VIDEO – LAPORAN POLIS PUAK RAFIZI HANYA AKAN DEDAHKAN PENGLIBATAN ANWAR DALAM KES TUNTUTAN WARIS SULU

Editorial

20 Julai 2022

Laporan polis yang dibuat oleh puak Rafizi daripada PKR bukanlah mensasarkan matlamat mereka untuk menjatuhkan DS Najib Razak, sebaliknya adalah untuk memerangkap DS Anwar Ibrahim, dan menjatuhkannya, akibat penglibatan Anwar dalam kes serangan Sulu di Lahad Datu, menurut Datok Lokman Noor Adam.

Pada Kongres PKR yang baharu sahaja berlalu, Rafizi tidak gentar untuk menghentam Anwar apabila dia berucap di hadapan kira-kira 2000 pemimpin PKR supaya jangan cuba membodek Anwar.

Malah kata Rafizi, “Anwar is Anwar”.

Apakah maksud Rafizi itu? Adakah dia bermaksud bahawa tabiat seks songsang Anwar tidak akan boleh diubah? Sikap Anwar suka beretorik dengan janji kosong dan pembohongan tentang angka-angka sokongan kepadanya juga tidak boleh diubah, “Anwar is Anwar” dengan penegasan bahawa “Anwar will not change, he stays as he is.”

Siapakah dalang di sebalik tragedi yang telah meragut nyawa 12 anggota keselamatan Malaysia apabila tentera waris Sulu menyerang Lahad Datu?

Anggota keselamatan Malaysia bukan sahaja dibunuh tetapi ada dalam kalangan mayat mereka yang telah diseksa dan dipotong-potong bagaikan daging untuk dimakan.

Tentera siapakah yang telah dihantar untuk membantu pencerobohan Lahad Datu itu? Tentera-tentera itu adalah tentera Nur Miswari yang merupakan sahabat baik Anwar Ibrahim.

Manila Times mendakwa “pencerobohan ke atas Lahad Datu berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia DS Anwar Ibrahim yang juga merupakan pemimpin de’facto Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi. Anwar Ibrahim dikenali sebagai penentang tegar parti pemerintah Malaysia iaitu UMNO.”

Sumber: MalaysiaToday

Bukan itu sahaja, sebelum tragedi serangan ke atas Lahad Datu, anak Anwar, Nurul Izzah juga telah bertemu Jacel Kiram, anak gadis Kiram Hassan, pemimpin tentera waris Sulu yang menuntut Sabah.

Sumber: Astro Awani

Satu persoalan kepada punca tuntutan waris Sultan Sulu sehingga merampas aset Petronas di Sepanyol ialah kenapakah Peguam Negara lantikan PH, Tommy Thomas begitu ‘bodoh’ telah membuat akuan kepada pihak mahkamah timbangtara di Sepanyol bahawa “Malaysia berasa kesal” atas apa yang telah berlaku di Lahad Datu?

Kenyataan Tommy Thomas itu telah diterjemahkan oleh peguambela Sultan Sulu sebagai pengakuan ‘bersalah’ Malaysia, sedangkan 12 anggota keselamatan Malaysia mati akibat serangan tersebut.

Pengakuan ‘bodoh’ Tommy Thomas itu dibuat ketika PH berkuasa setelah memenangi PRU14, 2018. Adakah ia satu agenda tersebunyi PH?

Lantas, adakah Wan Azizah ketika itu tidak tahu akan isi kandungan surat Tommy Thomas kepada pihak mahkamah timbangtara di Sepanyol itu, sedangkan dia adalah Timbalan Perdana Menteri?

Pada 12 Julai, Malaysia dikejutkan dengan tindakan waris Kesultanan Sulu yang dilaporkan merampas dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan dan South Caucasus.

Pasukan peguam bagi pihak Kesultanan Sulu telah menuntut bayaran RM63 bilion atas isu penyerahan Sabah kepada Malaysia, bertindak nekad merampas dua anak syarikat Petronas tersebut, dan DS Najib telah dipersalahkan oleh Rafizi dan penyokongnya dari PKR.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II menuntut jumlah tinggi sebagai pampasan dari Malaysia sebagai tindak balas kerana menghentikan pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Kesultanan Sulu pada 2013 ekoran serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu.

Hakikatnya tindakan Malaysia ketika BN berkuasa di bawah kepimpinan DS Najib telah mewajarkan Malaysia menghentikan bayaran RM5300 setiap tahun kepada waris Sulu itu kerana mereka telah melanggar perjanjian!

Tindakan Malaysia yang dipimpin oleh DS Najib Tun Razak telah disokong oleh pemimpin DAP ketika itu dan juga PM Mahathir Mohamad.

Lantas, apakah rasionalnya laporan polis yang diterjemahkan sebagai hanya menambah ‘kebodohan’ Tommy Thomas yang telah membuat perakuan ‘bersalah’ atas tindak balas Malaysia ke atas penyerang Sulu di Lahad Datu.

Tiada lain yang boleh diterjemahkan kecuali agenda tersebunyi Rafizi Ramli untuk menyerang dan menjatuhkan Anwar secara halus tanpa disedari atau mungkin disedari oleh ahli-ahli PKR yang mahu Anwar disingkirkan.

Sekiranya isu ini diangkat menjadi kes RCI atau kes Siasatan Suruhanjaya DiRaja, pastinya nama Anwar akan terdedah, bukan sahaja sebagai pembelot yang bersekongkol dengan golongan cabang pengganas pimpinan Misuari, malahan Anwar juga menyokong kuasa autonomi ke atas Sabah yang membuka ruang untuk waris Sulu berkuasa.

Seperkara lagi, bodohlah bagi pemimpin PKR dan ahli-ahlinya yang membuat laporan polis kerana pihak polis sendiri amat marah atas tindakan penyerang Lahad Datu sehingga menyebabkan 12 rakan mereka mati dan mayat mereka diseksa.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: