PANAS! DAP CUBA BOCORKAN RAHSIA PERTAHANAN NEGARA MELALUI LAPORAN PAC?

Editorial

14 Ogos 2022

Isu LCS @ Kapal Kombat Pesisir, meleret-leret sehingga berlaku pendedahan ‘rahsia pertahanan negara’ yang tidak sepatutnya dilaporkan kepada pihak awam dalam laporan PAC yang diketuai pemimpin DAP.

Terdapat perkara yang sepatutnya menjadi rahsia pertahanan negara seperti ciri-ciri yang direkacipta dan dipasang pada LCS (Kapal Kombat Pesisir) yang akan menjadi alat dan kekuatan sistem pertahanan ketika perang, tetapi dengan mudah menjadi bahan hujahan yang terdedah kepada sesiapa sahaja.

Seorang pengguna FB turut membangkitkan isu kerahsiaan pertahanan negara ini, yang seharusnya menjadi keutamaan Wisma Putra dan Kementerian Pertahanan untuk menjaga kerahsiaan pertahanan negara.

Adakah ini yang menjadi agenda tersembunyi DAP-PH, setelah Mat Sabu pernah membabi buta mendedahkan isu kelemahan ketenteraan negara dalam parlimen dan juga dalam forum pertahanan antarabangsa?

Sebelum ini Mat Sabu yang pernah dilabel sebagai ‘Menteri Pertahanan Terbodoh Dunia dari aspek latar akademik dan ketenteraan’ telah mendedahkan dalam Dialog Pertahanan Antarabangsa Shangri-La pada 1 Jun 2019 di Singapura bahawa ‘Kita kita tidak mampu mengejar kapal perang China’.

Malahan kenyataan Mat Sabu ‘elephant fights elephant, grass will suffer’ telah menjadi bahan lelucon, bukan sahaja mendedahkan kelemahan sistem pertahanan Malaysia tetapi juga ‘kebodohan’ Menteri Pertahanan Malaysia. Timbalannya ialah Liew Chin Tong dari DAP.

Mat Sabu juga dikutuk kerana membincangkan soal ‘masakan dapurnya’ dengan delegasi pertahanan antarabangsa, sedangkan isu utama yang seharusnya menjadi wacana mindanya adalah isu pertahanan negara.

Pembinaan lima buah kapal LCS (Kapal Kombat Pesisir) oleh Bousted Naval Shipyard dicemoh oleh penyokong DAP-PH kerana tidak menampakkan hasil fizikal, sedangkan hakikatnya kerajaan PH-DAP sendiri yang telah membekukan pembinaannya atas alasan dangkal bahawa kerajaan tidak mempunyai dana.

Hakikatnya setelah PH-DAP tumbang, Menteri Kewangan telah mendedahkan bahawa kedudukan kewangan negara adalah kukuh, jauh berkontradik dengan apa yang diretorikkan oleh Mat Sabu dan Liew Chin Tong serta balaci mereka Syed Saddiq.

Sumber: Laporan PAC

Sebagaimana petikan Laporan PAC di atas (satu daripada pendedahan aset atileri Pertahanan Malaysia) adalah sebahagian daripada pendedahan PAC yang diterajui oleh Ahli Parlimen Ipoh, Wong Kah Woh dari DAP.

Mengapakah laporan tersebut harus mendedahkan sistem peluru berpandu dan metode operasi pelancarannya, serta pihak yang merekacipta sistem tersebut?

Sebagaimana pemimpin d’facto DAP, Lim Kit Siang yang suka berkompang dan mencanang kelemahan negara dengan isu-isu dongengannya seperti ‘time bombs’ atau bom jangka di Malaysia, isu ‘failed state’, isu Malaysia akan bankrap sebagaimana Sri Langka, kecenderungan kepada tragedi 13 Mei, dan lain-lain lagi, PAC nampaknya seperti mendukung paradigma Lim Kit Siang itu.

Sepatutnya Malaysia berpegang teguh kepada keyakinan dan semangat juang serta kekuatan negara kerana tidak ada mana-mana rakyat yang mudah mengaku kalah dari aspek psywar musuh, walau bagaimana kuat sekalipun pihak musuh dan penjajah.

PAC seperti mengikut rentak DAP dan pemimpin d’facto mereka yang suka mendedahkan kelemahan negara yang dipimpin oleh parti lain, sedangkan ketika mereka berkuasa, negara menjadi lintang-pukang, huru-hara dan porak-peranda.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: