Editorial
31 Julai 2022
Anwar dan DAP berpisah tiada. Kenapa?
Adakah kerana DAP ditaja oleh kumpulan Yahudi sebagaimana didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng, Mohamed Razali Abdul Rahman?
Manakala PKR juga dikaitkan dengan pertubuhan Yahudi apabila simbol partinya adalah selari dengan simbol ‘mata dajal’ dan ‘aluminati’ yang juga dikaitkan dengan pertubuhan Freemason Yahudi?


Apabila Anwar bangun menentang Mahathir pada 1997-1998, DAP merasa amat gembira melihat pertembungan Mahathir-Anwar kerana sesiapapun yang menang tetap akan membawa kepada perpecahan Melayu dan itu bermakna, menyumbang kepada kekuatan DAP.
Malangnya bagi Anwar, dia tiada dana untuk membantunya semasa dia menggerakkan jenteranya melalui ‘reformasi’.
Dengan itulah terbangkit persepsi bahawa Anwar dibantu oleh Yahudi, yang kebetulan sedang merancang memusnahkan negara Islam melalui gerakan ‘Arab Spring’.
Sebagaimana dakwaan TS Prof Dr Ibrahim Abu Shah, dan dibuktikan oleh penulis buku ‘The Armies of God: A Study in Militant Christianity’ DAP cuba menjadikan Malaysia negara Republik Kristian Zionis-Evangelis.
DAP bercita-cita untuk menguasai Tanah Melayu sejak tahun 1965 lagi.
Namun sokongan terhadap DAP hanya berlegar dalam kalangan orang Cina manakala orang Melayu tidak dapat menerima ‘Malaysian Malaysia’ yang mendukung ideologi komunisme, malahan ia bertentangan dengan peruntukan ‘Hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu, dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan’ sebagaimana tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dengan itulah DAP terpaksa dapatkan sokongan parti-parti Melayu untuk menyerapkan falsafah perjuangan mereka secara halus.
Lantas mereka berjaya mendapatkan sokongan Melayu melalui PKR dan kemudiannya daripada ikonik Islam, iaitu PAS semasa Pakatan Rakyat berkuasa.

Walaupun kemudiannya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, setelah menyedari agenda halus DAP menentang Islam, DAP bertungkus-lumus pula menubuhkan Pakatan Harapan (‘Hope’ atau ‘Harapan’ adalah istilah yang diambil daripada fahaman Kristianiti) dan menyarankan penubuhan PAN, untuk menggantikan PAS sebagai parti yang bertunjangkan Islam bagi mengelabui mata orang Melayu.

Kemudian, sebelum PRU14, orang Melayu tergamam melihat Mahathir sanggup bersekongkol dengan PH, yang hakikatnya didominasi oleh DAP, sedangkan sebelum ini DAP adalah musuh ketatnya.
Malah pemimpin DAP pernah berjanji dengan pengundi dan rakyat bahawa Mahathirlah yang akan diheret ke mahkamah sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya.
Atas saranan Lim Kit Siang, Mahathir pula menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai alternatif kepada UMNO.
Lantas lengkaplah senjata yang ada pada DAP, iaitu senjata dakyah terhadap kaum Melayu dan senjata dakyah untuk umat Islam.

Dengan itulah, pelbagai retorik yang terpaksa Mahathir ubah, antaranya ialah, dia terpaksa menyatakan bahawa ‘Anwar tidak bersalah dan harus dibebaskan’ namun rakyat masih ingat apabila dia tidak mahu ‘Peliwat diangkat sebagai PM.’

Dengan perubahan paradigma Mahathir itu, habis cair perjuangan reformasi Anwar untuk ‘membunuh’ politik Mahathir.
Lantas Anwar dibebaskan, seakan-akan seperti Mahathirlah yang membebaskannya.
Anwar sentiasa menunggu tarikh Mahathir akan menyerahkan kuasa kepadanya semasa PH berkuasa. Tetapi sebagaimana biasa, banyaklah dolak-dalik Mahathir.
Sehinggalah apabila kerajaan PH dihujani dengan pelbagai masalah kepimpinan: penglibatan pemimpin mereka dengan LTTE yang telah banyak membunuh umat Islam di Sri Lanka, masuk-campur DAP dalam aset Tabung Haji dan Bank Islam, isu ICERD, isu Statut ROM, isu menentang hak Melayu-Bumiputera dan Raja-Raja Melayu, isu menjadikan Malaysia negara Republik, sehinggalah kepada pemimpin DAP berjaya membawa masuk abu mayat Ketua PKM, Chin Peng dan penyerapan komunisme di sekolah-sekolah.
Ketika itulah Mahathir terpaksa berpura-pura dan mengaku bahawa dia adalah ‘PM boneka’, kerana dia merasakan dirinya terperangkap, dan mahu rakyat melihat keburukan PH datangnya daripada DAP bukan dari dirinya yang telah diangkat sebagai PM.

Anwar tidak akan melepaskan ikatannya pada tubuh DAP kerana DAP sentiasa bersamanya terutamanya ketika dia susah, malahan Anwar sanggup turut berkempen menyatakan bahawa DAP bukan anti-Islam, DAP bukan anti-Melayu, ‘Malaysian Malaysia’ adalah konsep ‘Malaysia Baharu’.
DAP lebih sukakan Anwar, kerana Anwar berani mengatakan bahawa semua agama sama, Anwar sanggup menerima liberalisme, pluralisme agama, dan Anwar juga sokong gejala pemurtadan.
Akhirnya Mahathir terpaksa keluar meninggalkan PH dengan apa cara sekalipun. Tidak ada gunanya lagi bersama PH, tidak ada gunanya bersama Anwar, yang menyokong pluralisme agama, dan tiada guna dia menyokong DAP yang anti-Islam.
Namun hakikatnya Mahathir telah hilang sokongan daripada konco-konconya dalam PH, sebagaimana dibuktikan oleh gerakan ‘Langkah Sheraton’.
Hari ini Anwar tetap bersama DAP, hanya DAP yang selari dengan prinsip ‘reformasi’ Anwar, dan Anwar amat kesal kerana dia berjaya diperbodohkan Mahathir.
PAS boleh tinggalkan DAP, Mahathir boleh tinggalkan DAP, Muhyiddin dan Bersatu boleh tinggalkan DAP, tetapi Anwar dan DAP berpisah tiada.
******
Tinggalkan Jawapan