KENAPA DAP TIDAK CEMUH BERSATU, SETELAH ADUN TRONOH DIHUKUM BERSALAH KERANA MEROGOL?

Editorial

28 Julai 2022

ADUN DAP yang telah melompat masuk ke PPBM (Bersatu), Paul Yong Choo Kiong telah didapati bersalah oleh mahkamah tinggi Ipoh atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, tiga tahun lalu.

Semasa kes tersebut meletup, Paul Yong adalah ADUN DAP, lantas sekarang PN-lah yang tercalit najis.

Namun PPBM, bekas rakan sekongkol DAP semasa PH berkuasa, sama sahaja pada persepsi rakyat terhadap mereka.

Hakim mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Paul Yong berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mengikut pertuduhan, Paul telah didakwa merogol seorang wanita yang merupakan pembantu rumahnya, di dalam sebuah bilik di tingkat di Meru Desa Park, Bandar Meru Raya, Ipoh.

Pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sebelum ini kes rogol berkenaan yang melibatkan ADUN DAP telah menjadi polemik media sosial.

Aduan kes telah dilaporkan sendiri oleh mangsa.

Mengikut penganalisis politik UMNO, Datok Lokman Noor Adam mendakwa bahawa terdapat cubaan menipu apabila Paul Yong dan isterinya telah membuat kenyataan bahawa Paul Yong adalah seorang lelaki mati pucuk (bermaksud zakarnya tidak berfungsi untuk sebarang aksi persetubuhan).

Dengan itu juga Lokman mencanangkan logo baru bagi DAP yang amat memalukan.

Jika benar Paul Yong mati pucuk, maka tuduhan rogol yang dibuat oleh pihak pembantu rumah itu adalah satu penganiayaan terhadap Paul Yong.

Dalam erti kata yang lain Paul Yong adalah mangsa politik, dan wanita pembantu rumah itu bukanlah mangsa rogol.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan kepada Polis DiRaja Malaysia kerana tiga kali laporan siasatan dihantar kepada Peguam Negara, Thommy Thomas telah ditolak, tetapi akhirnya laporan siasatan keempat telah diterima.

Lokman mendakwa bahawa penolakan siasatan pihak polis yang terdahulu adalah atas desakan dan tekanan pemimpin DAP terhadap Tommy Thomas.

Laporan siasatan keempat diterima kerana kesan faraj mangsa didapati terkoyak (akibat dirogol?).

Lebih daripada itu, bukan sahaja terdapat kesan koyak pada faraj mangsa tetapi pihak penyiasat telah menemui sperma (air mani) perogol. 

Tidak pula dijelaskan air mani siapakah yang ditemui itu, adakah ia milik Paul Yong atau orang lain.

Namun semalam 27 Julai, mahkamah telah memberikan keputusan perbicaraan bahawa Paul Yong adalah bersalah.

Tahniah kepada hakim kerana tidak tunduk kepada kehendak Tommy Thomas sedangkan rakyat sentiasa memerhatikan sejauh manakah keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara diamalkan di negara ini. Janganlah kepercayaan rakyat diperolok-olokkan.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: