RAMPASAN SYARIKAT MILIK PETRONAS ADALAH AKIBAT KEBODOHAN BEKAS PEGUAM NEGARA PH, TOMMY THOMAS

Editorial

13 Julai 2022

Semalam 12 Julai, Malaysia dikejutkan dengan tindakan waris Kesultanan Sulu yang dilaporkan merampas dua anak syarikat milik Petronas di Azerbaijan dan South Caucasus.

Financial Times melaporkan pasukan peguam bagi pihak Kesultanan Sulu yang menuntut bayaran RM63 bilion atas isu penyerahan Sabah kepada Malaysia, bertindak nekad merampas dua anak syarikat Petronas tersebut.

Kedua-dua anak syarikat itu dirampas oleh bailif di Luxemborg yang mewakili waris Sulu berkenaan.

Keturunan Sultan Sulu terakhir, Sultan Jamalul Kiram II menuntut jumlah tinggi sebagai pampasan dari Malaysia sebagai tindak balas kerana menghentikan pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada Kesultanan Sulu pada 2013 ekoran serangan pengganas Sulu ke atas Lahad Datu.

Pada awal Mac lalu, Malaysia telah diputuskan kalah dalam kes mahkamah di Sepanyol dan diarahkan untuk membayar gantirugi sebanyak RM63 bilion kepada keturunan Sultan Sulu dalam isu tuntutan Sabah itu.

Sekiranya Malaysia tidak bayar maka Malaysia dikehendaki menyerahkan semula wilayah Sabah kepada Kesultanan Sulu.

Pada tahun 2019 ketika pentadbiran kerajaan PH, pihak waris Kesultanan Sulu telah menyaman Malaysia kerana dituduh melanggar perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu lama di Filipina dan wakil Syarikat Borneo Utara British.

Malaysia telah menghentikan bayaran RM5,300 setiap tahun kepada waris Kesultanan Sulu, sebagai tindak balas terhadap serangan pengganas Sulu di Lahad Datu pada Februari 2013 yang mengakibatkan kematian 10 anggota keselamatan Malaysia.

Serangan Sulu ke atas Sabah itu diterjemahkan sebagai pencabulan perjanjian 1878 antara kerajaan Sulu dan Syarikat Borneo British.

Malangnya Peguam Negara lantikan PH, iaitu Tommy Thomas, telah membalas tuntutan Sulu dengan kenyataan “Malaysia kesal dengan pemberhentian bayaran dan menawar untuk bayar “tunggakan” dari tahun 2013 hingga tahun 2019 berjumlah RM48,300 bagi menyelesaikan kes.”

Kenyataan “kesal” yang dicatatkan oleh Tommy Thomas dalam surat kepada pihak peguam tuntutan Sulu itu telah ditejemahkan sebagai ‘pengakuan bersalah’ oleh pihak Malaysia.

Kebodohan Tommy Thomas amat nyata apabila dia kesal atas tindakan Malaysia, meskipun negara telah kehilangan 10 anggota keselamatan dalam tragedi serangan pengganas yang dikatakan mewakili waris Kesultanan Sulu tersebut ke atas Sabah.

Ekoran itulah waris Sulu melalui peguam UK telah menyaman kerajaan Malaysia dengan tuntutan RM63 bilion melalui mahkamah di Sepanyol.

Bodohnya Peguam Negara lantikan PH, Tommy Thomas apabila dia fikir pihak Kesultanan Sulu akan hentikan tuntutan mereka hanya dengan sekadar bayaran tunggakan RM48,300 sahaja.

Kebodohan lain yang telah dilakukan oleh Tommy Thomas adalah apabila kerajaan PH ketika berkuasa, tidak menghantar wakil ke mahkamah Sepanyol untuk mempertahankan Malaysia ketika tuntutan dibuat.

Surat Tommy Thomas yang ditulis pada 2019 itu telah dijadikan bukti dan alasan utama oleh peguam Sulu bagi menang kes ini sebab surat ini disifatkan sebagai pengakuan bahawa Malaysia “bersalah” dan malah Malaysia “kesal”.

Surat Tommy Thomas itu juga digunakan oleh peguam UK untuk menyangkal pendirian peguam negara semasa iaitu Idrus Harun bahawa identiti waris terbabit diragui.

Bagaimanakah Malaysia akan menang kes sekiranya Tommy Thomas sudah mengaku ‘kesal’ yang bermakna Malaysia ‘bersalah’

Pemimpin utama PH seperti Dr Mahathir, Lim Guan Eng dan Muhyiddin Yassin juga harus bertanggungjawab atas kebodohan Tommy Thomas itu.

Adakah surat yang luar biasa bodoh ini diluluskan Jemaah Menteri masa itu atau ia hanya surat dari Tommy sebagai Peguam Negara sahaja?

Sungguh menghairankan apabila waris Sulu telah menunda tuntutan mereka dari tahun 2013 hingga kerajaan bertukar tangan pada tahun 2018 sebelum memulakan saman terhadap negara?

Setelah Malaysia kehilangan pulau Pedra Branca@Batu Puteh, adakah Malaysia akan kehilangan Sabah pula?

Sudahlah Malaysia terancam dengan tuntutan RM63 bilion akibat kelemahan dan kebodohan Peguam Negara lantikan PH serta kepimpinan PH, kini Malaysia juga terancam akan kehilangan Sabah.

Terkini pihak PH mula memutar-belitkan isu, untuk menuding jari kepada kerajaan sedia ada sebagai bertanggungjawab ke atas kemenangan tuntutan waris Sulu itu.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: