Editorial
11 Julai 2022
Bekas Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, lantikan PH, Yeo Bee Yin, telah meluahkan rasa kesal yang amat sangat atas projek Lynas yang sedang membina kemudahan pelupusan kekal, setelah PH menentang pembinaan kilang itu sebagai kempen PRU14 tempoh hari.
Yeo menganggap pembinaan pusat kemudahan pelupusan kekal Lynas itu sebagai ‘Tugu Kebangsaan yang Memalukan’.
Ironinya, kempen tentang bahaya Lynas hanyalah propaganda PH untuk menipu rakyat sedangkan kerajaan PH telah dengan gahnya mengutip RM206 juta keuntungan daripada operasi kilang Lynas.
Ekoran itu PH telah mengarahkan Lynas membina kemudahan pelupusan kekal pada Ogos 2019, dan Lynas tidak pernah dibantah dan didesak untuk menghentikan operasi.
Kerajaan PH juga yang arahkan Lynas menamatkan kegiatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam usahanya untuk mengkomersilkan sisa Water Leach Purification (WLP) kepada baja pertanian, Condisoil.
Malahan mereka mengarahkan peruntukan dana R&D ini yang berjumlah 0.5% daripada jualan kasar Lynas setiap tahun dibayar kepada kerajaan PH sebagaimana dilaporkan media pada 15 Ogos 2019.

Kerajaan BN dahulu tidak pernah memberi kelulusan ataupun mengarahkan Lynas untuk membina kemudahan pelupusan kekal yang amat dikesali bekas menteri PH, Yeo bee Yin itu.
Sebaliknya kerajaan BN dahulu memerlukan Lynas untuk memproses semula sisa Lynas kepada bahan berguna yang tidak berbahaya.
Pihak yang menghentikan pemprosesan sisa, adalah kerajaan PH, dan pihak yang meluluskan dan mengarahkan Lynas supaya membina kemudahan pelupusan kekal selepas membayar RM206 juta, juga adalah kerajaan PH.
Kontradiknya kini, pemimpin PH pula yang marah dan kesal.
Adakah Yeo Bee Yin sengaja mahu membutakan rakyat, dan meletakkan kesalahan PH ke bahu BN?

Walaupun BN yang meluluskan pembinaan kilang Lynas iaitu syarikat perlombongan nadir bumi Australia, dan telah beroperasi pada September 2011 tetapi dibantah oleh PH sebagai kempen proganda semasa PRU14. Namun Perdana Menteri PH, Dr Mahathir Mohamad terus mengekalkan operasi Lynas, dan menganggap ‘penutupan kilang Lynas’ tiada dalam manifesto PH.
Lynas merupakan sebuah syarikat Australia yang diberikan kelulusan pada Januari 2008 untuk mendirikan sebuah kilang nadir bumi di Pahang, dengan potensi nilai pelaburan RM100 bilion.

Lynas menjelaskan bahawa loji ini akan digunakan untuk mencipta alat berteknologi tinggi termasuk telefon pintar dan kenderaan hidbrid. RM4 bilion akan diperolehi dan menyediakan 1000 peluang pekerjaan.
Setelah PH berkuasa selepas PRU14, PH benarkan Lynas untuk terus beroperasi kerana melihat rasional keuntungan produk Lynas kepada negara serta peluang pekerjaan kepada penduduk Pahang.
Setakat ini tiada sesuatu kejadian yang tidak diingini akibat daripada operasi kilang Lynas, serta apa jua yang dikaitkan dengan bahan radio aktif, sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pemimpin PH.
PH juga telah mengarahkan Lynas supaya tidak memproses semula sisa-sisa bahan produksi.
Sebaliknya PH telah mengarahkan supaya Lynas membina kemudahan pelupusan kekal supaya sisa-sisa Lynas tidak diproses dan disimpan buat selama-lamanya dalam negara selepas menerima bayaran ratusan juta Ringgit daripada Lynas.
Lantas, hipokrasi PH dengan sendirinya terdedah.
*****
Tinggalkan Jawapan