Editorial
15 Ogos 2022
Sebagaimana kempen PH sebelum PRU14, dengan pelbagai hasutan dan fitnah yang disebarkan melalui medsos, di samping mengadakan perhimpunan untuk menarik perhatian pengundi dan rakyat, maka begitulah apa yang tersirat dalam agenda membangkitkan isu pembinaan Kapal Kombat Pesisir (LCS).
Adakah golongan ini tidak sedar tentang kebodohan Menteri Pertahanan PH, Mat Sabu dalam konteks pemahamannya berkenaan persenjataan negara, sehingga menjadi bahan lelucon negara-negara luar.

PH hanya mampu melantik pakar kulinari untuk memimpin Kementerian Pertahanan sehingga dia dilihat sebagai Menteri Pertahanan yang paling bodoh di dunia dari aspek akademik dan ilmu ketenteraan.
Kini dengan menggunakan kedudukan DAP dalam Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan ditambah dengan jentera fitnah yang diketuai oleh Rafizi, senario ketika kempen PH semasa PRU14 berulang lagi.
Mereka telahpun mengadakan perhimpunan dengan bantahan bahawa kapal LCS kononnya tidak wujud, tetapi telah dibuktikan oleh media ia sudah 50%-60% siap di limbungan Bousted Naval Shipyard, Lumut.

Sebagaimana biasa mereka akan mengadakan perhimpunan di hadapan Sogo, untuk menarik perhatian orang ramai dengan fitnah daripada manipulasi fakta. Namun kali ini tiada sambutan, sekadar 200 sahaja yang hadir.
Modus operandi mereka kali ini adalah memfitnah bahawa Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang sedang dalam pembinaan Bousted Naval Shipyard hanyalah wujud dalam kertas, sebagaimana Lim Guan Eng melaksanakan projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang kini menjadi kes rasuah yang sedang dalam perbicaraan.

Hakikatnya pembinaan LCS telah ditangguhkan setelah PH menang PRU14 dan kemudiannya dibekukan.
Golongan pemfitnah ini tidak mebgendahkan pengakuan Mat Sabu, iaitu Menteri Pertahanan PH bersama dengan Timbalannya Liew Chin Tong bahawa PH telah membekukan projek pembinaan LCS kerana kekurangan dana kerajaan.
Isu ‘kekurangan dana kerajaan’ juga merupakan satu lagi pembohongan kerana setelah PH tumbang, Menteri Kewangan PN, Tengku Zafrul telah mendedahkan bahawa kedudukan kewangan negara adalah kukuh.
Pihak pembangkang cuba mengangkat isu LCS sebagai satu lagi ‘dakwaan terpilih’ serta dakwaan yang tergesa-gesa tanpa siasatan rapi sebagaimana kes 1MDB.
Perhimpunan yang cuba mengangkat ‘fitnah’ terbaharu PH itu tidak mendapat sokongan kerana media sendiri telah mendedahkan banyak perkara yang membuktikan bahawa ia adalah bahan fitnah dan hasutan PH terutamanya Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Sebelum PH menang PRU14, pembinaan LCS sudah berada pada tahap 53% setelah kerja-kerja pembinaan bermula pada 2014.
Sebalik ketika PH berkuasa sejak Mei 2018, mereka telah menangguhkan pembinaan dan kemudiannya membekukan pembinaan, dan ditekan lagi dengan tindakan masuk campur pengurusan tertinggi Bousted.
Lantas progres pembinaan lima buah kapal LCS hanya bergerak sebanyak 3% sahaja dalam masa PH dan PN berkuasa dalam jangka masa kira-kira 4 tahun.
Maklumat tersebut tidak pernah didedahkan sehinggalah Mat Sabu dan Liew Chin Tong terperangkap dengan dakyah mereka yang dibangkitkan oleh orang mereka sendiri iaitu Rafizi Ramli.

Sungguh mengecewakan apabila soal senjata ketenteraan yang akan digunakan untuk mempertahankan negara kini menjadi bahan fitnah.
Tiada apa yang PH buat untuk perkuatkan pertahanan negara semasa mereka memerintah. Aset pertahanan mana yang ditambah? Berapa jumlah anggota keselamatan yang ditambah ataupun dikurangkan? Sedangkan tingkah laku konco-konco DAP lebih kepada mendedahkan rahsia pertahanan negara.

Kepakaran Rafizi pula hanyalah memfitnah dan membohongi rakyat, sebagaimana manifesto mereka yang dianggap bukan kitab suci, namun adakah ia kertas tisu tandas?
Rafizi pernah memfitnah bahawa Tabung Haji akan bankrap yang mengakibatkan ramai pendeposit telah mengeluarkan wang mereka dan terlepas giliran menunaikan fardu Haji.
Lantas dia telah diheret ke mahkamah dan didapati bersalah dari segi ‘prima facie’ kerana memfitnah TH dan diarahkan untuk bela diri tetapi kesnya ditarik balik dan digugurkan oleh Tommy Thomas.
Tak perlulah hendak didedahkan siri fitnah Rafizi yang hanya menyakitkan hati dalam ruang media yang sempit ini.
Adakah rakyat akan termakan lagi sekali pembohongan dan fitnah PH yang kini tertumpu pula kepada LCS yang cuba disamakan dengan isu 1MDB?
Selagi PRU15 tidak diadakan segera, maka selagi itulah momentum fitnah dan pembohongan PH-DAP akan terus dilambakkan dalam media baik media arus perdana, mahupun media sosial.
*****
Tinggalkan Jawapan