PENDEDAHAN EKSKLUSIF STRATEGI MAHATHIR DAN KONCO-KONCONYA MENGATUR SUPAYA NAZLAN HAKIMI KES SRC

Rencana Sisipan Daripada EDISI SIASAT

25 Julai 2022

Sekiranya mengikut jadual pengurusan kes yang diberikan oleh Pendaftar Mahkamah, pengurusan kes SRC dijangka akan berakhir pada Ogos 2022.

Namun persoalan yang bermain di minda kita semua, di penghujung pengurusan kes SRC, sudahkah keadilan ditegakkan atau sudah nampak ditegakkan?

Kebiasaannya apabila kes sudah sampai di peringkat Mahkamah Tinggi sudah membuat keputusan, kita sudah merasa yakin untuk menentukan pihak mana yang bersalah.

Tetapi ironinya dalam kes SRC, walau pun kini berada di peringkat akhir pengurusan kes, semakin banyak keraguan yang timbul di fikiran masyarakat.

Bukan sahaja masyarakat tidak nampak keadilan telah ditegakkan, malah masyarakat melihat terlalu banyak kepincangan yang meragukan sepanjan perbicaraan kes berjalan.

Ibarat sebuah skrip yang cukup sumbang, telah berlaku beberapa kepincangan dengan penukaran beberapa ketua organisasi:

PERCATURAN DI SPRM

  • Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dzulkifli Ahmad  telah ‘dipaksa’ untuk letak jawatan pada 14 Mei 2018 selepas pertemuan dengan Dr Mahathir.

Sila rujuk: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sah-kp-sprm-letak-jawatan-pagi-tadi-ali-hamsa-175435

  • Pada 17 Mei 2018, Shukri Abdull telah dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM menggantikan Dzulkifli Ahmad, alasan perlantikan ialah kerana beliau telah menunjukkan penentangan terhadap mantan Perdana Menteri, DS Najib Razak.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/426943/shukri-abdull-kembali-ke-sprm

PERCATURAN DI JABATAN PEGUAM NEGARA

  • Pada 15 Mei 2018, Peguam Negara ketika itu, Apandi Ali, telah diarahkan bercuti oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir, alasan diberi kerana ada salah laku.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/05/425815/apandi-diarah-bercuti-serta-merta

  • Pada 5 Jun 2018, Tommy Thomas telah dilantik sebagai Peguam Negara.

Sila rujuk:https://www.hmetro.com.my/utama/2018/06/346294/tommy-thomas-dilantik-peguam-negara

PERCATURAN DI BADAN KEHAKIMAN

Pada 4 Julai 2018, Kes SRC DS Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Pengakuan Najib terhadap empat pertuduhan yang dibacakan kepadanya direkodkan di hadapan Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak.

Hakim Sofian memberikan jaminan RM1 juta kepada Najib.

Sila rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/07/444913/najib-minta-dibicarakan

  • Ketua Hakim Negara ketika itu, Md Raus Shariff yang dilantik secara kontrak 3 tahun bermula 4 Ogos 2017 telah disingkatkan kontraknya sehingga 31 Julai 2018, bagaimanapun beliau telah diminta bersara lebih awal dari tarikh 31 Julai 2018.

Sila rujuk:

  1. https://malaysiadateline.com/md-raus-sharif-ketua-hakim-negara-selama-tiga-tahun/
  2. 2. https://www.malaysiakini.com/news/433779
  • Pada 11 Julai 2018 Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu dan Hakim Zaharah Ibrahim akan menggantikan Hakim Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya.

Sila rujuk: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/richard-malanjum-ketua-hakim-negara-yang-baharu-180220

  • Pada 27 Julai 2018, 2 minggu selepas Richard Malanjum dilantik sebagai Ketua Hakim Negara, Nazlan telah dipindahkan dari mahkamah komersial untuk mengambil alih perbicaraan jenayah berprofil tertinggi SRC daripada hakim yang ingin diundurkan oleh Majlis Peguam walaupun perbicaraan sudah bermula dan walaupun Nazlan adalah seorang Hakim pemula baru 1 tahun memegang jawatan di mahkamah tinggi komersial ketika itu dan tidak mempunyai pengalaman kes jenayah.

Sila rujuk: https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2018/07/395053/new-judge-be-assigned-najibs-cbt-case

Sebelum ini sejarah badan kehakiman telah mengendalikan 3 kes berprofil tinggi.

Dalam semua kes rasuah berprofil tinggi sebelum ini di Malaysia, seorang hakim yang lebih kanan dibawa ke mahkamah tinggi untuk mendengar kes mahkamah sebelum kes bermula.

KES PERTAMA

Dalam kes pertama bekas menteri besar Selangor Datuk Harun Idris, Raja Azlan Shah (kemudian menjadi Sultan Perak Sultan Azlan Shah) di datangkan dari Mahkamah Persekutuan untuk menghakimi kes itu di Mahkamah Tinggi.

KES KEDUA

Dalam kes kedua Harun, bekas hakim kanan Eusoffee Abdoolcadeer didatangkan dari Mahkamah Persekutuan untuk mengetuai kes.

KES KETIGA

Kes Datuk Mokhtar Hashim, yang didakwa membunuh, hakim kanan Tan Sri Hashim Yeop Sani dibawa masuk dari Mahkamah Persekutuan untuk mendengar kes itu di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, dalam kes jenayah Najib yang paling berprofil tinggi di Malaysia, seseorang yang baru dilantik sebagai hakim mahkamah sivil 1 1/2 tahun lalu dengan pengalaman kes jenayah sifar telah tiba-tiba dipindahkan dari mahkamah sivil untuk menggantikan hakim mahkamah jenayah yang berpengalaman SELEPAS kes itu telah bermula.

Selepas dia mengendali kes Najib dan menyampaikan penghakiman bertulisnya setebal 500 muka surat, hakim itu kemudiannya dipindahkan semula ke mahkamah sivil.

Lebih meragukan apabila terbongkar 2 isu yang menimbulkan persoalan terhadap integriti Nazlan sebagai hakim yang mengetuai perbicaraan kes SRC:

  • Gagal memberikan penjelasan mengenai duit lebih dari RM1 juta di dalam akaun peribadi beliau di Maybank dan kes itu telah disiasat oleh SPRM dan telah diserahkan kepada Peguam Negara.

Sila rujuk:

1.https://edisisiasat.online/2022/05/30/akibat-nazlan-gagal-menjelaskan-mengenai-duit-rm1-juta/

2.https://edisisiasat.online/2022/06/10/apa-perkembangan-siasatan-nazlan-yang-sudah-sprm-serahkan-kepada-peguam-negara/

  • Terbukti Nazlan terlibat secara langsung dalam penubuhan syarikat SRC International, namun dalam penghakiman, beliau telah menuduh DS Najib mempunyai niat untuk menyelewengkan dana SRC International dengan mengarahkan penubuhannya.

Sila rujuk:https://edisisiasat.online/2022/04/30/petisyen-rayuan-kes-src-akan-buktikan-salah-laku-hakim-nazlan/

Lebih mengejutkan lagi apabila ketua panel pendakwaraya kes SRC, Gopal Sri Ram, juga telah disyaki menerima munafaat dari dana 1MDB, satu lagi kes yang mempunyai kaitan dengan kes SRC.

Sila rujuk:https://edisisiasat.online/2022/06/12/terbongkar-gopal-sri-ram-juga-tersenarai-sebagai-penerima-dana-1mdb/

Persoalan yang timbul di sini adalah:

  1. Sebelum melantik Nazlan sebagai hakim yang mengetuai perbicaraan kes SRC, apakah Ketua Hakim Negara ketika itu, Richard Malanjum tidak menyemak latarbelakang Hakim Nazlan?
  2. Terdapat bukti yang kukuh penglibatan Hakim Nazlan dalam penubuhan syarikat SRC, mengapakah Mahkamah Rayuan masih mengekalkan sabitan bersalah?
  3. Sebelum melantik Gopal Sri Ram sebagai ketua panel pendakwaan, apakah Peguam Negara ketika itu, Tommy Thomas, tidak menyemak latar belakang beliau.

Terdapat terlalu banyak keraguan bukan sahaja dari sudut pengendalian kes SRC, malah juga individu yang menjalankan pendakwaan dan penghakiman.

Apakah badan kehakiman di Malaysia masih lagi mahu mengekalkan sabitan bersalah Mahkamah Tinggi terhadap tertuduh?

Edisi Siasat tidak bermaksud mendesak Mahkamah Persekutuan untuk menggugurka kes tersebut.

Tetapi kewajaran untuk diadakan perbicaraan semula sangat jelas.

Ingat, sistem perundangan bukan sahaja MESTI adil tetapi juga MESTI dilihat adil!!!

******

Kredit kepada EDISI SIASAT

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: