PANDANGAN PEMIMPIN BERCANGGAH DENGAN PRESIDEN, BETULLAH JIKA ADA YANG KATA PAS PARTI CAP AYAM

Editorial

5 Julai 2022

Setelah Presiden PAS, Hadi Awang mengeluarkan kenyataan bahawa PRU15 perlu disegerakan, sehari kemudiannya Takiyuddin Hassan terus mencantas dan mengatakan bahawa PRU15 tidak sesuai diadakan segera.

Adakah Takiyuddin masih mahu mengendong jawatan menteri yang bergaji lumayan, dan bimbang selepas PRU15 nanti PAS tidak akan memiliki kuasa sebagaimana dimiliki sekarang?

Namun apa yang menjadi persoalan ialah tiada ketekalan pandangan antara Presiden PAS dan pemimpin bawahannya.

Kemudian media telah melaporkan pula tentang penggunaan logo pada PRU15 yang disahkan oleh Presiden parti, Hadi Awang bahawa PAS akan menggunakan logo PN. Kenyataan Hadi disahkan oleh Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Bagi Muhyiddin penggunaan logo PN amat penting untuk menunjukkan bahawa PPBM (Bersatu) yang mendominasi PN terus kekal dominan dan superior, berbanding PAS dan parti-parti komponen PN yang lain.

Namun gelagat Muhyiddin yang mahu menjadikan PAS sebagai keldai tunggangan amat disedari oleh pemimpin bawahan PAS.

Bertentangan dengan pandangan Hadi Awang, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mahu PAS menggunakan logo sendiri pada PRU15 nanti.

Selama ini PAS boleh ‘survive’ dengan logo sendiri, mengapa pula mahu diperkeldaikan oleh Muhyiddin yang sememangnya telah dilabel sebagai sebagai ‘pengkhianat’.

PN adalah parti yang telah ditolak oleh rakyat dan ditanggapi sebagai parti yang memimpin ‘kerajaan gagal’, lantas, menggunakan lago PN adalah suatu tindakan yang amat ‘dangkal’ yang pastinya akan dibenci oleh akar umbi PAS.

Caturan ini telah dibuktikan pada PRN Melaka dan PRN Johor apabila PAS bersama-sama dengan PN telah kalah teruk.

Tidakkah Hadi Awang nampak pengkhianatan Muhyiddin yang telah bertindak membelakangkan PAS untuk bersekongkol dengan PH-DAP tanpa bawa berbincang dengan PAS atas niatnya untuk bekerjasama dengan PH semasa PRU15 nanti?

Untuk menyedarkan Presidennya, dengan segera pula Tuan Ibrahim Tuan Man mencelah bahawa penggunaan logo PN belum diputuskan dan dimuktamadkan.

Sekiranya PAS belum memuktamadkan kenapakah Presiden PAS, Hadi Awang sudah umumkan kepada media, dan disahkan oleh Muhyiddin Yassin.

Dalam isu kerjasama dengan UMNO di bawah payung Muafakat Nasional (MN), pada awalnya PAS kelihatan bersungguh-sungguh sehingga memberikan jaminan ikatan kerjasama itu melalui Piagam MN dan disambut dengan air mata jutaan kaum muslimin seluruh negara.

Namun entah apakah jampi-serapah dan sogokan Muhyiddin, Hadi terus sasau dan melupakan Piagam MN itu untuk mengikat pula kerjasama dengan Muhyiddin tanpa mahu meneliti siapakah Muhyiddin ini sebenarnya.

Putera Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat iaitu Nik Abduh telah mengeluarkan kenyataan bahawa sebaik-baik perjanjian politik ialah pembentukan MN.

Namun perjanjian politik yang dikatakan terbaik itu telah diperlekehkan oleh Presiden PAS, dengan alasan bahawa MN harus membawa bersama PPBM, sedangkan pada hakikatnya PPBM tiada langsung disebut dalam Piagam MN.

Hadi seperti telah dibutakan, kerana penubuhan PPBM adalah untuk ‘membunuh UMNO’ yang telah dibuktikan oleh pemimpin pengasas PPBM, Datok Hamidah Osman, bahawa idea penubuhan PPBM adalah datangnya daripada Pengerusi DAP, Lim Kit Siang. Ia sama seperti penubuhan parti Amanah yang juga merupakan idea DAP supaya Amanah dapat menggantikan PAS.

Menerima PPBM dalam MN samalah seperti menyumbatkan jarum beracun dalam roti yang akan dijadikan jamuan PAS dan UMNO.

Hadi seperti tidak sedar bahawa PPBM adalah parti yang terdiri daripada katak-katak yang tidak berprinsip, apabila 26 daripada 31 Ahli Parlimen PPBM adalah merupakan katak-katak yang diugut dengan dakwaan terpilih serta sogokan laba dunia yang mengetepikan kebajikan rakyat.

Ekoran daripada tertubuhnya MN juga, Nik Abduh telah meluahkan rasa malunya terhadap kerjasama PAS dengan DAP, iaitu sebuah parti cauvinis Cina yang diklasifikasikan oleh Mufti Pahang sebagai ‘kafir harbi’ yang wajar ditentang, meskipun bukan melalui senjata dan peperangan.

Berbeza dengan pandangan Hadi, semasa PAS bersama-sama dengan ‘kafir harbi’ itu dalam Pakatan Rakyat, Presiden PAS itu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia ‘yakin dengan kerjasama PAS-DAP’.

Dengan DAP, PAS boleh bekerjasama selama 7 tahun, tetapi dengan sesama Islam seperti UMNO melalui MN, PAS hanya mampu bekerjasama selama setahun sahaja.

Memang patutlah apabila ada pemimpin politik lain yang melabelkan PAS sebagai parti ‘cap ayam’.

*******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: