ANWAR LUPA SIAPA KLEPTOKRAT YANG DIA SERANG PADA 1998 TAPI DIA AMPU PADA 2018

Editorial

19 Julai 2022

Dalam satu sidang media sebagaimana dilaporkan FMT, Anwar telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak boleh bersekongkol dengan kleptokrat atau dengan lebih jelas lagi dia tidak akan bekerjasama dengan Najib.

Anwar sebenarnya lupa bahawa bekas PM ke-4 dan ke-7, Mahathir Mohamad, sebagaimana didedahkan oleh Peguam Negara PH Tommy Thomas, telah menggunakan kuasanya untuk mengawal mahkamah bagi ‘membunuh’ kerjaya politik musuhnya.

Perkara ini jugalah yang dilaung-laungkan Anwar di jalan raya dalam gerakan reformasi untuk menentang Mahathir yang didakwa amat korup, mengamalkan kronisme dan nepotisme.

Kemudian Anwar juga lupa (mungkin dia telah dijangkiti penyakit Mahathir yang mudah lupa atau sebagaimana dititahkan oleh DYMM Sultan Johor, sebagai ‘nyanyok’) pada PRU 14 PKR-PH telah bersekongkol dengan kleptokrat itu.

Tanpa menghiraukan kekecewaan pejuang reformasi, Anwar telah bersekongkol dengan bapa segala kleptokrat sebagaimana didakwa oleh rakannya sendiri iaitu George Soros dalam Bankok Post, serta Barry Wain dalam bukunya Malaysian Marverick.

Lantas, adakah Anwar juga bertukar menjadi sang moron sebagaimana label yang dilemparkan oleh George Soros terhadap Mahathir setelah Mahathir memungkiri janjinya untuk melantik Anwar sebagai PM?

Semasa mengetuai kerajaan PH, Mahathir kata dia perlukan dua tahun sebelum melepaskan jawatannya kepada Anwar, tetapi kleptokrat itu terus mahu menjadi PM sehingga ke hari ini, dan akan bertanding pada PRU15 nanti.

Anwar juga lupa tentang kes Forex-BNM, kes BMF serta pembunuhan Jalil Ibrahim, kes Maminco, kes Perwaja Steel dan banyak lagi yang hakikatnya mendedahkan kleptokrasi Mahathir.

Terkini Anwar kata, Tun Daim Zainuddin tak akan tidur lena sekiranya dirinya diangkat sebagai PM kerana banyak yang dia tahu tentang ‘pandora papers’ yang membuktikan kleptokrasi Tun Daim.

Hipokritnya Anwar, adakah dia lupa, siapakah kleptokrat di sebalik tabir yang mengawal Tun Daim?

Anwar kata dia tidak mahu bersekongkol dengan perasuah. Tapi kenyataan sedemikian juga hanyalah retorik dan hipokrasi.

Anwar buat-buat lupa apabila kes ‘Terowong Bawah Laut’ DAP yang melibatkan Cina bernama Lim Guan Eng, anak Lim Kit Siang, telah terang-terangan didedahkan oleh saksi bahawa rakan sekongkol Anwar itu adalah perasuah, malah ditakuti oleh masyarakat Cina Pulau Pinang sehingga dia digelar ‘tokong’.

Hebatnya ‘tokong’ sehingga saksi penting kes rasuah ‘Terowong Bawah Laut’ itu sanggup terjun dari tingkat 17 The Palazzo kerana takutkan ‘tokong’.

Lantas, nampak sangat Anwar hipokrit, dan buat-buat lupa tentang video rakaman ‘special branch’ Singapura yang mendedahkan tokoh hebat PKR dalam skandal seks yang tidak pernah diakuinya.

Tidak payahlah didedahkan video jijik itu di sini kerana hampir seluruh rakyat Malaysia sudah melihatnya dan tanpa bantuan pakar forensik pun semua tahu siapakah lelaki ‘hebat’ bersama pelacur itu. Malahan rakyat Indonesia juga terpegun dengan video seks pemimpin hebat Malaysia.

Lantas Anwar kesal pula apabila kaum Melayu tidak mahu menyokong PKR? Dia sepatutnya bertanya diri sendiri, bagaimana orang Melayu-Islam mahu menyokong parti yang dipimpin oleh lelaki seks songsang dan melanggani pelacur.

Mereka boleh mendapat maklumat penuh daripada Umi Hafildah, adik kepada Azmin Ali, dan juga bekas peguam Anwar, Datok Zulkifli Nordin.

Anwar juga lupa, apabila Mahathir bertegas tidak mahu peliwat menjadi Perdana Menteri Malaysia. Siapakah peliwat yang dimaksudkan itu?

Lantas, Anwar lupa siapakah kleptokrat dan siapakah musuh dirinya yang sebenar-benarnya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: