ADA SYARAT PADA PELANTIKAN ISMAIL SABRI, ADAKAH MUHYIDDIN DUSTAI PARLIMEN DAN DYMM AGONG?

Editorial

4 Julai 2022

Nampaknya, sebagaimana pengakuan Muhyiddin Yassin sendiri, pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri di bawah parti gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah bersyarat.

Muhyiddin, telah mendedahkan mengenai pertemuan antara beliau dengan Ismail Sabri, bahawa terdapatnya syarat PN terhadap lantikan Ismail Sabri sebelum dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-9.

Pengerusi PN itu telah memaklumkan kepada media bahawa pelantikan jawatan TPM antara isu yang dibangkitkan semasa mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu.

Muhyiddin berkata, perbincangan itu turut melibatkan lantikan baharu Menteri dan Timbalan Menteri sebagaimana yang termaktub dalam perjanjian antara PN dengan Perdana Menteri.

“Kita tidak minta lebih daripada itu cuma pelantikan TPM, menteri baru, termasuk lantikan GLC, badan-badan berkanun dan peruntukan kerajaan,” jelas Muhyiddin.

Dengan itu jelaslah bahawa pelantikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri adalah bersyarat, dan dengan itu bertentangan dengan surat Akuan Memilih Calon Perdana Menteri ke-9, sebagaimana yang tercatat dalam surat Yang Dipertua Dewan bertarikh 17 Ogos 2021 dengan klausa “Penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat”.

Kontradik dengan ‘Surat Akuan Memilih Calon PM Ke-9’, Muhyiddin pada hakikatnya telah meletakkan syarat ke atas sokong PN kepada Ismail Sabri, antara lain sebagaimana dipetik daripada Astro Awani:

  1. Memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti.
  2. Menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.

Dua hari lalu, tanpa dia sedar, Muhyiddin telah mendustai Surat Akuan Pelantikan PM Ke-9, apabila menuntut perjanjian antara PN dan Ismail Sabri untuk mendapatkan jawatan Menteri dan Timbalan Menteri, malahan jawatan Timbalan Perdana Menteri, ekoran peletakan jawatan Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Prusahaan Perladangan dan Komoditi.

Muhyiddin berkata, “Saya dah jumpa perdana menteri beberapa hari yang lepas, saya telah mengutarakan beberapa perkara penting termasuk soal pelantikan dalam kerajaan bukan sahaja mengisi kekosongan.

“Tetapi pelantikan-pelantikan baru, yang perlu dipertimbangkan seperti yang terkandung dalam perjanjian PN dengan Perdana Menteri.

“Kita tidak minta lebih daripada itu, termasuk soal pelantikan Menteri baru, Timbalan Perdana Menteri, termasuk lantikan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), badan-badan berkanun dan peruntukan-peruntukan kerajaan.”

Nampaknya apa yang Muhyiddin telah dedahkan dengan sendirinya telah mendustai Dewan Parlimen dan sekaligus menderhakai DYMM Agong.

Ia berkontradik dengan klausa, “Penyataan kepercayaan yang jelas, terang dan tanpa syarat,” apabila pada hakikatnya sokongan PN terhadap Ismail Sabri, telah dengan terang lagi bersuluh, adalah bersyarat.

Selain itu kenyataan Muhyiddin bahawa “Memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah terdiri daripada mereka yang berintegriti,” sekaligus telah dinodai apabila dia sendiri dan beberapa Menteri dalam kabinet Ismail Sabri telah terlibat dengan rasuah UKSB sebagaimana didedahkan oleh saksi dalam perbicaraan kes DS Ahmad Zahid Hamidi.

Tersimbah dengan isu masuk campur ‘tangan ghaib’ apabila terdapatnya ‘dakwaan terpilih’ sebagaimana didedahkan oleh Ahli Parlimen Labuan terhadap Muhyiddin dan balacinya, agar dia melompat tinggalkan Warisan jika tidak mahu didakwa di mahkamah.

Dengan itu, soal “Menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan,” hanyalah retorik politik Muhyiddin semata-mata.

Ini adalah kerana nama Muhyiddin dan beberapa Menteri kabinet Ismail Sabri sendiri sudah dikaitkan sebagai penerima dana dari UKSB.

Menambahkan lagi isu integriti, Muhyiddin telah membohongi media bahawa semasa rasuah UKSB diberikan, dia tiada di tanahair kerana menjalani proses perubatan cancer yang dialaminya.

Adakah Muhyiddin cuba mengelabui pihak Ahli-Ahli Parlimen PN yang sudah hilang kepercayaan terhadapnya dengan harapan jawatan ‘Menteri dan Timbalan Menteri’, malah cuba menyatakan bahawa dia akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri?

Kini dia cuba memperkukuhkan kedudukannya dengan saranan lantikan Pengerusi MPN di setiap negeri.

Apa juga spekulasi yang terbangkit, Muhyiddin dan PN pada hakikatnya telah mendustai Surat Akuan Pelantikan Perdana Menteri ke-9, sebagaimana dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan pada tarikh 17 Ogos 2021.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: