KASIHAN AZMIN ALI BILA ADIKNYA AKUI DIA TIDAK LAGI POPULAR, DAN DEDAHKAN TABIAT SEKS SONGSANGNYA

Editorial

23 Julai 2022

Amat mengecewakan penyokongnya apabila populariti DS Mohamed Azmin Ali dalam arena politik tidak lagi popular setelah terdedahnya video semburit Sandakan.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu mungkin melihat bahawa dirinya telah dianiaya oleh lawannya dalam PKR, sehingga dia membuat keputusan meninggalkan PKR dan berada di sisi TS Muhyiddin Yassin dalam Bersatu.

Malangnya kedudukan Muhyiddin juga tergugat teruk malah akan rebah setelah banyak cawangan Bersatu terbubar di seluruh negara termasuk kekuatan Bersatu di kubu kuatnya di Pagoh.

Muhyiddin hanya bergantung kepada katak-katak politik yang diugut supaya melompat masuk ke khemah Bersatu. Daripada 31 Ahli Parlimen Bersatu hanya 6 sahaja yang tulen. Itupun daripada bilangan 25 katak-katak politik dalam Bersatu beberapa Ahli Parlimen telah meninggalkannya, misalnya AP Ampang, Zuraida Kamaruddin dan AP Segamat, Santhara Kumar.

Adik Azmin, Azwan Ali, mendakwa populariti Azmin yang malap itu adalah kesilapan Azmin sendiri. Tiadaklah pasti apakah kesilapan Azmin itu, tetapi ramai percaya ia berkaitan dengan skandal seks songsang Azmin serta langkahnya menyertai Bersatu.

Bagi Azwan, nama Azmin Ali begitu gah dahulu, bukan hanya sebagai Menteri Besar (Selangor), malahan ada kebarangkalian diangkat sebagai Perdana Menteri. Tapi itu dulu, sekarang zaman hebat Azmin sudah berlalu.

Azwan menganggap Azmin seperti telur tembelang, di luar nampak sebagai sebiji telur yang cantik, tapi apabila dipecahkan, ia adalah telur yang sebusuk-busuknya. Dakwaan Azwan itu tersiar dalam satu temubual bersama portal media, Malaysia Post.

Azwan seperti mencerca abangnya kerana kononnya daripada ‘post-mortem’ yang telah dibuatnya, zaman Azmin Ali yang hebat suatu ketika dahulu, sudah berlalu, dan ia sedang menuju kejatuhan.

Azwan berceloteh bahawa Allah berikan Azmin bermacam-macam nikmat rezeki, tetapi malangnya Azmin tidak menjaganya dengan baik.

Justeru, Azwan berharap rakyat dapat membuka mata pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk tidak lagi mengundi Azmin Ali sebagai wakil rakyat.

Azwan menegaskan, “Ini permintaan ikhlas Diva AA kepada seluruh rakyat Malaysia. Kamu ada banyak pilihan untuk memilih pemimpin yang hebat pada PRU15 tapi tolonglah jangan pilih Azmin Ali.”

Selain adiknya Azwan, DS Azmin Ali juga telah dicemoh oleh adik bongsunya Ummi Hafilda Ali suatu ketika dahulu.

Ummi pernah mendedahkan penglibatan Azmin dalam seks sejenis apabila dia mengaku bahawa dialah yang membawa Azmin ke hospital kerana duburnya berhamburan darah.

Mungkin juga isu seks songsang sebagaimana didedahkan oleh Ummi Hafilda adalah isu keluarga, namun Azmin adalah Menteri Besar Selangor ketika itu, dan Ummi mempunyai bukti yang menjejaskan nama baik abangnya.

Jika orang luar menyerang Azmin, pastinya rakyat akan mengangkatnya sebagai fitnah dan retorik politik, tetapi apabila dua orang adik kandung mendedahkan amalan seks songsang Azmin sehingga mengaitkannya pula dengan tingkah-laku isterinya, pastinya rakyat akan berfikir banyak kali.

Wallahu a’lam bisawab.

*****

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑