VIDEO- PENUBUHAN ‘GERAKAN TANAH AIR’ (GTA) HANYA HIPOKRASI MAHATHIR – NAIB PRESIDEN PUTRA

Editorial

13 Ogos 2022

Tindakan adhoc Dr Mahathir menubuhkan Gerakan Tanah Air (GTA) hanyalah suatu hipokrasi, yang cuba mengelirukan kaum Melayu terutamanya menjelang PRU15.

Parti Pejuang pimpinan Dr Mahathir yang telah ditolak oleh kaum Melayu-Islam semasa PRN Johor, dengan kekalahan 42-0, kini berusaha menubuhkan GTA yang mengesahkan kelemahan parti itu untuk berdiri sendiri.

Datok Hamidah Osman, Naib Presiden Parti Bumiputera Malaysia yang juga bekas Naib Presiden PPBM (Bersatu) ketika Mahathir menguasai parti itu, juga telah mendedahkan fitnah Mahathir terhadap Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hamidah juga telah dengan jujur dan berani melondehkan hakikat bahawa penubuhan Bersatu adalah daripada idea Lim Kit Siang yang mahu Bersatu menjadi alternatif kepada UMNO sama seperti Amanah ditubuhkan sebagai alternatif pilihan rakyat konservatif Islam terhadap PAS.

Slogan yang dikompangkan GTA kononnya untuk menggerakkan agenda ‘menyatukan Melayu dan Islam’ hanyalah retorik politik yang merupakan suatu ’usaha menipu rakyat’ terutamanya kaum Melayu-Islam.

Hamidah telah membuat keputusan itu kerana kecewa dengan keputusan pucuk pimpinan PUTRA menyertai Gabungan Tanah Air (GTA) yang cuba dijadikan senjata politik semata-mata menjelang PRU15.

Agenda Mahathir yang merupakan Pengerusi Pejuang kononnya hendak menyatukan dan membela Melayu-Islam telah dikritik ramai kerana apa yang dilihat hanyalah muslihat Mahathir untuk memecahbelahkan ikatan Melayu-Islam.

Hamidah bertindak meninggalkan PUTRA serta-merta dan menolak kerjasama dengan Mahathir adalah atas dasar Prinsip serta hilang kepercayaan terhadap Presiden PUTRA dan kepimpinan PUTRA.

GTA bagi Hamidah adalah suatu gabungan politik yang tidak ikhlas dan pastinya tidak kekal lama.

Ia hanyalah suatu ikatan adhoc dan akhirnya akan membongkar siapakah yang gunakan siapa dan siapa yang kenakan siapa, sebagaimana ujaran beliau yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Hamidah juga membongkar bahawa rakyat seluruh negara sudah mula perasan bahawa Dr Mahathir adalah seorang yang oportunis dan mementingkan diri sendiri.

Dalam Kongres Maruah Melayu, Mahathir sanggup menghina kaum Melayu, malah perjuangan yang digerakkan oleh Anwar Ibrahim dalam ‘Reformasi’ adalah atas asas menentang ‘kronisme, nepotisme dan korupsi’ Mahathir yang lebih mengutamakan kroninya berbangsa Cina.

Mahathir telah menjadi penagasas kepada dasar penswastaan yang ekstrem sehingga mencekik leher rakyat terutamanya penswastaan hospital, lebuh raya, bekalan elektrik, bekalan air serta sistem perkumbahan dan banyak lagi yang sepatutnya menjadi tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

Malahan sebagaimana didedahkan oleh PM Ismail Sabri, Mahathir juga cuba menswastakan FELDA dan setelah ditolak, dia telah menyekat sebarang usaha membantu peneroka FELDA, ketika dia berkuasa selama 22 tahun.

Jasa Mahathir hanya banyak dilihat pada pembangunan fizikal yang tidak banyak membantu rakyat Melayu-Islam malah dilabelkan sebagai ‘perasuah yang moron’ oleh rakan baiknya dalam dagangan mata wang George Soros dalam media antarabangsa Bangkok Post.

Soros menempelak Mahathir, “Tiga anak lelaki kamu bernilai USD8 bilion. Dari mana mereka peroleh wang tersebut? Sudah pasti, rasuah. Kamu lebih bodoh daripada apa yang orang lain percaya. Berbilion ringgit digunakan untuk membina menara kembar Petronas yang tidak menguntungkan sesiapa (rakyat). Menara itu berdiri tegak sebagai simbol kebodohan dan ketidakbertanggungjawaban.”

Malahan kata Soros lagi, “Kamu berani menitiskan air mata buaya (tangisan keling) semasa Perhimpunan Agung UMNO, sedih kononnya dengan gejala rasuah. Namun kamulah perasuah paling hebat. Seorang pencuri melaung-laung ‘pencuri’ dan berharap orang ramai memandang ke arah lain, sedangkan dialah pencuri sebenarnya.”

Banyaklah syarikat GLC kerajaan yang telah bankrap semasa Mahathir berkuasa seperti BMF, Maminco, Perwaja Steel, skandal BNM-Forex dan banyak lagi.

Silalah baca buku-buku Khoo Boo Teik, ‘Paradoxes of Mahathirism: Biografi Intelektual Mahathir Mohamad’ (1995), buku John Hilley, ‘Malaysia: Mahathirism, Hegemony and New Opposition’ (2001) dan buku DK Mauzy, GP Means, Harold Crouch, William Case, KS Jomo dan ET Gomez.

Kajian penulis-penulis berkenaan melahirkan premis bahawa Mahathir mentadbir dengan prinsip Machiavellian (matlamat menghalalkan cara), serta kronisme dan nepotisme.

Di Kigali Rwanda, dalam satu Forum Ekonomi yang turut dihadiri oleh Mahathir, Pengerusi Yayasan MO Ibrahim, Mohammed Ibrahim. telah mengkritik golongan muda kerana membenarkan pemimpin tua menerajui negara pada satu forum di Kigali yang turut dihadiri oleh Presiden Ruwanda, Paul Kagame, juga pemimpin Afrika yang lain seperti Olusegun Obasanjo, Nkosazana Dlamini-Zuma and William Ruto dan juga Mahathir.

Kata MO Ibrahim, “Ke manakah pemimpin tua berusia lebih 90 tahun mahu membawa kita? Ke kubur?”

Pada 4 Ogos lalu, Dr. Mahathir mengumumkan penubuhan GTA yang disertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN), Putra dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa).

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: