SPEAKER AZHAR HARUN, USAHLAH AMPU MUHYIDDIN KETIKA DIA SENDIRI SEDAR DIA DITOLAK RAKYAT

Editorial

2 Ogos 2022

Tidaklah mengejutkan sekiranya TS Azhar Harun terpaksa mengampu TS Muhyiddin Yassin yang telah mencadangkan namanya sebagai ‘Speaker Dewan Rakyat’ setelah kerajaan PH tumbang melalui ‘Langkah Sheraton’.

Azhar mendakwa Muhyiddin adalah reformis yang ‘tidak diendahkan’ dalam majlis pelancaran buku

‘Muhyiddin Yassin: Memimpin Negara dalam Krisis Tidak Terperi’ oleh Abdul Mutalib Razak.

Tapi untuk mengatakan bahawa Muhyiddin adalah reformis adalah amat dangkal, kerana pemimpin politik yang lain, penganalisis dan rakyat sendiri, lebih melihat Muhyiddin daripada pelbagai persepsi negatif.

Semuanya dibuktikan di PRN Melaka dan PRN Johor apabila PPBM kalah tersungkur ke bumi. Lantas adakah ‘dia tidak diendahkan’ atau dia ‘tidak layak untuk diendah’.

Muhyiddin telah diterjemahkan sebagai ‘PM Gagal’, ‘PM Kerajaan Katak’, ‘pengkhianat’, ‘penekan butang’, dan macam-macam lagi apabila rakyat tidak tahan untuk melampiaskan rasa kecewanya kepada Muhyiddin.

Lihatlah bagaimana dia telah mempergunakan ‘Ordinan Darurat’ untuk mengekang tindakan ‘semak dan imbang’ ahli-ahli parlimen kepada belanjawan negara yang menelan RM600 bilion hanya dalam tempoh 17 bulan.

Bukan itu sahaja, Muhyiddin juga cuba menyembunyikan tindakannya menamatkan pelaksanaan ‘Darurat’ sehingga menjadi polemik dan isu ‘penderhakaan’ kepada DYMM Agong.

Pelaksanaan Ordinan Darurat dijadikan alasan untuk menangani pandemik Covid19, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, apabila pada awal pandemik Malaysia disanjung sebagai antara negara terbaik mengekang Covid19, tetapi 15 bulan kemudiannya Malaysia dicatatkan sebagai antara 10 negara terburuk di dunia yang bingai dalam menentang Covid19 apabila 29,091 mangsa telah meninggal dunia kerana jangkitan (setakat November 2021, kira-kira tiga bulan setelah Muhyiddin letak jawatan sebagai PM pada Ogos 2021).

Rakyat yang memberi mandat kepada pemenang PRU14, mengungkit-ngungkit tindakan ‘Langkah Sheraton’ Muhyiddin, sehingga Dr Mahathir kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen, dan terpaksa meletakkan jawatan.

Soal PH gagal mentadbir negara dengan baik, itu soal lain, tetapi merampas kuasa secara yang tidak bermoral adalah suatu perkara lain.

Hari ini pada saat-saat Muhyiddin menuruni puncak kuasanya dan mengaku akan bersara, setelah dia sedar rakyat menolaknya, dan Azhar cuba menutup kebenaran dengan kenyataan bahawa Muhyiddin adalah ‘reformis yang tidak diendahkan.’

Amat signifikan bagi Muhyiddin bersara, apabila saranannya untuk membina khemah besar bersama PH, Warisan dan Pejuang telah ditolak mentah-mentah.

Malahan dia dicemuh Oleh Presiden Pejuang, Warisan, mahupun PKR, kerana mahu diangkat sebagai PM lagi sekali.

Hakikatnya Muhyiddin bukan wira, tetapi pemimpin yang gagal memenangi hati-nurani malahan dia adalah pemimpin yang amat mengecewakan.

Kenapakah di saat-saat Dewan Rakyat meluluskan RUU Ali-Lompat Parti, ketika itulah Muhyiddin mengumumkan kebaranglian dia akan bersara selepas PRU15. Apa maknanya?

Tanpa perlu mendalami semantik ‘makna dalaman’ rakyat sudah faham bahawa Muhyiddin dan parti ‘Bunga’ yang layu itu tiada harapan lagi pada PRU15.

Malahan Bahagian PPBM Pagoh sendiri sudah nazak apabila beberapa cawangan sudah terbubar, malahan di seluruh negara banyak yang telah dibubarkan, dan di Negeri Sembilan, PPBM terus berkubur.

PPBM yang ditubuhkan atas cadangan pemimpin tertinggi DAP, Lim Kit Siang, tidak mempunyai asas kepada paksi kewujudannya, amalah ia dilihat cuba menyamar menjadi UMNO, hanya dengan menukar kosa kata Melayu kepada ‘Peribumi’.

Ia hanyalah penyamaran untuk mengelirukan rakyat yang akhirnya rakyat tahu yang manakah kaca dan yang manakah permata.

Kerana tiada asas kepada paksi pembinaannya, PPBM terpaksa menyogok dan mengugut ahli-ahli parlimen daripada PKR, Warisan, dan UMNO, sehingga hakikatnya daripada 31 ahli parlimen PPBM hanya 6 sahaja yang tulen, itupun ramai antaranya telah keluar meninggalkan parti, termasuk pengasas PPBM, Dr Mahathir dan anaknya Mukhriz.

Lihatlah strategi yang digunakan Muhyiddin apabila menubuhkan barisan kabinet yang terbesar dengan 32 Menteri, 38 Timbalan Menteri dengan empat Duta Khas bertaraf Menteri.

Itulah cara sogokan yang terpaksa dibuat, demi meraih sokongan dan mengelabukan pemimpin PAS sehingga TS Hadi Awang lebih rela membuang jauh Muafakat Nasional dan menerima lamaran Muhyiddin atas nama Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli adalah contoh yang baik untuk membuktikan ugutan dakwaan terpilih, serta tawaran sogokan, dan demikianlah modus operandi terhadap ahli-ahli parlimen yang melompat masuk PPBM.

Untuk mengatakan Muhyiddin sebagai reformis yang berjaya menangani rasuah, maka sebaiknya Azhar hendaklah bertanyakan Dr Maszlee Malik dalam isu 1BestariNet serta pihak UKSB yang telah menyogok Muhyiddin sejumlah RM1.3 juta, tetapi tidak pula diheret ke mahkamah sebagaimana DS Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam tempoh Muhyiddin mentadbir negara sebagai Perdana Menteri, Transparency International (TI) telah mencatatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) pada Januari 2021 terhadap Malaysia telah menurun enam tangga daripada 51 kepada 57.

Lantas, Azhar Harun nampaknya yang bercakap semborono tanpa menyingkap kebenaran tentang Muhyiddin, maka Muhyiddin hanyalah dilihat sebagai ‘reformis’ yang hanya merupakan mitos atau dalam bahasa mudah, suatu dongengan sahaja.

******

 
Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: