BAGUSLAH MUHYIDDIN SEDAR DIA AKAN TERSUNGKUR PADA PRU15 NANTI

Editorial

1 Ogos 2022

Sebelum ini TS Muhyiddin Yassin gelabah ke sana-sini, cuba mengkhianati PAS apabila mengadakan pertemuan sulit dengan PH, Warisan dan juga pemimpin Pejuang untuk membentuk ‘khemah besar’ kononnya dengan matlamat menghadapi PRU15, bagi mengalahkan BN.

Bukan itu sahaja, sebagaimana yang didedahkan oleh Dr Mahathir dan DS Shafie Apdal, Muhyiddin juga mahu dia diberikan peluang lagi sekali untuk diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.

Namun Muhyiddin gagal mendapatkan kerjasama Mahathir, Shafie dan juga Majlis Presiden PH yang lebih suka melabelkannya sebagai pengkhianat yang telah mencabuli mandat rakyat dengan ‘Langkah Sheraton’ yang telah menumbangkan Mahathir dan kerajaan PH.

Dua hari lalu, heboh apabila portal media melaporkan bahawa Muhyiddin telah meluahkan isi hatinya serta rasa pesimistiknya bahawa dia akan kalah pada PRU15 nanti.

Muhyiddin telah membayangkan bahawa dia bersedia untuk bersara, malahan dia sepatutnya bersara setelah Bersatu (PPBM) kalah teruk di PRN Melaka dan PRN Johor.

Bukan itu sahaja, sudah banyak Bahagian dan Cawangan Bersatu di seluruh negara yang telah dibubarkan.

Malahan, beberapa orang ahli parlimen Bersatu juga telah keluar meninggalkan parti, seperti AP Ampang, Zuraida Kamaruddin, AP Segamat Santhara Kumar dan AP Lahad Datu, Muhamadin Ketapi.

Perkara yang agak mengejutkan ialah apabila Menteri Kewangan yang dilantik oleh Bersatu, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, telah mengisytiharkan dirinya sebagai ahli UMNO dan pastinya akan bertanding pada PRU15 nanti.

Setelah diserang daripada pelbagai sudut, dilabelkan sebagai pengkhianat, ‘penekan butang’, serta skandal dengan isteri orang, eloklah Muhyiddin sedar bahawa rakyat telah menolaknya, sebagaimana di Melaka dan Johor, meskipun wajahnya terpampang di sana-sini sebagai ‘poster boy’.

Malahan DUN Bukit Gambir, Johor yang disandangnya juga telah kalah kepada BN-UMNO.

Nama Muhyiddin sudah teruk dinodai kepincangan dan kelemahan pentadbirannya, sehingga penganalisis serta musuh politiknya lebih suka menggambarkan Muhyiddin sebagai ‘PM Kerajaan Gagal’ dan ‘PM Kerajaan Katak’, kerana daripada 31 Ahli Parlimennya semasa dia berkuasa, hanya 6 sahaja yang benar-benar tulen.

Kerajaan ‘Tebuk Atap’ Muhyiddin adalah kerajaan yang paling pendek kekuasaannya dalam sejarah, iaitu hanya 17 bulan sahaja, setelah hilang sokongan majoriti ahli parlimen.

Dengan lulusnya RUU Anti-Lompat Parti, Muhyiddin sudah sedar dan nampak, usahanya untuk mengugut dan menyogok ahli parlimen supaya melompat parti sebagaimana berlaku kepada AP Labuan, YB Rozman Isli, tidak dapat lagi dijadikan senjata sulit, untuk mengukuhkan kedudukannya.

Muhyiddin akan dikenang selama-lamanya kerana lima kegagalan.

Pertamanya, konspirasi ‘Langkah Sheraton’ yang tersohor telah merompak mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan.

Kedua, ‘Pengisytiharan Dadurat’ yang menyalahi undang-undang dan tidak berperlembagaan selama enam bulan dan kegagalannya dalam memperkudakan Ordinan Darurat dengan tujuan menyekat sidang parlimen daripada membahaskan perbelanjaan RN600 bilion untuk mengekang Covid19 dan pemulihan ekonomi.

Ketiga, pengendalian pandemik COVID-19 dilihat gagal sama sekali, apabila Malaysia tersingkir dalam senarai negara yang mempunyai rekod baik dalam memerangi wabak itu kepada 10 negara paling teruk di dunia diserang Covid19.

Keempat, kerajaan pimpinan Muhyiddin banyak membazirkan dana negara apabila kabinetnya adalah kabinet terbesar dalam sejarah dengan 32 Menteri, 38 Timbalan Menteri dan empat Duta Khas Bertaraf Menteri.

Kelima, Muhyiddin juga dilihat sebagai ‘mabuk kuasa’ apabila menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri melalui perjanjian sulit dengan PM DS Ismail Sabri Yaakob, di tengah-tengah kemelut ekonomi yang sedang dihadapi negara dan tekanan terhadap rakyat.

Baik sekali jika Muhyiddin sedar, dia hanya banyak menyumbang kepada situasi yang hanya melemahkan kedudukan ekonomi negara, sehingga hutang negara telah meningkat kepada RM1.36 trilion.

Namun ramai juga sedar, sebagaimana Mahathir, Muhyiddin hanyalah beretorik untuk menggunakan ‘faktor simpati rakyat’ kerana orang politik sepertinya tidak mungkin akan bersara walaupun usia mencecah 100 tahun.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: