KAPAL KOMBAT LCS BUKAN HALIMUNAN, TAPI PROJEK TEROWONG DOGENGAN DAP ITULAH HALIMUNAN SEBENAR

Editorial

11 Ogos 2022

Pelancaran majlis penamaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang dilakukan pada 2017 bukanlah satu penipuan sebagaimana tuduhan pihak yang jahil tentang projek pembinaan kapal.

Majlis pelancaran dan penamaan kapal pada tahap 40% adalah suatu tradisi yang telah menjadi kelaziman pembinaan kapal.

Sebagaimana dijelaskan oleh bekas ketua tentera laut Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin ia sememangnya menjadi tradisi kepada mana-mana pemaju pembinaan kapal di seluruh Dunia, baik di Timur seperti Jepun, mahupun di Amerika dan Eropah.

Malangnya pihak yang jahil telah menjadikan isu berkenaan sebagai penipun kerajaan BN yang kalah pada PRU14, kepada kerajaan PH yang hanya bertahan selama 22 bulan sahaja.

Sebaik-baik PH berkuasa, Menteri Pertahan PH, Mohamad Sabu serta kerajaan sendiri telah menangguhkan dan membekukan projek pembinaan kapal yang diterajui oleh syarikat tempatan itu ialah Boustead Naval Shipyard di Lumut milik LTAT (Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia).

Tuduhan dan fitnah yang tidak berasas itu adalah untuk menutup kelemahan PH, setelah projek yang bermilai RM9 bilion itu dibekukan ketika PH berkuasa.

Dari aspek teknologi pertahanan kapal Mahajaralela itu sememangnya mempunyai keupayaan halimunan atau stealth yang sukar dikesan menerusi radar, sebagaimana didakwa oleh Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor.

Namun pihak yang jahil menjadikan sifat halimunan itu sebagai bahan lelucon yang menghina teknologi persenjataan kapal kombat pertama TLDM buatan anak tempatan itu.

Sumber: Telegram Najib Razak

Dari aspek progres pembinaan, ia tidak lewat sebagaimana tuduhan pihak yang suka membuat fitnah seperti Rafizi Ramli, sebaliknya garis masa progres tergendala setelah PH mebekukan pembinaan dan menggangu pengurusan Bousted dengan pertukaran hampir semua pengurusan tertinggi termasuk pegawai pengurusan tertinggi Bousted, Pengerusi LTAT dan Panglima Tentera Laut sebeum projek dibekukan pada September 2019.

Tahap progres pembinaan LCS sejak mulanya projek pada 2015 sehingga Mei 2918 adalah 53% tetapi menurun menjadi hanya kira-kira 3-4% sahaja semasa PH berkuasa.

Terkini Mat Sabu mengaku pula bahawa kerajaan tidak mempunyai wang ketika itu, tetapi setelah PN merampas kuasa, terbukti bahawa kerajaan mempunyai dana yang cukup, tidak seperti pembohongan PH-DAP yang mendakwa negara akan muflis, kononnya, sebagaimana diperakui oleh Menteri Kewangan PN, Tengku Zafrul Tengu Abdul Aziz.

Sebagaimana biasa, golongan pemfitnah ini akan mendiamkan diri apabila terkena projek mereka sendiri.

Tidakkan projek Terowong Bawah Laut Lim Guang Eng-DAP jelas menjadi projek ‘halimunan’.

Apakah progres fizikal yang boleh Lim Guan Eng tunjukkan meskipun sebelum kes rasuahnya dibawa ke mahkamah?

Kini projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang itu menjadi cerita seram apabila telah meragut nyawa mangsa yang merupakan saksi penting dalam kes rasuah berkenaan.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: