Editorial
25 Julai 2022
Selama ini Dr Mahathir sering menjaja dalam siri penghinaannya terhadap DS Najib sebagai perompak, lanun, kleptokrat, kluster mahkamah dan apa sahaja yang dia rasa ‘enak’ untuk melampiaskan kebenciannya terhadap DS Najib.

Hari ini meletup sebagaimana dilaporkan oleh KiniTV ekoran perbicaraan kes Ahmad Zahid Hamidi, nama Dr Mahathir disebut sebagai penerima dana syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) oleh saksi perbicaraan.
Menurut salah seorang saksi, bekas Perdana Menteri ke-4 dan Ke-7 itu, telah menerima dana berjumlah RM2.6 juta sebagai pembiayaan politik ketika PH berkuasa.
Berita Harian melaporkan David Tan Siong Sun memberitahu mahkamah bahawa sogokan itu disalurkan kepada Mahathir melalui anak saudaranya bernama Rahmat Abu Bakar.
Ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela, Tan yang merupakan bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, berkata pihaknya memberi dana RM2.6 juta kepada bekas Perdana Menteri itu (dan juga bekas Pengerusi BERSATU) menerusi dua transaksi pada Ogos dan September 2018, untuk kegunaan parti berkenaan.
Menurut Tan, Mahathir dicadangkan sebagai penerima tidak langsung sumbangan kewangan UKSB, syarikat yang mendapat kontrak visa asing daripada KDN.
Kod ‘Kedahan’ digunakan oleh Rahmat dalam senarai lejar UKSB itu.
Keterangan itu dibuat oleh Tang ketika dia menjawab soalan balas, peguam bela DS Ahmad Zahid Hamidi.
Selain nama Mahathir, nama TS Muhyiddin Yassin dan Shafie Apdal (selain beberapa nama lain) juga disebut sebagai penerima dana UKSB itu.
Pada 17 Jun lalu, media melaporkan Muhyiddin yang juga bekas Menteri Dalam Negeri telah menerima sumbangan dana politik RM1.3 juta daripada UKSB pada 2018.
Muhyiddin menerima sumbangan wang tunai RM300,000 pada 4 Jun 2018; RM500,000 (4 Julai 2018) dan RM500,000 (23 Ogos 2018) berdasarkan buku lejar berkenaan.
Bayaran itu bermula akhir 2014 dengan SG$200,000 sebulan, sebelum meningkat kepada SG$520,000 sebulan pada 2017.
Perkembangan perbicaraan kes DS Zahid Hamidi itu nampaknya telah memerangkap Mahathir dan konco-konconya semasa PH berkuasa.

Ramai yang mahu melihat Mahathir berada dalam kandang tertuduh, kerana sebelum ini sudah ramai yang menjadi mangsa ‘dakwaan terpilih’ mahkamah era PH.
*****
Tinggalkan Jawapan