Editorial
27 Julai 2022
Akhbar Asian News Network dan juga The Nation Thailand telah melaporkan penangkapan pengasas MBI Group International Teow Wooi Huat, atau Tedy Teow, yang telah lari dari Malaysia kerana cuba menyelamatkan diri daripada tuduhan mengedar dadah dan penggubahan wang haram.

Teow yang berusia 55 tahun, berasal dari Pulau Pinang adalah pengasas MBI Group International, mengendalikan kompleks hiburan, termasuk sebuah resort di Danok di sempadan Thailand-Malaysia, serta membina empayar perniagaan daripada skim pelaburan dalam talian yang telah memperdaya pelabur dari China, Thailand, Malaysia , Indonesia dan Macau.
Ahli perniagaan Malaysia itu pernah ditahan pada 2017 atas tuduhan mengedar dadah namun telah melarikan diri ke Songkhla dan kemudiannya berjaya melarikan diri daripada pendakwaan di mahkamah Thailand.
Pada 2018, pihak berkuasa Malaysia mendakwa Teow dengan jenayah penggubahan wang haram. Asetnya disita kerana menerajui skim piramid yang diharamkan.
Syarikatnya MBI Group International menjadi tajuk utama di Malaysia pada Oktober 2019 apabila ramai warga China berhimpun di luar kedutaan di Kuala Lumpur, mendakwa mereka telah kehilangan simpanan wang yang menjadi pergantungan hidup mereka melalui ‘macau scam’ yang diterajui oleh Tedy Teow dan MBI International.
Tidaklah menghairankan apabila Malaysia Today melaporkan bahawa Teow Wooi Huat sebagai pembiaya politik pasti cauvinis Cina DAP.

Pada 2020, media pernah melaporkan kes taikun Dadah yang dikaitkan dengan DAP telah ditangkap di Pulau Pinang.
Misalnya The Star dan FMT telah melaporkan, 8 individu termasuk 2 pengerusi syarikat senarai awam, didakwa di Mahkamah Majistret kerana mengedar kira-kira 5kg dadah jenis methamphetamine.
Ooi Chieng Sim, 51, dan Jackson Boh Khim Hean, 33, bersama-sama warga China telah didakwa mengedar 4,980gm dadah di sebuah gudang di ATTA Global Group Bhd di Perai Industrial Estate, Perai, pada 16 Jan 2020.

Ooi merupakan pengerusi 2 syarikat senarai awam, Heng Huat Resources Group Bhd (Heng Huat) dan ATTA Global Group Bhd (ATTA). Ooi juga merupakan pemegang saham ke-4 terbesar PBA Holdings Bhd. PBA adalah syarikat bekalan air Pulau Pinang.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada 28 Jan 2020 pula, bahagian narkotik Bukit Aman merampas aset bernilai lebih RM366 juta yang dikaitkan dengan suspek dalam rampasan kokain terbesar di pelabuhan Butterworth pada Sept 2019.

Aset yang dirampas itu termasuk saham syarikat bernilai lebih RM143 juta, hartanah bernilai RM198 juta, kenderaan bernilai RM2.7 juta dan barang kemas kira-kira RM52,000.
Sitaan itu dijalankan di bawah Seksyen 3 dan 4 Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.
Perkara yang mengejutkan rakyat ialah apabila tertuduh yang digambarkan sebagai ‘Raja Dadah’ telah dilabelkan sebagai kroni DAP oleh MalaysiaToday.

Nampaknya, sekiranya benar sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak media dan Malaysia Today, maka jelaslah parti DAP adalah parti hipokrit, yang cuba berlagak sebagaimana dewa yang mencanangkan kesamarataan bagi membela kaum pendatang dan cuba berlagak demokratik, tetapi sebaliknya membela kartel dadah dan macau scam.
Sesuailah dengan akronim DAP yang dilabelkan oleh pihak tertentu sebagai ‘Dadah dan Pengganas’ yang terkait dan menyelubungi parti itu selama ini.
Teow juga dikehendaki di Malaysia berhubung penipuan pengubahan wang haram 336 juta ringgit (AS$83 juta) di Macau.
Dia telah ditangkap di Thailand pada pagi 22 Julai oleh sepasukan polis Thai yang diketuai Penolong Ketua Polis Negara Pol Lt-Jeneral Surachate Hakparn.
Polis Thailand juga telah menggeledah pejabat Kumpulan MBI di daerah Sadao di sempadan Thailand-Malaysia.
Siasatan yang diketuai oleh Surachate mendapati Tedy Teow sebagai pembiaya utama rangkaian perjudian dalam talian, manakala syarikat MBI pula dikatakan telah banyak menyumbang kepada DAP.
******
Tinggalkan Jawapan