LUCU BANGAT BILA RAKAN POLITIK PUJI WAN SAIFUL SETARAF PROF UNGKU AZIZ DALAM PTPTN, SEDANGKAN AHLI LEMBAGA PENGARAH LABEL WAN SAIFUL SEBAGAI ‘GENDANG KOSONG’

Editorial

17 Julai 2022

Perekacipta manifesto songsang PH yang juga merupakan Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan mendapat merit yang hebat apabila pemikirannya ditanggapi sebagai setaraf dengan Prof DiRaja Ungku Aziz oleh Ketua Armada Puchong, Fahmi Muhsin Ismail.

Entah apa sasaunya penarafan sedemikian kerana apa yang rakyat lihat tanggapan sedemikian hanya mencemarkan nama baik Prof DiRaja Ungku Aziz, pengasas kepada Tabung Haji dan banyak lagi ideologi beliau yang membela kaum miskin mendapat perhatian dunia.

Berkontradik dengan pandangan songsang Ketua Armada Puchong yang masih beringus itu, penggiat media dan bekas Ketua Pengarang, TS Johan Jaafar menyifatkan Wan Saiful hanyalah gendang kosong dalam PTPTN.

TS Johan Jaafar yang juga merupakan bekas ahli lembaga pengarah PTPTN menterjemahkan Wan Saiful Wan Jan, sebagai terlupa bahawa prestasi paling cemerlang bagi PTPTN adalah pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi pengerusi.

Malahan TS Johan menyifatkan kenyataan Wan Saiful Wan Jan tentang sumbangannya kepada PTPTN selaku pengerusi perbadanan itu selama empat tahun tidak lebih daripada ‘gendang kosong yang dipalu’.

Sebelum ini Wan Saiful telah mengeluarkan kenyataan bahawa kononnya PTPTN telah dipolitikkan oleh individu tertentu sedangkan beliau sendiri menggunakan PTPTN sebagai wahana atau alat mempromosikan diri dan agenda politik.

Tidak pasti adakah Wan Saiful merujuk kepada bekas Pengerusi PTPTN iaitu DS Dr Shamsul Anuar Nasarah, namun TS Johan menyifatkan DS Shamsul sebagai Pengerusi PTPTN yang telah menunjukkan sifat profesionalisme tinggi dan komitmen yang luar biasa dan jauh berbeza dengan gelagat ‘gendang kosong’.

TS Johan membidas Wan Saiful sebagai ‘angkuh tidak bertempat’. Dia telah dilantik sebagai pengerusi PTPTN sebaik sahaja kemenangan Pakatan Harapan (PH), pada 2018.

“Salah satu tindakan yang dilakukan oleh menteri yang bertanggungjawab pada ketika itu adalah menamatkan perkhidmatan sebahagian besar ahli Lembaga Pengarah PTPTN, termasuk pengerusinya, DS Dr Shamsul Anuar Nasarah,” kata TS Johan sebagaimana dicatatkan oleh Sinar Harian.

TS Johan berbangga berkhidmat dengan ahli lembaga pengarah PTPTN terdahulu sebelum pelantikan Wan Saiful.

Bagi TS Johan tuduhan yang dilemparkan oleh Wan Saiful terhadap PTPTN sebagai satu penghinaan buat institusi itu dan petugasnya.

Apa yang ditafsirkan oleh khalayak media ialah sikap bising berkompang dan menjaja kehebatannya tetapi pada hakikatnya dia tidak memberikan apa-apa sumbangan yang signifikan.

Menurut TS Johan lagi, Wan Saiful bukan sahaja tidak memahami budaya kerja, malah lebih buruk lagi apabila tidak menghargai sumbangan lembaga pengarah terdahulu.

 “Beliau terlupa prestasi paling cemerlang institusi ini adalah pada tahun-tahun sebelum beliau menjadi Pengerusi.

Pada minggu lepas, Wan Saiful mengesahkan pelantikannya dalam PTPTN telah berakhir pada 17 Jun yang telah dilantik sejak 2018.

TS Johan berkata, PTPTN mencatatkan jumlah pungutan hutang tertinggi dalam sejarah penubuhannya pada 2017 apabila institusi itu berjaya memungut sejumlah RM3.8 bilion.

TS Johan mempunyai kredibiliti yang signifikan untuk membidas Wan Saiful dan menolak merit yang cuba dijaja oleh pemimpin hingusan Armada Puchong, Fahmi Muhsin Ismail.

Setelah Menteri Perdagangan, Perladangan dan Komoditi, Datok Zuraida Kamaruddin meninggalkan PPBM (Bersatu), Wan Saiful adalah orang yang dilihat amat mengharap agar dia dilantik menggantikan Zuraida.

Namun sehingga ke hari ini, PM, DS Ismail Sabri tidak memutuskan tamatnya jawatan Zuraida sebagai menteri meskipun telah meninggalkan PPBM.

Nampaknya manusia yang perasan seperti Wan Saiful akan terus menggigit jari sedangkan penggal pemerintahan PN akan tamat tidak lama lagi.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: