RAFIZI ADALAH EJEN DAN PROKSI MAHATHIR-DAIM

Editorial

18 Julai 2022

Terdapat beberapa rasional yang boleh disandarkan untuk mendakwa bahawa Rafizi Ramli adalah ejen dan proksi Mahathir-Daim.

Rafizi telah dengan tergesa-gesa meninggalkan syarikat pengendaliannya untuk terjun semula ke dunia politik meskipun dia telah menyatakan bahawa dia tidak mahu lagi melibatkan dirinya dalam politik.

Seseorang boleh bertindak sedemikian sekiranya ditawarkan laba berjuta-juta ringgit, untuk kembali ke dunia politik bagi melampiaskan hasrat pihak tertentu yang mempunyai kedudukan kewangan yang luar biasa. Mahathir dan Daim memenuhi ciri pihak tersebut.

Rafizi pada hakikatnya telah dijatuhi penjara 30 bulan pada 2018 di bawah kes BAFIA, namun ramai percaya bahawa dia telah diselamatkan oleh Mahathir dan balacinya Tommy Thomas yang merupakan Peguam Negara PH setelah PH memenangi PRU14.

Dia amat terhutang budi pada Mahathir, dan ketakutannya pada hukuman penjara telah menyebabkan dirinya serik untuk terus terlibat dengan dunia politik. Tapi Mahathir mahu dia kembali berkecimpung dalam politik PKR agar dia boleh menjadi ‘trojan horse’ Mahathir untuk menjatuhkan Anwar.

Kemungkinan ini selari dengan hasrat Mahathir sebagaimana diumumkan oleh Pejuang, bahawa dia mahu kembali diangkat sebagai Perdana Menteri meskipun usia sudah terlalu menghampiri pusara, manakala batu halangannya adalah Anwar dan Najib.

Lagi sekali Mahathir harus mendominasi pihak yang akan menentang UMNO, dan dengan itu Anwar tidak boleh diberikan ruang.

Kini Rafizi sudah berjaya diangkat sebagai Timbalan Presiden PKR, maka tugas Rafizi untuk melampiaskan kehendak Mahathir menjadi amat relevan dan menjadi lebih mudah.

Anwar pula baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya dia diangkat menjadi PM, Daim Zainuddin, konco utama Mahathir tidak akan tidur lena.

Semuanya bermula daripada ‘Pandora Papers’ yang merupakan dokumen penting untuk Anwar memerangkap Daim.

Kemudian rakyat melihat gelagat Rafizi yang sungguh mengejutkan setelah memenangi jawatan Timbalan Presiden, berbeza dengan sikapnya yang amat menghormati Anwar sebelum dia dibebaskan daripada tuduhan kes BAFIA.

Semasa Kongres PKR yang berlangsung Sabtu dan Ahad lalu, dia dengan beraninya menyerang Anwar sebagai tokoh PKR yang sudah hilang kredibiliti, dan tidak perlu sesiapa dalam PKR membodek Anwar lagi.

Rafizi menggunakan dapatan Invoke untuk membuktikan populariti Anwar tidak lagi relevan. Namun hendaklah diingat bahawa Invoke adalah milik Rafizi.

Rafizi kini membentuk kem ‘anti-khemah besar’ yang terdiri daripada golongan pemimpin muka baharu PKR, manakala 13 pemimpin lama yang berpengaruh dalam PKR telah kecundang.

Kem ‘anti-khemah besar’ adalah kem yang menentang idea Anwar untuk membentuk gagasan politik yang lebih mantap untuk menjatuhkan UMNO.

Namun rakyat perlu tahu bahawa konsep ‘khemah besar’ yang ditentang oleh Rafizi tidak semesti ‘khemah besar’ semasa PRU. Rafizi bila-bila masa boleh sahaja membentuk ‘khemah besar’ setelah PRU15 demi survival politik PKR.

Walau bagaimanapun menentang konsep ‘khemah besar’ adalah amat penting, mahupun ‘khemah’ yang kini terbina bersama DAP.

Rafizi harus mengangkat pendiriannya untuk turut sama menolak DAP kerana Mahathir kini amat menentang DAP. Kesempatan ini diambil oleh Rafizi, kerana pemimpin muda DAP sendiri mahu Anwar disingkirkan.

Mahathir amat membenci DS Najib Razak, dan pendirian Mahathir itu seperti amat selari dengan tingkah laku Rafizi sekarang.

Dia bukan sahaja mengatur strategi untuk menentang Najib, malah dia menyeru semua kepimpinan PKR bagun menyerang Najib. Malangnya fakta yang digunakan oleh Rafizi untuk menyerang Najib adalah tumpul sebagaimana isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.

Sebagaimana Mahathir, Rafizi juga mahu Najib disumbat ke penjara.

Malahan isu perdebatan Sapura antara Rafizi dan Najib telah memaparkan kekalahan Rafizi yang disanjung oleh penyokong PKR sebagai ‘cilik’, sedangkan Rafizi bersembunyi di sebalik ketokohan Anwar untuk menentang Najib dalam perdebatan itu.

Walau bagaimanapun ramai pengkritik melihat Anwar telah kalah dalam perdebatan tersebut kerana membentangkan fakta-fakta yang dangkal.

Malahan sebaliknya isu Sapura dan Kesultanan Sulu tersebut lebih mendedahkan ‘pengkhianatan’ era pemerintahan Mahathir.

Rafizi dilihat tidak pernah langsung menyerang dan menghentam Mahathir-Daim setelah dia kembali ke dunia politik.

Sedangkan dunia tahu dosa Mahathir terhadap Anwar, malahan Tommy Thomas pernah mendakwa bahawa Mahathir telah menggunakan ‘mahkamah’ untuk melumpuhkan Anwar.

Jelaslah sebagaimana yang menjadi premis artikel ini, Rafizi adalah ejen dan proksi Mahathir-Daim.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: