Editorial
17 Julai 2022
Nampaknya Rafizi seperti sudah tidak sabar lagi untuk menggantikan Anwar, setelah dengan beraninya dia menggesa ahli-ahli dalam Kongres PKR supaya tidak mempertahankan Anwar daripada sebarang kritikan kerana peranan penting PKR adalah untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu.

Dia telah memenangi jawatan Timbalan Presiden dan dialah satu-satunya yang dipersepsikan layak untuk menggantikan Anwar, sedangkan di luar sana rakyat melihat dirinya sebagai ‘kaki fitnah’ dan telah beberapa kali diseret ke mahkamah kerana saman fitnah tetapi telah diselamatkan oleh Peguam Negara PH.
Bukan tiu sahaja, Rafizi juga mengingatkan ahli kongres agar tidak terlalu ‘membodek Presiden’, yang pastinya apa yang dimaksudkan ialah Anwar tidak dapat lari daripada kenyataan setelah dua kali dipenjarakan.

Lantas Rafizi mahu Anwar sedar bahawa dirinya tidak lagi relevan sebagai pemimpin PKR yang telah lari daripada hala tuju PKR.
Pasti rakyat dan penyokong PKR masih ingat lagi bagaimana PKR dilahirkan di jalanan dengan mendukung falsafah ‘reformasi’ untuk jatuhkan Mahathir dan menentang diktator yang dikatakan telah menganiaya Anwar, tetapi kontradiknya Anwar tunduk pada Mahathir sebagaimana keldai yang diperbodohkan tuannya.
Rafizi tidak selesa apabila terdapat kelompok di sekeliling Anwar yang sering merasakan mereka perlu membela pemimpin berkenaan sehingga tidak boleh ada fakta yang dilihat mengkritik presiden parti itu.
“Apa yang penting adalah parti dan kepimpinan baharu tidak terlalu berusaha membodek Anwar atau pertahankannya. Anwar is Anwar…dia tidak perlu dipertahankan. Saya tidak akan memainkan peranan membodek itu,” tegasnya dalam ucapan dasar di Kongres PKR 2022 semalam.
Rafizi juga mendedahkan bahawa Anwar telah kehilangan populariti, mungkin dia merujuk epada dapatan kajian Invoke tentang populariti Anwar yang sudah jatuh merudum.
Mungkin juga Rafizi cuba menghentam kenyataan ‘rivalnya’ Saifuddin Nasution yang menepis kritikan bahawa Anwar merupakan beban dan liabiliti dalam parti itu.

Anwar cuba memberi reaksi yang positif terhadap tingkah dan ucapan negatif Rafizi terhadapnya, dengan mengatakan bahawa dia faham perangai dan gaya Rafizi dan tidak terkesan dengan kenyataan yang ‘menghinanya’ itu.
Namun anehnya Anwar juga membidas Rafizi agar tidak membuat kenyataan terbuka, khususnya dalam hal mengkritik Presiden, kerana Rafizi kini sudah berada dalam barisan pemimpin atasan PKR dan bukan lagi di luar PKR.
Rakyat akan tunggu dan lihat apakah lagi kemelut kepimpinan PKR selanjutnya, sedangkan rakayt sudah lihat PKR kalah teruk di PRN Melaka, PRN Johor dan PRN Sarawak.
PKR sedang menghadapi masalah besar apabila RoS telah menghantar notis kepada SUA PKR berkenaan isu penipuan, ketelusan dan keadilan dalam Pemilihan PKR 2022.
Ia mungkin boleh mengakibatkan PKR diharamkan.
******
Tinggalkan Jawapan