DAP FIKIR, UMNO SAMA SEPERTI MAHATHIR YANG OPPORTUNIS, MUDAH SANGAT UNTUK BEKERJASAMA DENGAN DAP

Editorial

11 Ogos 2022

DAP bagi kaum Melayu-Islam adalah ‘kafir harbi’ sebagaimana difatwakan oleh SS Mufti Pahang seketika dahulu, dalam konteks harus ditentang, meskipun bukan dengan senjata tetapi melalui tindakan lain seperti media, kuasa politik dan pilihan raya.

Bagi rakyat marhaen yang konservatif, pemimpin DAP adalah saki-baki komunis dan terbukti ketika PH berkuasa, mereka cuba menyerapkan ideologi komunisme pada minda generasi muda, termasuk pelajar sekolah.

Namun bagi pengundi yang membenci bangsa DAP, mereka adalah sial, sebagaimana sial yang dibawa DAP dalam 7 siri PRK ketika PH berkuasa, PRN Melaka dan PRN Johor.

Sial itulah yang membawa kekalahan kepada DAP yang diistilahkan oleh kaum Cina sebagai ‘suei’.

Mereka yang memilih DAP adalah kaumnya sendiri di pusat bandar, dan pihak yang mudah dibutakan oleh dakyah DAP.

Untuk melemahkan UMNO dan mencuri undi kaum Melayu yang merupakan penduduk majoriti, maka DAP terpaksa berdakyah bahawa UMNO akan berkerja sama dengan DAP.

Dengan itu undi kaum Melayu dan undi tradisi UMNO-BN pada PRU15 nanti akan berpindah kepada PAS, PH dan PN, yang pastinya akan mengurangkan jumlah undian terhadap UMNO-BN.

DAP fikir UMNO mudah diperbodohkan seperti Dr Mahathir yang dilihat takut untuk diheret ke mahkamah bersama anak-pinaknya yang kaya-raya dalam strategi kronisme dan nepotismenya ketika dia berkuasa.

Namun ketika PH berkuasa, mereka telah berjaya ‘menguasai’ badan kehakiman negara, dan SPRM untuk bertindak dengan ‘dakwaan terpilih mahkamah’ setelah Peguam Negara, dan Ketua Pesuruhjaya SPRM adalah lantikan politik mereka.

Dengan itu, pada ketika ini, DAP tidak berdaya lagi hendak mengheret Mahathir ke mahkamah seperti yang mereka janjikan sebelum PRU13.

Setelah Mahathir membeloti PH, apabila Muhyiddin menggerakkan Langkah Sheraton, baharulah DAP sedar bahawa pemimpin tua itu tidak boleh dipercayai, manakala konco DAP iaitu DS Anwar Ibrahim hanya menggigit jari setelah impiannya untuk menjadi PM terlebur begitu sahaja.

Walau bagaimanapun Mahathir telah mengeluarkan kenyataan bahawa ‘Peliwat tidak boleh jadi PM’.

Kini dengan label ‘Kafir Harbi’ dan ‘pembawa sial’ DAP mahu menyebarkan fitnah bahawa UMNO-BN akan berkerja sama dengannya sebagaimana PAS pernah bekerjasama dengan DAP.

Pihak yang rabun seperti Mahathir dan PAS bolehlah dijadikan keldai, tetapi tidak UMNO-BN, kerana UMNO pada hakikatnya dikuasai oleh akar umbinya yang terdiri daripada 3 juta kaum Melayu-Islam.

Anthony Loke terpaksa berlapik dengan kenyataannya, maka dia berkata, kerjasama UMNO dan DAP bukanlah sekarang tetapi selepas PRU15.

Lantas kepada para pengundi yang termakan dakyah pemimpin ‘kafir harbi’ ini pastinya tidak akan memilih BN-UMNO pada PRU15 nanti, kerana bekerjasama dengan DAP.

Kononnya dengan mengambil contoh di Perak, DAP dan rakan komponen PH, iaitu PKR dan Amanah, telah bekerjasama dengan UMNO dan pemimpinnya dalam perkara seperti penyingkiran Ahmad Faizal Azumu (Bersatu) daripada jawatan Menteri Besar Perak.

Loke juga membangkitkan perjanjian memorandum persefahaman (MOU) antara pakatan pembangkang dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Nampaknya pemimpin DAP itu cuba putar-belit, kerana masakan orang seperti Faizal Azumu boleh bertahan, kerana di sekelingnya hanyalah katak-katak yang sememangnya tidak sefahaman dengannya kerana mereka berasal daripada parti lain, manakala PKR amat membeci konco-koco Muhyiddin seperti Faizal Azumu itu.

MOU antara Ismail Sabri dan pembangkang adalah strategi politik untuk mengelak perubahan kerajaan yang dalam sepenggal ini sahaja, telah bertukar-ganti dengan tiga PM.

Ia sesuatu yang menggambarkan kelemahan konco-konco DAP dalam PH dahulu, dan hanya setelah MOU ditandatangani baharulah keadaan kelihatan stabil sedikit daripada sebelumnya setelah dikuasai oleh Mahathir selama 22 bulan dan Muhyiddin selama 17 bulan yang mencatatkan rekod dunia bagi kerajaan paling singkat berkuasa.

Dalam dakyahnya, Loke juga dengan bodohnya mengaku, “Apa yang penting bagi DAP adalah kami mahu kukuhkan PH. Kami mahu desak reformasi. Agenda utama kami ialah tadbir urus yang baik, dan kami juga mahu lihat lebih integriti dalam kerajaan, serta memerangi rasuah.”

Loke hendaklah tanya dirinya sendiri ketika PH berkuasa selama 22 bulan, adakah negara telah diuruskan dengan baik, adakah integriti, setelah Mahathir sendiri mengkritik tindakan rakus dan pelahap pemimpin DAP seperti Tony Pua, dan tidakkah kes rasuah Lim Guang Eng adalah kes yang amat zalim sehingga menyebabkan saksi penting ‘membunuh diri’?

Satu lagi kesilapan Loke ialah berhubung pendirian DAP mengenai calon Perdana Menteri. Loke berkata, parti itu teguh berdiri di belakang Anwar walaupun beliau tidak menolak keperluan untuk bertolak ansur jika tiada parti mendapat majoriti jelas selepas PRU15.

Masyarakat Melayu Islam yang berpegang teguh pada agamanya tidak akan mahu menerima PM yang merupakan peliwat, serta berpegang kepada ideologi ‘pluralisme agama’ sehingga permurtadan pun disokong dengan alasan semua agama menyembah tuhan yang sama.

Hakikatnya pemimpin DAP sendiri mahu Anwar disingkirkan sebagai Ketua Pembangkang, malah sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH, setelah PKR kalah teruk ditolak oleh kaum Melayu di PRN Melaka, PRN Johor dan PRN Sarawak.

Lantas, cukuplah sampai di sini sahaja wahai Loke, janganlah hendak meracuni pemikiran kaum Melayu yang amat sedar bahawa kamu adalah ‘kafir harbi’ yang harus ditentang.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: