DENGKI DAN KHIANAT DESAK PH BATAL BANYAK PROJEK RAKYAT

Editorial

17 Ogos 2022

Setelah PH menguasai negara melalui kempen PRU14 yang penuh fitnah, janji palsu dan pembohongan, baharulah rakyat sedar apabila banyak projek rakyat telah dibatalkan oleh PH.

Perdana Menteri lantikan PH, pernah berkompang bahawa kerajaan ketandusan dana untuk meneruskan projek-projek BN, tetapi hakikatnya ia hanyalah suatu helah kotor, kerana setelah PH tumbang, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Aziz mendedahkan bahawa kedudukan kewangan negara adalah kukuh.

Pelbagai inisiatif kerajaan BN melalui projek-projek yang telah dikaji dengan teliti akan dapat memberikan manfaat kepada rakyat telah dibatalkan mentah-mentah oleh kerajaan PH.

Tindakan melulu PH yang tidak profesional tetapi hanya mementingkan retorik politik boleh dibuktikan sebagai tindakan dengki dan khianat kerana mahu memadamkan legasi pembangunan BN serta DS Najib Tun Razak yang lebih menjuruskan kepada kepentingan rakyat.

Projek-projek tersebut bukannya projek kronisme sebagaimana projek mega Menara Kembar yang langsung tidak membawa apa-apa manfaat kepada rakyat sebaliknya menindas peniaga tempatan kerana harga sewa premis yang amat zalim.

Dengki dan khianat kerajaan PH sehingga kepada arahan terhadap perpustakaan awam seluruh negara supaya tidak meletakkan apa-apa buku yang ada menyebut tentang nama DS Najib serta projek-projek pembangunan era BN.

Dalam tempoh dua minggu PH berkuasa pada Jun 2018, mereka telah membatalkan projek Keretapi Laju Kuala Lumpur Singapura (HSR) dan MRT3.

Hakikatnya kajian yang dilakukan mengambil masa bertahun-tahun telah mendapati bahawa projek berkenaan adalah amat signifikan dalam aspek ekonomi yang melampaui kos pembinaannya.

Tindakan PH membatalkan projek HSR telah mengakibatkan kerugian besar kepada rakyat khususnya di Melaka dalam sektor pelancongan kerana Melaka adalah negeri yang amat bergantung kepada industri pelancongan.

Pembatalan projek HSR itu juga turut membuatkan Malaysia terlepas limpahan keuntungan daripada pembangunan Bandar Malaysia yang dianggarkan mencecah lebih RM200 billion.

Projek MRT3 juga diperlukan bagi memperlengkapkan jaringan bagi mewujudkan sistem pengangkutan awam yang lebih berintegrasi di Lembah Klang dan tanpanya, Lembah Klang akan terus berdepan dengan peningkatan masalah kesesakan jalan raya.

Malahan pengguna pastinya selamat daripada banjir akibat pembangunan lintang-pukang PH sebagaimana yang berlaku pada Disember 2021 dan berulang pada Mei 2022.

PH juga telah membatalkan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang sangat diperlukan bagi pembangunan jajaran Pantai Timur Malaysia yang telah siap 20%. Pembatalan itu menyebabkan kerajaan kerugian dengan kos RM22 bilion.

Tiga negeri yang bakal menerima manfaat paling besar dan signifikan daripada ECRL itu ialah Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Nampak sangat bahawa dengki dan khianat menjadi asas pembatalan kerana negeri-negeri berkenaan bukan negeri yang berada di bawah kuasa PH.

Rakyat di Sabah dan Sarawak juga amat kesal apabila banyak projek telah dibatalkan, dan ditangguhkan ketika PH berkuasa selama 22 bulan, yang antaranya adalah Lebuh Raya Pan Borneo yang akan menjadi nadi pembangunan Sabah dan Sarawak.

Adakah ini satu kesinambungan daripada amalan menghukum negeri pembangkang sebagaimana dilakukan Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun apabila negeri -negeri pembangkang dinafikan kemudahan asas rakyat seperti lebuhraya, jalan raya, bekalan air dan pembangunan infrastruktur pembentungan?

Tindakan dengki dan khianat itu jelas berbeza pada era BN diurus tadbir oleh DS Najib Tun Razak kerana beliau memastikan kesemua negeri tidak kira negeri di bawah pembangkang sekalipun akan menerima pembangunan infrastruktur asas untuk manfaat rakyat.

Sebab itulah Kerajaan Persekutuan pada era pentadbiran DS Najib telah menyalurkan berpuluh bilion Ringgit bagi membantu penstrukturan bekalan air di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

Lebuhraya CSR (Central Spine Road) yang tidak dikenakan tol apabila sebahagian besarnya sudah dibuka kepada pengguna adalah salah satu contoh yang jelas membezakan sifat dengki dan khianat Mahathir dan PH.

Lantas adakah tindakan dengki dan khianat PH menjadi asas kepada manifesto yang ditolak sebagai kitab suci, sebaliknya ditanggapi sebagai ‘kertas tisu tandas’ yang boleh dibuang begitu sahaja?

Kini mereka sibuk bersilat tentang projek kapal kombat LCS kendalian syarikat milik LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera) iaitu Bousted Naval Shipyard (BNS) yang telah dibekukan oleh PH kemudian dituduh sebagai projek ‘halimunan’. PH gagal melihat bahawa ini adalah projek pertahanan serta kedaulatan negara.

Ia menjadi lebih celaru apabila DAP-PH mengambil kesempatan untuk memfitnah setelah mereka mengetuai siasatan PAC berkenaan projek tersebut.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: