GUAN ENG DAN MAHATHIR PURA-PURA TIDAK TAHU DAN CUBA SEMBUNYIKAN PERUNDINGAN MEREKA DENGAN JHO LOW

Editorial

24 Julai 2022

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berpura-pura terkejut dengan berita terdapatnya rundingan antara kerajaan dan Jho Low, sedangkan kerajaan PH telahpun mengadakan rundingan dengan Jho Low seelok-elok mereka berkuasa selepas PRU14.

Itulah perangai hipokrit Lim Guan Eng dalam retorik politiknya untuk menyalahkan kerajaan sedia ada sedangkan hakikatnya rundingan antara kerajaan Malaysia dan Jho Low sebenarnya telahpun dimulakan oleh Pakatan Harapan sejurus selepas mereka mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

Manakala dalam perkembangan muthakhir, Dr Mahathir telah menggesa pihak berkuasa menyiasat bekas Peguam Negara Apandi Ali kerana dikatakan telah berunding dengan Jho Low.

Namun hakikatnya Mahathirlah orang pertama yang telah berunding dengan Jho Low sebagaimana didedahkan oleh Al Jazeera, tidak lama setelah PH berkuasa.

Rakyat pasti masih ingat apabila Mahathir mengeluarkan kenyataan putar-belitnya bahawa, “Ada negara baik dengan kita, ada negara yang tidak, kita terpaksa terima keadaan itu, kita boleh ‘perang’ (dengan negara yang melindunginya) tetapi kita akan kalah dan kita tak dapat Jho Low.”

Hakikatnya tiada mana-mana negara dalam perjanjian antarabangsa ekstradisi penjenayah yang akan mengangkat senjata. Jelaslah kenyataan Mahathir hanyalah satu lagi sandiwaranya untuk memperbodohkan rakyat.

Mahathir pandai memutar-belit fakta, apabila dia berkata, “Kerajaan hari ini bertanggungjwab untuk menyiasat kerana terdapat unsur kolusi (pakatan) dan subahat Apandi di dalam jenayah 1MDB untuk memastikan penyamun-penyamun negara yang terbabit di dalam jenayah terancang ini diadili dan dihukum.”

Dalam beberapa siri rakaman perbualan, yang telah direkodkan secara ekslusif oleh Al Jazeera, Jho Low telahpun mengadakan beberapa perbualan yang dikira sebagai rundingan dengan Pengerusi PH iaitu Dr Mahathir Mohamad ketika dia berkuasa sebagai PM.

Ia berlaku dalam beberapa minggu sejurus selepas kemenangan besar PH pimpinan Mahathir yang penuh dengan fitnah, pembohongan dan janji manis termasuk manifesto PH yang kini dikutuk sebagai ‘bukan kitab suci’ tapi mungkin sebagai ‘kertas tisu tandas’.

Dalam perbualan itu, Jho Low telah diterjemahkan sebagai telah dikhianati rakan konspiratornya yang kini juga dalam pelarian, manakala dia cuba pula bersekongkol dengan orang lain yang juga dicatatkan oleh Al Jazeera sebagai pelarian.

Mereka cuba lari daripada pengadilan baik di Malaysia, mahupun di Singapura dan Amerika Syarikat.

“Saya tidak percaya ada sebarang salah laku,” kata Jho Low dan kemudian mempertahankan bahawa dia hanya meminjam berbilion dana 1MDB untuk pelaburan hartanah pelaburan dirinya, antara lain, hartanah mewah di seluruh dunia, karya seni, jet peribadi dan kapal layar mewah, yang bernilai berjuta-juta USD.

“Semua ini adalah pinjaman, secara langsung atau tidak langsung, tetapi, akhirnya, saya rasa sudah tiba masanya, perlu membantu menghantar pulang aset ini sebagai balasan untuk bekerjasama dan meneruskan kehidupan tanpa didakwa,” tegas Jho Low.

Sebagai saksi penting dalam kes 1MDB, Jho Low juga telah mengadu kepada kerajaan Mahathir tentang peningkatan kos peguam bela dan pengamal undang-undang.

Dalam perbualan itu Jho Low lebih ketara mencurahkan perasaan tentang haknya dan tidak langsung menunjukkan penyesalan dalam penglibatannya dalam kes 1MDB itu.

Dalam beberapa siri perbualan, didedahkan bahwa konco-konco korupsi di sebalik skandal kewangan Malaysia itu telah lari dan mengelak pengadilan mahkamah.

Dengan menggunakan hakim yang bersekongkol dengan pihak yang mahu menjatuhkan DS Najib Razak, mahkamah Malaysia telah berjaya mensabitkan beliau dan menjatuhi hukuman penjara 12 tahun, tertakluk kepada rayuan, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Kini atas paksi kebenaran terdedah bahawa hakim yang menjatuhi hukuman ke atas DS Najib itu terdedah dengan wang sogokan RM1.04 juta yang dipercayai dibayar oleh Jho Low.

Bank pelaburan antarabangsa Goldman Sachs, yang sering dianggap sebagai tidak boleh disentuh, juga telah dihadapkan ke mahkamah, didakwa merasuah pegawai asing yang korup untuk menutup salah guna wang 1MDB dan dipaksa membayar berbilion dolar kepada pengawal selia kewangan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia dan Amerika Syarikat .

Tetapi pihak berkuasa masih belum menangkap jerung utama dalam kes 1MDB, iaitu lelaki yang berpotensi menyimpan semua rahsia tentang jumlah wang yang dicuri, siapa yang mengambil dan disogok, dan siapa yang hipokrit.

Pengarang Wall Street Journal, Bradley Hope dan Tom Wright, melabelkan Jho Tek Low sebagai “Billion Dollar Whale” yang merupakan dalang penipuan jenayah 1MDB.

Jho Low dikehendaki oleh mahkamah Malaysia, Amerika Syarikat dan Singapura, tetapi dia berjaya melarikan diri, hilang dan senyap selama hampir lima tahun.

Satu-satunya kehadiran Jho Low ke pentas awam hanyalah melalui laman web rasminya, jho-low.com, yang sarat dengan kenyataan dan dakwaan bahawa dia tidak bersalah, tetapi telah diperdaya oleh pihak yang berkepentingan serta pegawai bank Malaysia.

Namun dalam situasi terkini, siasatan khas Al Jazeera, ‘Jho Low: Hunt For A Fugitive’ atau ‘Jho Low – Membruru Pelarian’ Jho Low bermati-matian cuba membuat perjanjian dengan kerajaan Malaysia untuk mengelak daripada dipenjarakan.

Mahathir tahu dan amat sedar tentang segala ini semua dan begitulah juga persepsi Al Jazeera terhadap pemimpin utama PH itu.

Tapi hipokrasi, retorik politik, dengki khianat dan muslihat politik mendesak mereka berpura-pura berlakon, sebagaimana Mahathir berlakon menangis atas pentas Perhimpunan Agung UMNO yang diterjemahkan oleh George Soros sebagai ‘tangisan buaya’.

Dalam Bangkok Post, Soros telah menulis, “Kamu berani menitiskan air mata buaya semasa Perhimpunan Agung UMNO, sedih kononnya dengan gejala rasuah. Namun kamulah perasuah paling hebat. Seorang pencuri melaung-laung ‘pencuri’ dan berharap orang ramai memandang ke arah lain, sedangkan dialah pencuri sebenarnya.”

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: