Nine-One-One itu dimulai dengan laungan azan.

PDRM juga telah membuka kertas siasatan berhubung video ‘Oh My God’ itu, setelah menerima beberapa laporan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sebahagian rakaman video lagu itu dilakukan di Masjid Terapung di Tanjung Bungah, Pulau Pinang, negeri pemerintahan DAP.

Video klip itu telah membangkitkan kemarahan orang ramai kerana menghina Islam dan mencemari imej masjid, sebagai tempat beribadat.

Bukan itu sahaja pengerusi Masjid Terapung Tanjung Bungah yang membuat laporan polis berhubung video itu, memaklumkan rakaman di masjid tersebut memaparkan mereka berkelakuan tidak senonoh dengan menari dan menyanyi di dalam masjid.

Namewee yang sebelum ini juga menimbulkan kontroversi apabila menyuruh orang Melayu tinggal di hutan, turut menggunakan istilah seperti Allah, Namo Amitabha, Hellelujah dan Om Mani Padme Hum, sambil menari rap dalam klip video itu.

Dalam klip video berjudul ‘Tokok’ dia telah memutar-belit kenyataan bahawa ‘Oh My God’ bertujuan menggalakkan keharmonian agama di negara ini, namun dia lupa bahawa dia telah memanipulasi kesucian agama Islam yang dianuti oleh kaum Melayu yang merupakan kaum majoriti Malaysia.

Kini terbongkar pula apabila Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah turut serta dalam rakaman klip video terkini Namewee bertajuk ‘katak’.

Video muzik ‘Katak’ telah mula ditayangkan di akaun YouTube Namewee pada 12 Ogos.

Dalam kredit video muzik itu, antara lain, Syed Saddiq tampil menyampaikan ucapan sinis menyokong ‘katak politik’ dan turut bersama Namewee menari dalam persembahan muzik rap itu.

Persoalan yang terbangkit ialah, seandainya sasaran lagu tersebut adalah untuk mengkritik ‘katak-katak politik’, tetapi kontradik dan anehnya apabila Syed Saddiq adalah antara mereka yang menyambut baik ‘katak-katak politik’ UMNO yang telah melompat masuk ke Bersatu ketika dia merupakan Ketua Armada Bersatu.

Syed Saddiq dipersoalkan warganet mengapakah dia tidak turut menari bersama Namewee ketika ‘katak-katak’ melompat masuk PPBM (Bersatu)?

Syed Saddiq telah membuat ciapan di Twitter yang mengalu-alukan Ahli Parlimen Jeli, Mustapa Mohamed ketika dia lompat menyertai Bersatu pada Oktober 2018.

Ketika itu, Syed Saddiq tidak pernah membantah PPBM dari menerima ahli parlimen yang melompat daripada UMNO semasa pentadbiran PH.

Hipokrasi Syed Saddiq juga terdedah apabila dia telah didakwa atas empat pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Isu penting yang mahu ditonjolkan ialah, mengapakah Presiden MUDA sanggup bersekongkol dengan lelaki biadap dan kurang ajar yang pernah menghina agama Islam, kaum Melayu dan negara, sedangkan NGO seperti PERKASA mahu lelaki itu dinyahkan dari bumi Malaysia dengan cara kerajaan membatalkan kerakyatannya.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: