Editorial
9 Julai 2022
Apa fungsi Hadi Awang sebagai Duta Khas negara ke Timur Tengah bertaraf Menteri apabila isu ratusan jemaah Haji Malaysia terkandas kerana tidak mendapat visa masuk ke Arab Saudi, didiamkan sahaja?
Soalan juga tertuju kepada Menteri Agama di Jabatan Perdana Menteri, Idris Ahmad yang kelihatannya hanya mendiamkan diri tanpa sebarang usaha untuk membantu.
Kononnya pemimpin PAS amat peka dan prihatin dalam isu agama, tetapi kenapa
Pihak imigresen telah mengesahkan Hadi tidak berada di negara-negara terbabit, tetapi memegang jawatan sebagai Duta Khas ke Timur Tengah. Apakah fungsi Hadi sebenarnya dalam kabinet?
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Mohd Puad Zakarshi mempersoalkan fungsi dua pemimpin kanan PAS tersebut dalam isu berkenaan.

Puad membidas, sebagai menteri yang mengelolakan hal ehwal Islam, adalah tidak memadai untuk Idris mengambil maklum saja kesulitan yang dialami kumpulan terbabit.
“Takkan setakat ambil maklum,” katanya hari ini.
Sepatutnya Hadi lebih proaktif dengan berjumpa dengan kumpulan berkenanan serta menggunakan hubungan di antara dua negara untuk cuba menyelesaikan masalah berkenaan.
Lantas Hadi yang merupakan ahli parlimen bertaraf menteri yang diangkat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah sejak era Muhyiddin Yassin perlulah bertindak selaras dengan jawatan yang dipertanggungjawabkan.

Dengan statusnya itu menurut speaker Dewan Undangan Negeri Johor berkenaan, Abdul Hadi sepatutnya juga boleh berperanan untuk membantu.
“Apa dia buat? Amat malang dalam tempoh empat hari terkandas, menteri tidak tunjuk muka,” katanya lagi.
Semalam hajat 380 orang untuk mengerjakan Haji tidak kesampaian apabila tiada visa diberikan kepada mereka di sebalik sejumlah besar wang yang dibelanjakan kepada agensi yang menguruskannya.
Keadaan itu menyebabkan mereka terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa KL.
Difahamkan pemergian mereka itu menggunakan visa furada yang dikeluarkan kerajaan Arab Saudi berdasarkan kepada pertimbangan semasa negara terbabit.
Menurut beberapa pihak yang biasa dengan urusan itu, tidak ada sebarang jaminan visa berkenaan, yang lazimnya dikeluarkan pada saat-saat akhir, diluluskan untuk setiap permohonan.
Semalam Idris menyatakan rasa kecewanya dengan kejadian itu yang dianggapnya tidak patut berlaku, serta mengarahkan siasatan terperinci dibuat.
Kata Idris jika wujud sebarang unsur penipuan, pihak terbabit perlu dibawa ke muka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada semua pihak.
Hakikatnya Idris tidak menyelesaikan masalah jemaah yang terkandas itu, tetapi mengambil pendekatan mencari salah siapa untuk dihukum.
“Idris juga gagal melobi kuota tambahan Haji. Tahun hadapan berilah mangsa-mangsa itu keutamaan untuk mengerjakan Haji,” katanya.
Sementara itu Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur menyatakan insiden tersebut tidak ada kaitan dengan mereka.
Pihak Kedutaan Arab Saudi kesal dengan apa yang berlaku kepada beberapa warga Malaysia yang ditipu agensi pelancongan Malaysia yang mendakwa telah mendapatkan visa daripada kedutaan.
******
Tinggalkan Jawapan