CACAMARBA PEMILIHAN PKR: SELEPAS KALAH, BOLEH MENANG, SELEPAS MENANG BOLEH KALAH PULA

Editorial

10 Julai 2022

Macam-macam boleh berlaku dalam pemilihan PKR. Semuanya boleh diurus? Nak menang, nak kalah, atau kedua-duanya menang dan kalah?

Lihat sahaja pertandingan Cabang PKR Ampang.

Pada 29 Mei media telah melaporkan bahawa Hans Isaac dan Altimet @Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad diumumkan kalah kepada Daing Muhammad Reduan Bachok yang telah memperoleh 942 undi.

Namun pada 1 Julai, keputusan berubah dan Hans Isaac telah diisytiharkan menang dengan undi tipis 748 undi mengalahkan Altimet yang telah memperoleh 746 undi.

Pada hari berkenaan, Hans Isaac telahmengesahkan perkara tersebut dan katanya, keputusan berkenaan akan diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihanraya Pusat (JPP) dalam masa terdekat.

Anehnya hari ini 9 Julai, media melaporkan perubahan keputusan apabila Altimet pula yang menang dalam pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang, selepas kiraan semula dibuat.

Altimet, memperolehi 743 undian berbanding pesaingnya Datuk Hans Isaac yang memperoleh 734 undi.

Nampaknya memang cacamarba proses pemilihan PKR, namun ramai pula suara yang terpantul dan berharap Rafizi Ramli diumumkan kalah dan Saifuddin Nasution pula diumumkan menang, walaupun sebelum ini Rafizi telah diisytiharkan menang.

Kemenangan Rafizi membangkitkan pelbagai isu negatif, apabila kajian Invoke mendapati bahawa terdapat ‘Kesan Rama-Rama’ dengan kemenangan Rafizi.

‘Butterfly Effect’ atau ‘Kesan Rama-Rama’ adalah teori yang menyatakan bahawa sesuatu tindakan yang tidak popular boleh memberi kesan yang amat besar, kepada seluruh organisasi.

Kesan rama-rama juga percaya bahawa fenomea dunia adalah saling terkait, sehingga satu kejadian kecil boleh mempengaruhi sistem kompleks yang lebih besar.

Mungkin mudah untuk diterjemahkan sebagai ‘seekor kerbau membawa lumpur, habis semuanya terpalit,’ atau ‘kerana nila setitik rosak susu sebelanga.’

Rafizi telah mencanangkan bahawa dia menolak kerjasama PKR dalam mana-mana khemah politik pada PRU15 nanti dan dengan itu pola pertembungan 5 penjuru sebagaimana di PRN Johor akan berulang kembali.

Pastinya pola pertembungan lima gagasan besar iaitu PH+MUDA, PN, Warisan, Pejuang, dan BN-UMNO akan berlaku.

Lantas penyokong PKR dan PH bimbang UMNO-BN akan kembali memenangi PRU15, sebagaimana dilihat pada PRN Melaka dan PRN Johor.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: