Editorial
21 Julai 2022
Malaysia telah dikejutkan dengan tindakan waris Kesultanan Sulu yang dilaporkan merampas dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan dan South Caucasus.
Financial Times melaporkan pasukan peguam bagi pihak Kesultanan Sulu yang menuntut bayaran RM63 bilion atas isu penyerahan Sabah kepada Malaysia, bertindak nekad merampas dua anak syarikat Petronas tersebut.

Malaysia telah diputuskan kalah dalam kes mahkamah timbang tara di Sepanyol dan diarahkan untuk membayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada keturunan Sultan Sulu dalam isu tuntutan Sabah itu.
Sekiranya Malaysia tidak membayarnya maka Malaysia dikehendaki menyerahkan semula wilayah Sabah kepada waris Kesultanan Sulu.
Pada tahun 2019 ketika PH berkuasa, pihak waris Kesultanan Sulu telah menyaman Malaysia kerana dituduh melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British.
Timbul persoalan, kenapakah waris Sulu itu menuntut hanya pada 2019, dan tidak pada 2014 setelah Malaysia hentikan bayaran RM5300 setahun kerana memutuskan bahawa waris Sultan Sulu telah melanggar perjanjian apabila menyerang Lahad Datu dan membunuh 12 anggota keselamatan Malaysia?

Manila Times telah mendedahkan bahawa tentera Nur Misuari, pemimpin Moro, yang menyokong waris Sulu terlibat dalam serangan ke atas Lahad Datu itu. Nur Misuari dikatakan rakan baik Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Malah Anwar Ibrahim dengan megah dan sinis dilihat memberi amaran kepada kerajaan yang ketika itu dipimpin oleh DS Najib Tun Razak, bahawa Sabah akan diserang.

Anak Anwar Ibrahim, Nurul Izzah juga pernah bergambar bersama-sama dengan puteri waris Sulu, Jacel Kiram dalam kempen membebaskan Anwar ketika dia dalam penjara.
Malangnya Peguam Negara lantikan PH, iaitu Tommy Thomas, telah membalas tuntutan Sulu dengan kenyataan “Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar ‘tunggakan’ dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.”
Kenyataan “kesal” dan sanggup membayar tunggakan sebagaimana dicatatkan oleh Tommy Thomas dalam surat kepada pihak peguam tuntutan Sulu itu telah diterjemahkan sebagai ‘pengakuan bersalah’ oleh pihak Malaysia.
‘Kebodohan’ kenyataan Tommy Thomas amat jelas setelah negara telah kehilangan 12 anggota keselamatan dalam tragedi serangan pengganas Sulu. Adakah dia tidak peduli, simpati dan peka dengan kematian 12 anggota keselamatan Malaysia?
Terbangkit beberapa persoalan daripada tuntutan RM63 bilion waris Sulu tersebut.
Adakah Tommy Thomas sengaja memberi ruang dan peluang untuk pihak waris Sulu menyaman Malaysia dengan kenyataan ‘kesal’ ke atas kejadian serangan pengganas Sulu pada 2013 itu dan sanggup membayar tunggakan bayaran tahunan yang dihentikan.
Surat Tommy Thomas yang ditulis pada 2019 itu telah dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam Sulu di Sepanyol bagi memenangi kes kerana pengakuan bahawa Malaysia “bersalah” dan “kesal”.




Adakah Tommy Thomas telah disogok kerana waris Sulu hanya bertindak setelah PH berkuasa pada 2018?
Bayangkanlah RM63 bilion, sekiranya Tommy diberikan 5% daripada jumlah tuntutan itu, maka dia akan menerima RM3.15 bilion.
Masakan mungkin seorang Peguam Negara boleh mengeluarkan kenyataan bodoh sedemikian kecuali ada kepentingan untuk dirinya?
Mengapakah Tommy Thomas dan kerajaan PH juga sengaja tidak menghantar wakil ke mahkamah Sepanyol untuk mempertahankan Malaysia ketika tuntutan dibuat.
Isu tuntutan waris Sulu ini juga tidak pernah dibawa ke parlimen untuk dibincangkan, dan ia memperkukuhkan bahawa terdapat komplot untuk memenangkan tuntutan waris Sulu itu.
Adakah ini merupakan agenda tersembunyi Tommy Thomas?
Adakah surat yang luar biasa bodoh itu telah diluluskan Jemaah Menteri PH atau ia hanya surat daripada Tommy sebagai Peguam Negara?

Terkini pihak PH mula memutar-belitkan isu, untuk menuding jari kepada DS Najib dan kerajaan sedia ada sebagai bertanggungjawab ke atas kemenangan tuntutan waris Sulu itu.
Dua ahli parlimen Sabah merangkap Timbalan Menteri, tidak tahu bahawa Tommy telah hantar surat luar biasa bodoh itu ketika kerajaan PH memerintah.
Dua MP Warisan, Datuk Azis Jamman (Sepanggar) dan Isnaraissah Munirah Majilis (Kota Belud) mendakwa mereka tidak mengetahui berhubung surat tersebut dan mempersoalkan sama ada ia mendapat kebenaran Kabinet PH?
Ahli Parlimen Kota Belud, Munirah Majilis juga mempersoalkan sama ada surat yang dikeluarkan Tommy tersebut dirujuk terlebih dahulu kepada Kabinet untuk dibincangkan sebelum dihantar kepada pihak Sulu.
Kenapa Tommy tidak membincangkan terlebih dahulu tentang kandungan surat ‘bodoh’ itu?
Ia hanya membenarkan persepsi bahawa Tommy telah disogok untuk melayakkan waris Sultan Sulu menuntut RM63 bilion dari Malaysia.
****
Tinggalkan Jawapan