ROS BERI NOTIS KEPADA PKR BERKAITAN KEMELUT PEMILIHAN – ADAKAH PKR AKAN DIHARAMKAN?

Editorial

17 Julai 2022

Patutlah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah menghemburkan air mata dalam Kongres PKR semalam, dan merungut ada pihak yang kalah pemilihan PKR kini menjadi ‘musuh dalam selimut’.

Rupa-rupanya ada calon yang kalah telah membuat aduan kepada RoS tentang penipuan dalam pemilihan serta sistem pengiraan undi yang lintang-pukang.

Namun bagi orang ramai di luar PKR, bukan itu sahaja masalah PKR, ia juga melibatkan budaya samseng apabila pergaduhan sentiasa berlaku semasa pemilihan PKR.

Nampaknya tangisan Wan Azizah untuk menyesali aduan yang dibuat adalah terpesong, kerana sememangnya aduan patut dibuat bukan sahaja kepada RoS malah kepada pihak Polis dan SPRM.

Masakan tidak, apabila ada calon yang diumum menang, kemudian diumumkan pula kalah, kemudian menang semula- sistem kiraan undi pemilihan PKR amat cacamarba.

SUA PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan parti tersebut telah menerima notis daripada RoS setelah berlakunya kecelaruan dalam keputusan pemilihan PKR.

Notis tersebut diterima berikutan tindakan beberapa ahli parti yang membuat laporan berhubung keputusan pemilihan parti sebelum ini.

“Parti telah terima notis dari RoS untuk Setiausaha Agung menjelaskan sejumlah aduan kepada RoS berkenaan proses pemilihan diadakan baru-baru ini.

“Sejurus mendapat surat itu, perkara pertama terfikir, saya mesti bersedia untuk keadaan paling sukar seumpamanya yang berlaku kepada DAP pada 2013 dan MIC pada 2015,” kata Saifuddin.

“Saya, akan mempertahankan parti ini sehabis daya dari sebarang tindakan yang akan datang dari RoS,” kata Saifuddin ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Keadilan Ke-16 di sini pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan ada beberapa ahli PKR membuat laporan polis dan kepada RoS berhubung keputusan pemilihan parti baru-baru ini.

Tindakan itu turut mendapat respons daripada Pengarah Komunikasi Keadilan, Fahmi Fadzil yang menganggap tindakan sebegitu seumpama membuka ruang untuk musuh menyerang parti.

Tegasnya, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota dan pemimpin untuk mempertahankan parti termasuk keputusan dibuat berkaitan calon yang diketengahkan dalam pilihan raya umum (PRU).

Persoalannya, adakah membuat aduan polis dan aduan RoS itu satu kesalahan sekiranya pihak calon merasakan diri mereka teraniaya dan ditipu, apatah lagi sekiranya aduan kepada pemimpin parti sendiri tidak dilayan dengan adil?

Lebih aneh lagi apabila kepimpinan tinggi PKR memperakui bahawa pergaduhan dalam PKR ala-samseng sehingga luka parah “adalah perkara biasa” seperti memperakui bahawa PKR sememangnya parti samseng.

Adakah parti sebegini dan pemimpin sebegini yang menjadi harapan rakyat untuk menerajui negara.

Pemerintahan PH telah membuktikan kerakusan pemimpinnya sebagaimana didedahkan oleh Dr Mahathir sendiri dengan menjadikan Tony Pua sebagai contoh pemimpin biadap, manakala rakyat melihat Nga Kor Ming amat ‘kurang ajar’ dalam tutur katanya.

Gelagat mereka ini dibiarkan sahaja oleh pemimpin PKR, adakah kerana sifat samseng mereka itu selari dengan budaya PKR?

Bukan itu sahaja, pemilihan PKR sudah banyak kali dicemari dan dinodai dengan pergaduhan di sana-sini.

Malahan semasa kongres pun masih wujud kekacauan kerana kehadiran ditolak atas dakwaan tidak mengadakan Mesyuarat Agung.

Rakyat menunggu apakah tindakan RoS selanjutnya.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: