VIDEO – RAJA FITNAH TIPU DAN TUDING JARI PADA DS NAJIB DALAM KES SAMAN FITNAH CEO SAPURA

Editorial

24 Julai 2022

Rafizi @ Raja Fitnah Malaysia dalam afidavitnya dalam kes saman yang dikenakan ke atasnya telah membalas saman, dan dia masih sempat menipu serta memetik nama DS Najib Tun Razak dengan tuduhan yang berasaskan fakta yang salah.

Rafizi mendakwa bekas CEO Sapura dibayar gaji sejumlah RM1.1 bilion antara tahun 2009 hingga 2021 manakala RM990 juta dibayar ketika DS Najib menduduki kerusi PM antara 2009 hingga 2018.

Adalah satu fitnah apabila Rafizi mendakwa bekas CEO Sapura sahaja dibayar RM1.1 bilion sepanjang tempoh 12 tahun tersebut tanpa melihat fakta bahawa jumlah itu termasuk bayaran kepada ahli-ahli lembaga lain, sewa, royalti, dividen dan sebagainya.

Kerana kenyataan yang tidak berasas itulah ia diterjemahkan sebagai fitnah, lantas Rafizi disaman sebagaimana catatan DS Najib dalam Telegramnya.

Rafizi telah menuduh bahawa semuanya adalah salah DS Najib kerana sebagai PM, DS Najib kononnya tidak menjaga kepentingan rakyat dan telah membenarkan bayaran kepada bekas pengurusan Sapura yang merupakan sebuah Syarikat Awam @ GLC sebegitu tinggi yang kini menghadapi status kebangkrapan.

Kontradiknya, Rafizi sendiri yang telah mengaku bahawa Sapura telah di’bail-out’ pada tahun 2019 oleh kerajaan PH, dan hanya selepas itu Sapura diangkat sebagai GLC @ Syarikat Awam apabila PNB menjadi pemegang saham terbesar dalam Sapura.

Sebelum itu pada tahun 2009 ke 2018 pada jangka waktu Rafizi menuduh DS Najib tidak menjaga kepentingan GLC, Sapura adalah sebagaimana syarikat swasta yang lain, apabila gaji, bayaran kepada pihak pengurusan dan pemegang syarikat tersebut ditentukan oleh Lembaga Pengarahnya dan ahli pengurusan mereka, tanpa ada campur tangan kerajaan.

Jadi, adakah DS Najib sebagai PM patut campur tangan dalam apa juga bayaran dan pampasan bagi sebuah syarikat swasta? Adakah Rafizi sasau dan mahu kerajaan mencampuri urusan badan swasta?

Kenyataan Rafizi mendedahkan kebodohannya dan pada hakikatnya dia tidak faham bahawa kerajaan PH telah ‘bail-out’ Sapura yang merupakan syarikat SWASTA pada masa itu dan hanya pada tahun 2019 Sapura diangkat sebagai Syarikat Awam @ GLC.

Perkara yang menjadi amat pelik ialah apabila Rafizi tidak pula menuduh kerajaan PH atau Tun Mahathir sebagai PM yang gagal menjaga kepentingan rakyat sebab membayar RM110 juta kepada pengurusan Sapura dalam tempoh 3 tahun dari 2019 ke 2021 setelah syarikat itu sudah menjadi GLC @ Syarikat Awam.

Baru-baru ini (tahun 2022) DS Najib telah mencadangkan agar kerajaan membantu Sapura kerana ia sudah menjadi GLC serta banyak pelaburan dibuat ke atas Sapura yang melibatkan wang 14.7 juta pemegang saham ASNB.

Menyelamatkan Sapura sama seperti menyelamatkan wang caruman pendeposit ASNB.

Rafizi juga gagal membezakan usaha kerajaan membail-out syarikat Swasta (PH) dengan bailout syarikat GLC pada era DS Najib dan pada era PH dan kini PN.

Sebelum ini Rafizi juga telah memfitnah Tabung Haji, sehingga ramai pencarum yang curiga terhadap hibah halal yang diberikan Tabung Haji.

Rafizi didakwa menyiarkan artikel bertajuk ‘Analisa Kewangan Tabung Haji (TH) 2009-2015’ dalam akaun FB bertarikh 9 Februari 2016, yang mengandungi tohmahan terhadap TH yang merosakkan nama baik perbadanan itu.

Pertuduhan terhadapnya adalah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Jelaslah, Raja Fitnah dan penghasut ini tidak pernah serik untuk buang tabiat jijiknya yang suka menabur fitnah. Tugas dia cuma menipu dan menghasut rakyat melalui fakta songsang yang diterjemahkan sebagai fitnah.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: