Editorial
12 Julai 2022
Presiden PKR yang juga merupakan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim, menyifatkan kerajaan sebagai “bangang” apabila hanya bertindak menubuhkan jawatankuasa khas kabinet bagi menangani harga barang termasuk ayam selepas enam bulan rakyat bergelut dengan kenaikan harga barang keperluan harian.
Tidakkah kamu, Anwar Ibrahim berlipat kali ganda bangang apabila telah diperbodohkan Dr Mahathir atas rasional kerana dialah kamu telah dipenjarakan melalui campur tangannya dalam badan kehakiman.

Sebagaimana didakwa oleh Peguam Negara PH, Tommy Thomas, Mahathir telah menggunakan mahkamah untuk menekan musuh politiknya.
Bangangnya kamu Anwar, apabila gerakan reformasi 1999 adalah untuk menentang Dr Mahathir yang kamu dakwa telah menganiaya kamu.
Tapi setelah PH memang, dengan bangangnya kamu menerima Mahathir sebagai PM, seakan-akan kamu telah dijampi-serapah atau ‘dimanderemkan’ oleh Mahathir, sehingga menyebabkan kamu menjadi bangang tidak sedarkan diri.
Kemudian, tidakkah kamu terasa bahawa diri kamu bangang setelah diperbodohkan Mahathir dengan janji untuk melantik kamu sebagai Perdana Menteri, tetapi sehingga PH tumbang kamu hanya menggigit jari?
Setelah PH menang PRU14, kamu dan PH dengan megahnya telah menamatkan sistem percukaian GST dan menggantikannya dengan sistem SST, dengan alasan bahawa SST dapat menurunkan harga barang keperluan harian rakyat, kononnya.

Namun apa yang berlaku hari ini, melalui SST, harga barang tetap juga naik sedangkan negara kehilangan RM20 bilion setahun kepada golongan kapitalis yang diselamatkan oleh SST.
Kamu tidak sedarkah Anwar bahawa masalah kenaikan harga barang berlaku di seluruh dunia sekarang kerana pandemik Covid19 dan dihimpitkan lagi dengan Perang Rusia-Ukraine?
Anwar, kamu juga telah mengkritik bahawa Pengerusi Felda dibayar gaji yang tinggi, sedangkan semasa kamu dan PH berkuasa, langsung kamu tidak bertindak ke atas lintah darat itu semua.
Adakah kamu mengutuk kerajaan PN sebagai ‘bangang’ kerana PRU15 sudah hampir untuk kamu jadikan bahan kempen dan retorik politik dangkal?
Jika kamu hebat sangat dan kamu ‘tidak bangang’ Anwar, kamu tunjukkanlah kepada rakyat di negeri kamu berkuasa seperti Selangor dan Pulau Pinang, bahawa kamu boleh mengawal kenaikan harga barang keperluan harian rakyat.
Kamu, PKR dan DAP berkuasa di dua buah negeri itu, lantas gunakanlah kebijaksanaan kamu untuk mengekang kenaikan harga barang di situ. Jika tidak, kamu pun sama ‘bangang’ Anwar.
Mengapakah kerajaan negeri di bawah kuasa kamu tidak benar-benar membantu penduduk Sri Muda, Selangor yang dilanda banjir besar tempoh hari yang telah mengalami kerugian beratus ribu ringgit.
Kenapa tidak berikan ‘diskaun’ cukai dan lesen perniagaan kepada mangsa terlibat, sedangkan parti kamu yang berkuasa di Selangor?
Ada dakwaan bahawa pihak kerajaan negerilah yang telah melepaskan air empangan untuk mencegah limpahan air hujan yang berpanjangan. Tidakkah itu bangang namanya Anwar sekiranya benar dakwaan itu?
Malahan telah terdengar ura-ura kerajaan PH mahu naikkan cukai pintu di Selangor dan perancangan tersebut telahpun diluluskan, tetapi ditangguhkan sehingga selepas PRU15. Adakah itu benar Anwar?
Jika benar, memanglah kamu juga bangang kerana kenaikan cukai pintu premis perniagaan juga akan turut melonjakkan harga barang.
Lantas, janganlah kamu hendak berkompang bahawa kerajaan sedia ada ‘bangang’ tapi ‘kebangangan’ kamu, tidak kamu sedar.

Patutlah badan kajian Invoke yang mesra kepada parti kamu, mendapati populariti kamu telah jatuh merudum. Anak kamu lebih popular daripada kamu sekarang, Anwar.
Rupa-rupanya Invoke dan rakyat sedar bahawa kamu juga ‘bangang’.
******
Tinggalkan Jawapan