VIDEO – MAHATHIR BAPA KATAK POLITIK MALAYSIA?

Editorial

28 Julai 2022

Semasa dia menubuhkan PPBM atas cadangan Lim Kit Siang, dia telah menjadikan PPBM komponen PH pada PRU14 dan hanya mempunyai 13 Ahli Parlimen, berbanding PKR 46 dan DAP 44.

Dalam komponen PH, PPBM hanyalah melukut di tepi gantang, tetapi demi ‘to use Malay as to screw the Malays’ sebagaimana misi DAP, Mahathir telah diangkat menjadi Perdana Menteri yang paling tidak berkuasa dalam mana-mana politik negara di dunia ini.

Dengan sebab itulah dia berkempen agar Ahli Parlimen daripada parti-parti lain yang sudah ‘established’ (mantap) supaya lompat masuk ke partinya kerana PPBM hanyalah melukut di tepi gantang.

Lantas dia hanya menjadi PM boneka PH sebagaimana dia sendiri akui.

Namun rakyat lihat parti yang mendominasi PH adalah DAP, dan ia boleh dilihat bagaimana DAP mendominasi pemilihan barisan kabinet, serta bagaimana rakusnya DAP cuba membina “Malaysia Baharu’ dengan menghapuskan hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera secara halus dan tersembunyi.

Hakikatnya ‘hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera’ adalah peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Bukan itu sahaja konco-konco DAP-PH dilihat cuba memusnahkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan matlamat tersembunyi, menjadikan Malaysia negara Republik.

Mahathir telah menggunakan kuasanya untuk mengawal SPRM, PDRM, kuasa Peguam Negara, dan sistem Mahkamah Malaysia untuk mengugut Ahli-Ahli Parlimen dengan ‘dakwaan terpilih’ dan menawarkan laba politik agar mereka melompat ke PPBM.

Setelah Mahathir disingkirkan oleh Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin dalam ‘Langkah Sheraton’, legasinya mengugut Ahli-ahli Parlimen telah diteruskan oleh Muhyiddin.

Hakikat ini dibuktikan oleh Ahli Parlimen Labuan, Rozman Isli sebagaimana dicatatkan dalam afidavitnya di mahkamah.

Ahli Parlimen Setiawangsa. Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR juga melemparkan tohmahan yang sama kepada Mahathir apabila dia membuat kenyataan bahawa Mahathir telah cuba untuk mengharamkan UMNO semasa era pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Nik Nazmi mendakwa ‘Langkawi’ telah  memaksa Ahli Parlimen UMNO supaya beramai-ramai menyertai PPBM.

Sebagaimana yang difahami, Mahathir merintih untuk dapatkan ahli parlimen supaya dia boleh menjadi PM lagi sekali.

Sedangkan beberapa penganalisis politik negara melihat bahawa Pejuang, mahupun PPBM adalah parti yang tidak lagi relevan dan akan tersungkur ke bumi pada PRU15 nanti sebagaimana terbukti di PRN Melaka dan PRN Johor.

Pada 2020, setelah Mahathir disingkirkan daripada PPBM demi menutup wajahnya yang sebenarnya, dia berpura-pura menentang gejala lompat parti dengan kenyataannya bahawa ‘Lompat parti adalah umpama khianat kepada amanah rakyat.”

Beberapa hari ini setelah RUU Anti-Lompat Parti dibentangkan di Parlimen, Mahathir menjadi gelabah kerana parti baharu yang ditubuhkannya iaitu Pejuang ketandusan wakil parlimen, kecuali dia dan anaknya Mukhriz sahaja yang ada.

Hari ini Dewan Rakyat telah mengesahkan bahawa RUU Anti-Lompat parti telah diluluskan dengan 209 Ahli Parlimen menyokong manakala 11 tidak hadir (mungkin termasuk Mahathir).

Bagaimanakah Mahathir hendak memenangi dan mendapatkan kedudukan yang relevan dan signifikan baik sebelum mahupun selepas PRU15, sedangkan partinya hanya mempunyai dua sahaja ahli Parlimen.

Peluang dia untuk menggunakan kuasa tersembunyi bagi mengugut ahli parlimen dengan ‘dakwaan terpilih’ serta menyogok laba politik sudah tidak lagi relevan dengan termaktubnya Akta Anti-Lompat Parti.

Semalam 27 Julai, dalam sidang parlimen, Mahathir yang juga merupakan Ahli Parlimen Langkawi telah mengeluarkan kenyataan yang amat berbeza dengan apa yang dia telah katakan pada 2020.

Mahathir yang dilabelkan tidak berprinsip, kali ini cuba mendesak agar Parlimen membenarkan ahli parlimen lompat parti selepas pilihan raya umum untuk membolehkan kerajaan Persekutuan dibentuk.

Sedangkan peruntukan dalam RUU Anti-Lompat Parti menegaskan mana-mana ahli parlimen yang melompat parti akan tergugur kedudukannya sebagai ahli parlimen, malahan mereka yang melompat tidak boleh bertanding semula.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika tiada parti yang mampu memperoleh kerusi minimum 112 di Dewan Rakyat, lompat parti selepas pilihan raya umum boleh memastikan kestabilan politik di negara ini.

Dia cuba menjaja retorik politik sekiranya tiada mana-mana parti yang dapat memperoleh 112 daripada 222 ahli parlimen.

Persoalannya, tidakkah Suruhanjaya Pilihanraya boleh membentuk 223 kawasan parlimen supaya tidak berlaku isu 111 lawan 111?

Jelaslah dengan tiadanya bangkangan terhadap RUU Anti-Lompat Parti, kecuali daripada Mahathir, maka dialah yang selama ini berada di sebalik tabir menjadi penaja dan penjana operasi lompat parti.

Wajar benar dia dilabelkan sebagai ‘Bapa Katak Politik Malaysia’.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: